-playlist bagi bahagia sikit-
Langit Jordan tidak pernah mengecewakan Hanna setiap kali dia mendongak menatap sang langit. Angin sempoi menerpa wajahnya di awal pagi. Membiarkan Adam yang masih tertidur lena, Hanna kebiasaan duduk menghadap jendela. Mengenangkan bahawa dirinya sudah setahun bergelar isteri kepada Bae Adam.
Setiap hari, Hanna masih tidak percaya dan masih sukar untuk dia menerima kenyataan yang sekarang ini. Walau dia yakin Adam adalah seorang lelaki yang baik, namun hatinya belum lagi terbuka untuk sesiapa setakat. Memang, memang jatuh cinta itu mudah dan sekejap. Namun untuk melupakan itu bukanlah suatu yang mudah dan senang. Air mata sudah kering. Sudah terlambat untuk dia menangisi semua ini.
Andai dia tidak bertemu lelaki yang dia cintai dahulu. Andai dia tidak jatuh sedalam-dalam nya pada lelaki yang berbeza budaya dan anutan agamanya. Terlalu banyak andaian yang muncul di benak fikirannya.
"Hanna?" Suara garau bercampur serak itu mengganggu lamunannya. Hanna langsung menoleh memandang Adam yang masih terbaring diselubungi selimut sambil menghadap Hanna.
"Tak sejuk ke?" Adam tahu. Tahu bahwa Hanna sering mengelamun di pagi hari. Mungkin masih memikirkan seseorang di 'sana'. Adam tak mahu memaksanya untuk melupakan lelaki yang pernah ia cintai. Kerana Adam tahu, melupakan seseorang itu bukan mudah. Mencintai yang baharu juga bukan mudah.
Hanna tersenyum sembari mendekati suaminya yang sekarang ini. Melutut di hadapan Adam yang masih terbaring itu.
"Panas lagi?" Entah Hanna hanya membisu sahaja. Membiarkan dahinya disentuh Adam. Tiga hari kelmarin Hanna demam panas, terpaksa Adam meminta cuti tiga hari berturut itu alasan untuk menjaga Hanna. Rasa sahaja dahinya sudah tidak panas, Adam tersenyum.
Senyuman Adam sentiasa mencairkan hati Hanna. Adam terlalu baik dan lembut untuk gadis sepertinya. Yang masih lagi belum sedar yang Adam adalah suaminya yang sah. Setiap hari, setiap waktu Adam belum pernah menunjukkan sisi nya yang lain pada Hanna.
"Hanna dah mandi?" Gadis itu mengangguk.
Lalu Adam bangkit seraya membangunkan Hanna yang berlutut itu untuk duduk di sampingnya.
"Kalau macam tu, Adam nak mandi dulu."
"A-Adam." Pergelangan tangan Adam ditahan. Membatalkan niatnya untuk bangun. Menatap Hanna yang tertunduk wajah itu.
"Terima kasih."
Entahlah. Mengapa Hanna berterima kasih kepadanya dia tidak tahu.
"Untuk?" Menggantikan pegangan Hanna. Ibujarinya mengusap lembut belakang tangannya.
"Rawat saya."
Adam melepaskan sedikit keluhannya. Lalu menatap dalam anak mata Hanna. Selama pernikahan mereka, setiap kali Adam merenung dalam anak mata Hanna yang ia temukan hanyalah tatapan yang sendu. Bahkan bahagia pun dia tidak terlihat sama sekali.
"Hanna. Jaga awak itu sudah semestinya tugas saya sebagai seorang suami awak. Saya perlu pastikan keselamatan, keamanan, kesihatan awak tu terjaga, selain memberi nafkah makan minum awak pun, saya kena jaga. Faham?" Rasa terharunya Hanna terhadap Adam. Setiap hari Hanna selalu memuji Adam dalam setiap perkara, dalam setiap nasihatnya pada Hanna.
Dagu Hanna diangkat bagi menatap wajahnya. "Okay lah, saya nak mandi." Adam langsung bangkit meninggalkan Hanna yang masih termangu dengan kata-katanya.
.
.
.
"Abi, mana umi?"
Encik Kang yang sibuk mencuci kereta kesayangannya itu menoleh memandang anak tunggalnya. Hanna langsung menghampiri abinya sebelum turut membantu. Lagi-lagi gadis itu mengerling ke sekeliling rumah, seperti bukan uminya sahaja yang hilang.
"Adam tak mahu tanya?" Hanna diamkan dirinya. Encik Kang menghela nafasnya kasar.
"Adam ikut umi pergi pasar pagi." Aah iyalah, selalu sangat healing sehingga tidak sedar bila Adam dan uminya keluar.
Selang beberapa minit kemudian, Adam dan uminya akhirnya sampai pulang ke rumah. Hanna langsung berlari anak mendekati Adam melepasi sang uminya. Sehingga beberapa langkah menghampiri lelaki itu, Hanna seakan ragu-ragu ingin bersuara. Adam yang perasan kehadirannya itu tersenyum.
"Saya...nak tolong." Hanna hulurkan kedua tangannya untuk menyambut beberapa plastik dari pegangan Adam. Huluran diberi sebelum sempat pipi Hanna dicuit manja. Seluruh tubuh gadis itu membeku serta merta. Adam tergelak sebelum meninggalkan isterinya. Makin lama, hati Hanna sentiasa tercuit dengan tingkah kelakuan Adam. "Thank you sayang."
"Buat apa lagi tercegat dekat luar tu?! Masuk!" Teriak Adam membatalkan lamunannya. Lantas Hanna mempercepatkan langkahnya. Air wajah umi dan abinya yang cerah tertawa itu turut membuatkan Hanna cukup merasakan bahagia setakat ini. Entahlah, sudah lama dia tidak merasakan aura bahagia. Mungkin sudah tiba waktunya untuk dia melupakan masa silamnya. Sudah tiba juga waktunya untuk dia membina kebahagiaan bersama Adam. Selama dia berdoa kepada yang Maha Esa, hanya mimpinya tentang Adam sajalah yang muncul. Tiada yang selain Adam kalau soal perjodohan.
Maka, di sinilah berakhirnya kisah Hanna. Berkali-kali dalam solat istikharahnya menolak realiti iaitu Adam bukan lelaki yang dia mahukan, namun itu kuasa Allah yang tiada satu makhluk pun dapat menolak perancanganNya.
.
.
.
"Janganlah kau tangisi soal cinta dan perjodohan, kerana pada hakikatnya cinta dan jodoh itu bukanlah di tangan manusia melainkan di tangan yang Maha Kuasa."
-Untuk Kang Hanna
"JIka sudah sampai waktunya, Allah ada banyak cara dalam mempertemukan. Maka itu bersabarlah. Maka terus pantaskan diri sampai menjadi seseorang yang menurutNya sudah pantas untuk dipertemukan."
-Untuk Bae Adam
.
.
.
.
.
Namun, apa yang terjadi pada Haechan? Dimanakah keberadaan dia sekarang? Adakah pernikahannya masih tetap diteruskan juga?
YOU ARE READING
GIVE ME CHANCE || ✔
القصة القصيرةYakinkah dua orang ini yang berbeza anutan agamanya akan bersama? Seorang lelaki berwarganegara Korea Selatan tidak sengaja jatuh terlalu dalam di lautan cinta. Sudah jatuh, pasti sukar untuk keluar semula. Tambah masalahnya lagi, Lelaki itu pula me...