Satu hari ini amatlah gembira bagi Haechan dan Hanna. Penat berjalan kesini ke sana. Nasib perjalanan terakhir mereka sudah tidak jauh dari rumah Hanna. Tiba sahaja di sebuah lorong yang mana menghubungkan ke rumah milik Hanna pada waktu senja itu. Hanna memberhentikan langkahnya lalu berpusing menghadap Haechan yang berada di belakangnya. Lalu tersenyum sebelum membuka bicara selamat tinggal.
"Sunbaenim, sampai sini saja. Terima kasih untuk sepanjang hari ni." Hanna sempat membongkok kemudian berdiri tegak semula memandang Haechan yang hanya membalasnya dengan senyuman.
"Ne gwenchana. Hanna pun, terima kasih sebab buat hari sunbae seronok. Tak sangka Hanna orangnya lucu."
Pujian dari Haechan itu pun sudah membuatkan Hanna tergelak kecil. Jujur dari hati seorang gadis itu Haechan merupakan seorang yang suka bergurau juga. "Kalau macam tu, Hanna minta diri dulu." Langkahnya membuka memasuki lorong itu namun terhenti seraya namanya lagi sekali dipanggil.
"Hanna ssi..." Gadis itu memusingkan badannya seratus peratus memandang sang lelaki.
"E-eo?", Sahutnya pula.
"Kalau tak keberatan, boleh tak izinkan sunbae hantar sampai ke rumah Hanna?"
Hanna ligat berfikir mencari alasan untuk menolak pelawaan Haechan. Tidak mahu nanti dirinya pula menjadi bahan gosip dan bahan fitnah. Atas kerana mereka berdua - duaan. Kebetulan hari sudah naik senja. Hanna perlu segera pulang kerana dirinya belum lagi menunaikan sembahyang asar.
"Err, gwenchanayo... sampai sini pun dah okay, sunbae. Saya tak mahu susahkan sunbae."
"Lagi satu, sebab saya tak mahu timbulkan fitnah lagipun lorong sini sunyi sikit kalau senja ni."
Sambung gadis itu lagi ligat memberikan alasan menolak Haechan. Haechan sedikit kecewa saat dirinya ditolak walaupun dengan cara lembut dan halus dari Hanna. Kalau dah sunyi, lagi bahaya jika berseorang. Lagikan pula Hanna seorang gadis. Apa - apa pun boleh berlaku.
"Alaa, boleh lah..." Rayu Haechan seketika mengelipkan matany berkali - kali kononnya comel. Sesekali Hanna mengeluh. Tak menyangka Haechan jenis suka merayu. Dan paling penting iaitu kekuatan Haechan. Aegyo. Selama mereka berjalan, Haechan memang gemar membuat aegyo di depan dirinya. Membuatkan Hanna gelak sehingga senak perutnya. Kadang rasa nak menampar pun ada juga apabila sudah naik menyampah.
"Tak naklah saya. Tak apa, terima kasih atas budi baik sunbae seharian ni."
Gadis itu masih lagi berkeras tetap dengan keputusannya membiarkan dia pulang seorang. "Lagipun, tak elok kita berdua di sini--", Haechan laju memotong penolakan Hanna.
"--Jebal..", Lagi sekali Haechan membuatkan gadis di depannya melepaskan keluhan.
"Eum...boleh." Nak saja Haechan melompat kemenangan.
"Tapi-.."
"--tapi?", Haechan menunggu jawapan penuh dari Hanna.
"Tapi sunbaenim yang jalan dulu. Saya ikut belakang." Senyuman di bibir Haechan makin ditarik manis.
YOU ARE READING
GIVE ME CHANCE || ✔
Short StoryYakinkah dua orang ini yang berbeza anutan agamanya akan bersama? Seorang lelaki berwarganegara Korea Selatan tidak sengaja jatuh terlalu dalam di lautan cinta. Sudah jatuh, pasti sukar untuk keluar semula. Tambah masalahnya lagi, Lelaki itu pula me...