Nazaliya

8.9K 100 7
                                    

Setelah selesai makan tengah hari, aku dan Aiden bersantai di atas katil sambil menyambung drama bersiri Money Heist yang kami tonton sejak minggu lepas. Aku dan Aiden tanpa sedar telah membuat perjanjian bahawa drama bersiri ini hanya akan kutonton ketika bersama dengannya. Dan aku bersetuju.

Aiden sedang berbaring sambil menyandar di kepala katil, manakala aku berbaring di antara kedua pahanya dan kepalaku bersandar dengan selesa di dada bidangnya. Wangian bau sabun mandi bilikku kuat terhidu di tubuhnya.

Aku dan Aiden mandi sebelum kami memasak makanan tengah hari. Aiden ketika ini memakai t-shirt putih dan seluar pendek paras lutut milik Harith. Mujur abangku itu ada meninggalkan sedikit pakaiannya di rumahku ketika dia dan Mia mengunjungi rumahku sebelum ini.

Aku pula memakai Spaghetti Strap Crop Solid Cami Top berwarna hitam yang sangat kontra dengan kulit cerahku serta seluar satin pendek paras paha berwarna krim. Jujur aku katakan pakaianku semakin singkat hari demi hari apabila bersama Aiden. Mungkin kerana aku telah selesa dengannya.

Kedua lengannya pula berlingkar di pinggangku. Sesekali aku mengusap lengannya yang berotot. Mahu sahaja aku bertanyakan soal rutin senamannya memandangkan otot di tubuhnya sangat cantik terbentuk di bahagian yang sepatutnya.

"I love Berlin. He is so hot." Komenku apabila babak Berlin ketika masa dahulu kala ditayangkan di musim ke-2 walaupun Berlin telah mati di musim sebelumnya.

"Yeah? Then how about me?" Bisik Aiden di telingaku sebelum digigit lembut. Aku ketawa kegelian.

"You're hot too, but Berlin's physical screams daddy to me." Balasku dengan nada mengusik.

Aiden ketawa sebelum memegang daguku, lalu wajahku didongakkan untuk memandang wajahnya. Aku menegup air liurku melihat rahangnya yang tajam, menonjolkan lagi paras kacaknya.

"My Lily ada daddy issues rupanya. So naughty." Kata Aiden dengan seringai nakal. Daguku masih dipegangnya sebelum dia menurunkan wajahnya dan bibir kami bertaut.

Aku terasa sesuatu di bawah berdenyut apabila Aiden memasukkan lidahnya dan mengucup bibirku hangat dengan posisi wajah kami yang bertentangan. Aku membuka mataku dan nafasku semakin menderu apabila melihat halkumnya yang bergerak di sela kucupan.

Ketika Aiden menjarakkan wajahnya, kewanitaanku terasa basah apabila melihat wajah Aiden yang memerah menahan nafsu.

"Sabar, gorgeous. We need to concentrate on this drama first." Aiden mengusik sambil jarinya diusapkan di bibirku yang basah dengan kesan air liur dari kami berdua.

Aku menyorokkan rasa maluku lalu mengangguk. Aiden membetulkan kedudukannya dan menarik tubuhku rapat, agar kepalaku kembali bersandar di dadanya.

Aku tidak dapat membohongi diriku bahawa meluangkan masa berdua dengan Aiden seperti ini, memberikan rasa kupu-kupu yang banyak, sedang berterbangan dengan bebas di abdomenku. Hatiku terasa terisi dengan kehadiran Aiden di sisiku.

Mengenangkan kembali pengakuan Aiden semalam, aku masih berasa sangsi dan tidak percaya kata-katanya 100%. Dan Aiden juga tidak memaksa untuk aku memberi komen pada pengakuannya semalam. Itu adalah salah satu sisi Aiden yang aku suka, Aiden seorang yang penyabar dan tidak memaksa untuk aku mengikut caranya.

Jika aku tidak kenal Aiden seperti awal pengenalanku tentang dirinya, mungkin aku sudah jatuh cinta bergolek dengannya, memandangkan cara Aiden yang melayaniku dengan baik, serta Aiden yang pandai memberikan kenikmatan di atas katil.

Tetapi aku mengenali Aiden sebagai seorang lelaki yang suka berfoya-foya dan tidak pernah memberikan komitmen dalam hubungan. Semestinya aku berasa sangsi dengannya. Jika Aiden mahu aku percaya dengannya, kepercayaan adalah sesuatu yang memakan masa untuk dipupuk. Bukan menghabiskan masa bersama dalam masa sebulan, dan aku terus percaya. Tidak.

HISWhere stories live. Discover now