BBQ 03

50 11 3
                                    

Coretan di meja belajar terpaksa Renjun yang mencucikannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Coretan di meja belajar terpaksa Renjun yang mencucikannya. Kerana mereka berkongsi meja. Sudah biasa dan menjadikan rutin harian Renjun. Manakala Haechan pula lagi terus menerus menconteng meja, tidak meja buku belajarnya pun jadi. Nama Kang Hanna menjadi corak di otaknya sejak mengenali gadis itu. Ketiga rakannya juga mengaku akan kecantikan dan kejelitaan Kang Hanna walaupun bertutup selendang. Menjaga mahkotanya untuk lelaki yang halal.

"Haechan-ah, daripada kau conteng- conteng nama junior tu. Baik kau bagitahu saja apa yang pendam. Kadang penat juga aku nak bersihkan balik meja ni. Kalau tak sampai bila?", Haechan tersedar dari lamunannya. Lalu memandang rakannya itu.

"Kan aku cakap, nanti aku bersihkan. Kau yang degil." Ya, kadangkala Haechan ada juga membersihkan mejanya. Tapi sampai bila perkara ini hendak berterusan. Mahu reput mejanya nanti. Meja bukannya seperti baju boleh basuh setiap hari.

"Tch, nak tunggu kau? Minggu depan baru buat. Sampai bila kau nak macam ni?", Apabila difikirkan semula. Dirinya yang lama sudah kembali sejak gadis pujaannya itu muncul dalam hidupnya.

Apabila difikirkan semula, bukan mudah untuknya meluahkan perasaannya pada Hanna. Kerana mereka tersangatlah berbeza. Walaupun mereka sesama bangsa dan negara. Haechan yang menganut agama Kristian berbeza dengan Kang Hanna yang menganut agama Islam. Bersediakah dia untuk mengalami tolakan dan terluka?

.

"Ideul-ah, kemungkinan malam ni salji akan turun.~", Jeno mengata sambil melompat kegirangan. Memang salji adalah cuaca kegemaran Jeno. Suka dia apabila dapat bermain salji seperti bermain ais yang bertaburan.

"Aku harapkan ujian kali ini lulus."

Harapan dari Jaemin itu membuatkan ketiga rakannya mengeluh berat. Renjun pula sambung mengelap mejanya itu. Jeno menjelingnya. "Orang cakap pasal salji, dia burukkan suasana pula." Keluh Jeno. Haechan mendengar itu lantas mencapai kalendar di atas meja. Haechan menekup mulutnya terkejut.

"Yah! Minggu depan cuti!!!", Lagi sekali Jeno melompat kegirangan. Tetapi kali ini Haechan sekali masuk. Membuatkan Renjun terhinjut bahunya terperanjat akan jeritan dan sorakan dari Haechan dan Jeno. "Kabjaga!", Telatah Jaemin.

Selesai bersorak bagai, Haechan kembali semula ke mejanya setelah Renjun tamat membersihkan meja. Lalu dia mengulangkaji beberapa subjek.

.

.

Sudah masuk ke berapa bulan Hanna belajar di Hanyang Universiti. Gadis itu juga masih kekal dan setia rapat dengan Irene Zhong. Dan daripada Irene Zhong itu jugalah dia dapat mengenali Haechan selaku seniornya. Dan tahun ini merupakan tahun terakhir Haechan menduduki di Hanyang Universiti. Hanna berasa sedikit sedih kerana dia baru satu tahun di situ. Hubungannya dengan Haechan semakin akrab setelah beberapa bulan. Kadang Irene juga sudah naik muak apabila melihat wajah lelaki itu. Sibuk saja orang nak spendtime dengan Hanna.

GIVE ME CHANCE || ✔Where stories live. Discover now