ENDING? 11

35 4 2
                                    

"Kenapa kamu cakap dekat Baram macam tu!?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kenapa kamu cakap dekat Baram macam tu!?"

Puan Lee rasa berang saat mendengar perbualan anaknya bersama Baram. Haechan hanya diam. Tahu itu sememangnya salah dia berkata sedemikian pada Jung Baram.

"Tak boleh, kamu dah melampau. Eomma nak kamu tinggalkan perempuan muslim tu."

"Haechan sayang dia."

Puan Lee tidak tahu mahu berkata apa. Terpaku dengan ayat kalimah dari anaknya. Puan Lee menggenggam buku limanya menahan geram.

"Haechan-ah, cuba fikir masa depan kamu tu! Masa depan kamu tu lebih cerah kalau nak dibandingkan dengan perempuan tu!"

"Hanna lebih bagus kalau nak dibandingkan dengan Baram, eomma."

Lagi sekali Puan Lee seperti speechless. Sangat mendadak anaknya berubah hanya kerana perempuan muslim itu.

"Apa yang ada pada otak kamu sampai kamu sayang sangat dekat perempuan tu?!"

"Haechan tak fikir apa-apa. Haechan cuma sayang, jatuh cinta saja."

"Haechan-ah, perempuan tu lain! Dia tak sama! Budaya dan agamanya lain Haechan-ah!Kamu lebih percayakan dia berbanding kepercayaan kita ni!?"

"Eomma, Haechan ni dah besar. Sudah dewasa. Haechan yang berhak memastikan macam mana hidup Haechan--"

PAP

Wajah Haechan tertoleh ke tepi. Rasa panas membahang di pipinya setelah Puan Lee menamparnya. Puan Lee sudah benar-benar hilang sabar. Haechan sudah melampaui batas.

"Dasar anak kurang ajar."

Dada Puan Lee berombak panas. Namun cepat-cepat dia meredakan kemarahannya. Rsa bersalah setelah tanganya tadi menampar wajah Haechan. Satu-satu anaknya yang dia ada.

Lalu pergelangan tangan Haechan itu ditarik. Membuatkan lelaki itu terkebil-kebil mengikuti jejak langkah Puan Lee. Ditariknya sehingga ke satu bilik yang sudah lama terkunci. Kemudian pintu bilik itu dibuka. Terlihat satu rak buku itu membuatkan Haechan membatu saat Puan Lee mengeluarkan Tafsir Alquran. Haechan ligat memikirkan milik siapa itu.

Seketika Puan Lee mengusap lembut tafsir itu. Melihatnya dengan penuh sayu.

"Haechan-ah...maafkan eomma..."

"Dulu, eomma pernah ada di situasi macam kamu. Eomma pernah ada rasa cinta pada lelaki. Muslim juga. Eomma memang sangat-sangat sayangkan dia. Tapi, eomma kurungkan niat dan perasaan tu...sebab eomma sedar, tak ada yang lebih penting hanya sekadar rasa cinta remaja. Dan keluarga..Haechan-ah, keluarga adalah segala-galanya. Tinggalkan saja di situ."

Lantas cepat-cepat Puan Lee menyimpan semula tafsir alquran itu semula ke dalam rak. Meninggalkan Haechan seorang diri di dalam bilik itu. Membiarkan Haechan mengambil masa untuk menerima keputusan. Tangis yang dia tahan tadi itu, perlahan air matanya turun mengalir di pipi. Namun kali ini dia tidak mahu meraung seperti seorang lelaki lemah. Tangisnya itu semakin deras. Cuba menahan. Sesungguhnya Haechan amat merindukan Hanna.

GIVE ME CHANCE || ✔Where stories live. Discover now