Nazaliya

6.8K 147 5
                                    

Aku menyikat rambutku yang basah sebelum mengambil tuala kecil yang lembut lalu dibalutkan di kepala. Disebabkan jadual kerjaku yang padat sejak akhir-akhir ini, aku terpaksa pulang pada lewat malam tidak seperti hari-hari biasa.

Seperti sekarang, aku baru selesai mandi apabila jarum jam menginjak ke pukul 10 malam. Tubuhku terasa pegal dan letih. Mungkin aku perlu mengunjungi spa pada hujung minggu nanti untuk membuat urutan badan.

Aku menanggalkan jubah mandi sebelum menyarung lingerie berwarna krim yang seksi. Ya, walaupun aku hidup bujang, aku suka tidur dengan pakaian yang seksi. Aku mengaku aku sendiri obses dengan tubuhku yang kujaga sejak kecil.

Setelah selesai dengan rutin penjagaan kulitku setiap malam, aku mengambil telefon pintar yang berada di meja solek sebelum melabuhkan diri di atas katil.

Aku teringat akan kenangan bertemu Aiden tiga hari yang lalu. Tidak kusangka Aiden dan Azhar, bekas senior sekolah menengah merangkap kawan baikku, adalah kawan Aiden sejak kecil.

Setelah Aiden dan Azhar hilang dari pandangan, Nina dan Nana, kembar seiras yang juga kawan baikku dan Azhar sejak zaman sekolah menengah terus menyerang aku dengan pelbagai soalan,

Who is that guy?

You guys seeing each other ke?

Do you like him?

He's gorgeous, Lia. Kau tak minat dia ke?

Aku menarik nafas panjang sebelum menceritakan kisah aku dan Aiden terlanggar, kisah pertengkaran aku dan Leona, Aiden yang mengubati lukaku serta Aiden yang membawa aku pulang ke rumah.

Nina dan Nana hanya terlopong semasa mendengar ceritaku. Mereka begitu teruja untuk mengikuti kisah cintaku dan Aiden, bak kata Nina. Aku menjeling Nina tajam sebelum menyatakan bahawa aku dan Aiden tidak akan pernah bersama, kerana lelaki itu tidak pernah mahukan komitmen, sebaliknya aku seorang wanita yang 'bercinta untuk bersama selamanya'.

Pada petang itu juga aku menelefon Azhar dan meminta dia menjelaskan kenapa dia bersama dengan Aiden. Aku tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejut apabila mengetahui Aiden dan Azhar kawan sejak kecil dan Aiden juga majikan Azhar. Nampaknya aku perlu mengaku bahawa dunia yang berputar ini sangat kecil.

Dan aku juga tidak tahu mengapa pada petang itu aku tergerak hati untuk mengikuti lelaki itu di sosial media Instagram. Aiden juga turut mengikuti aku pada hari yang sama. Tetapi sehingga ke hari ini tidak ada tanda-tanda yang Aiden mahu memulakan langkah untuk menegurku.

Dan sekarang ini juga, tanpa aku sedari skrin telefonku kini terpapar laman Instagram Aiden. Aku sangat berharap agar aku tidak melakukan perkara bodoh seperti tidak sengaja 'like' gambar-gambar yang lama, kerana itu dengan jelas menunjukkan aku sedang 'stalk' Aiden.

Jikalau hal itu diketahui oleh Aiden, mungkin aku tidak dapat menunjukkan mukaku di hadapan Aiden lagi.

Aku menyelusuri satu persatu gambar dan video pendek yang dikongsi oleh Aiden. Aku tidak pasti jikalau Aiden sedar yang dirinya terlalu berbangga dengan tubuhnya yang sasa.

Aku menekan pada satu gambar yang dikongsi Aiden lima bulan yang lalu. Gambarnya yang tidak berbaju, hanya berseluar hitam, dengan latar belakang kolam renang, serta dia sedang memegang oren jus seperti gaya mahu diminum. Tatu yang bermula dari lengan kanannya bersambung ke bahagian dada menambahkan lagi kesan seksi di gambar itu.

Fikiranku terbawa ke tempoh Aiden membuka bajunya untuk kemejanya diberikan padaku. Disebabkan aku begitu gugup kerana berduaan dengannya di dalam bilik yang kecil, aku tidak sempat untuk menganalisa tubuhnya dengan jelas.

HISWhere stories live. Discover now