TEACH ME 08

21 6 0
                                    

Habis saja ujian menjawab di hari pertama, Haechan lantas mencari tempat untuknya mengulangkaji pelajaran yang lain di sebuah cafe

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Habis saja ujian menjawab di hari pertama, Haechan lantas mencari tempat untuknya mengulangkaji pelajaran yang lain di sebuah cafe. Kebetulan juga ketiga - tiga rakannya juga ikut sama. Jadi mereka berempat lantas saling mengajar antara satu sama lain sementara ada lagi masa untuk mengunggu ujian terakhir seterusnya. Kali ini mereka harus menjawab dengan sungguh kerana ini adalah tahun yang terakhir. Makin dekat hari habis ujian, makin berat pula rasanya ingin meningglkan kawasan ini. Universiti Hanyang. Seketika Haechan bertanyakan beberapa rumusan yang dia sendiri tidak faham pada Jeno ataupun Renjun.

Sengaja Haechan ingin memandang suasana bising di Universiti ini mungkin sudah kali terakhir juga. Tiba - tiba pandangannya tertacap pada dua figura lelaki dan perempuan di dataran Universiti. Akibat rasa ingin tahu lagi dia memanjangkan lehernya. Menghiraukan apa yang sedang diajar oleh Jeno. Langsung pandangannya jelas. Kelihatan dua figura itu dianggotai oleh Kang Hanna dan...

Orang yang akan dinikahkan oleh Encik Kang. Bae Adam. Setelah mendapat tahu siapa, Haechan kembali ke posisinya semula.

"Apa kau cakap tadi?", Haechan meminta Jeno untuk mengulang semula setelah apa yang terlepas. Nasib rakannya itu dapat menahan amarahnya.

"Kau tengok apa tadi?", Jeno juga tidak mahu kalahnya langsung menjenguk apa yang dijenguk Haechan tadi. Nampak gadis pujaan Haechan langsung bertukar pandangan ke arahnya dengan mendata. Orang nak periksa boleh pula ambil kesempatan dalam kesempitan begini. Haechan sudah tergelak malu. Hihi...

"Haechan-ah, sudah-sudah lah tu. Hari tu kau ceritak dekat kami, dia akan nikah lepas dia habis belajar. Kau nak tengok - tengok apa? Sekarang ni kau fokuskan yang kat depan ni." Haechan hanya mampu akur saja apabila dirinya habis dileteri Jeno. Siapa suruh cipta masalah.

"Ne.. Baik Jeno-nim." Langsung Haechan kembali fokus pada kertas tebal yang terbentang di atas meja itu. Renjun yang melihat itu dalam diam menggelengkan kepalanya. Macam - macam lah Haechan ni.

.

.

.

Hanna yang baru sahaja habis menjawab ujian kenaikan sem 1 itu lantas hendak pergi mencari Irene. Katanya tunggu dia di padang. Namun belum sempat dirinya hendak sampai ke destinasi yang sepatutnya, Hanna didatangi oleh kehadiran seseorang. Senyumannya yang tadi kelihatan manis langsung bertukar menjadi kelat. Bukan Hanna tidak suka kehadiran lelaki ini, tapi kehadiran Bae Adam membuatkannya berasa tidak selesa. Lagi pula Adam datang melawatnya di Universitinya. Mungkin seseorang akan berasa sakit yang tak berdarah. Hanna tidak mahu itu. Sejujurnya Hanna tidak mahu dia dan Adam dilihat oleh lelaki yang mungkin sedang dia cintai.

"Hanna-yah." Sapaan dari Adam itu lantas Hanna menoleh. Tanpa berfikir panjang, gadis itu mendekati Adam yang sedikit kejauhan bersama keretanya di sebelah. Seketika memandang kiri dan kanan tanpa menyedari ada orang yang telah memerhatinya dari jauh. 

"Adam? Ada apa datang sini? ", Adam menyandarkan belakangnya pada kereta. 

"Adam datang ni ingat nak ajak Hanna pergi makan. Ujian dah habiskan?"

GIVE ME CHANCE || ✔Where stories live. Discover now