I will fight
Ep 2
Ji hyo menolak troli kecil berisi buku buku yang baru sampai dan menyusun di rak perpustakaan.kemudian ekor matanya terpandang ke arah satu rak yang padat dengan buku dan kelihatan gula gula getah penuh melekat pada rak kayu itu.dia mengerutkan kening
Ji hyo:manusia mana pula yang tak reti nak ludah gula gula getah ni dalam tong sampah?
Dia mengambil sapu tangan dari poket seluarnya dan menanggalkan gula gula getah itu.matanya fokus membersihkan rak itu dan tiba tiba bahunya dicuit seseorang.
Bobby:ji hyo,apa yang lama sangat kau dekat sini?Puan elly dah panggil kau tu.mungkin dia nak tanya pasal senarai orang yang pinjam buku semalam.
Ji hyo:puan panggil?kalau macam tu,boleh tak kau bersihkan rak ni?aku pergi dulu
Bobby:eh nanti..
Bobby mengerutkan kening lalu menunding jari ke arah tangan ji hyo yang mempunyai kesan cakar.lelaki itu mengangkat kepala tanda "kenapa?"
Ji hyo:oh ni?biasalah.kucing yang selalu ke hulu ke hilir dekat stesen kereta api tu.kau faham kan?
Bobby mengangguk perlahan dan menyambung kerjanya manakala ji hyo pula menuju ke arah Puan Elly
______________•______________
Di dalam bilik.Sudah 5 jam baekhyun terperuk di dalam bilik itu kerana ingin menyiapkan lukisannya.berus ditekan di atas kertas yang sederhana besar itu.
"Baekhyun,aku ada beli burger untuk kau.kau masih sibuk melukis lagi ke?"
Adiknya,luhan memulas tombol pintu bilik itu dengan perlahan kerana panggilannya tidak disahut.dia mengerutkan kening sambil melihat lukisan stesen kereta api gelap yang dilukis oleh abangnya
Luhan:ok sekarang apa pula?ada apa apa yang kau nak cerita pasal lukisan ni?stesen kereta api?nampak macam membosankan
Baekhyun:berhenti merepek.siapa yang hilang ingatan sekarang ni?aku ke kau?last aku tanya.kau lupa atau buat buat lupa?
Luhan menelan air liur dengan laju.mungkin mood abangnya tidak begitu baik harini.dan dia tau maksud abangnya itu
Luhan:bukan macam tu.aku cuma..
Baekhyun:jawab!
Luhan:ye aku tau!memori kau hanya ingat pasal stesen kereta api tu.dan aku tau yang kau masih belum ingat adik kau yang sorang ni sepenuhnya! Am I right,huh?
Luhan terpaksa meluahkan segala yang terbuku dalam hatinya.memang memori baekhyun asyik teringatkan pasal stesen kereta api tu.hanya tempat itu yang bermain di dalam fikirannya.semuanya bermula lepas abangnya kemalangan sejak 10 tahun yang lepas.
FLASHBACK
Baekhyun melihat ji hyo yang berlalu pergi.dia menjerit nama gadis itu sambil menangis teresak esak.tidak disangka hubungan mereka berakhir dengan begitu sahaja.kemudian dia masuk ke dalam kereta dan memandu dengan laju
Matanya agak kabur ketika itu.mungkin fikirannya agak kusut.stereng kereta digenggam kuat.tiba tiba sebuah kereta entah datang dari mana meluru laju ke arahnya dan dush!!
Kepala baekhyun mula berdarah dengan banyak dan pandangannya semakin kabur.
END FLASHBACK
Baekhyun:maaf,mungkin aku agak emosi.sorry luhan.
Baekhyun mengusap kepala adiknya dengan perlahan.kemudian dia mengambil kunci kereta di meja ruang tamu
Luhan:kau nak pergi mana?
Baekhyun:ada sorang lelaki nak beli lukisan ni.dan dia dah tunggu aku dekat stesen kereta api tu.aku tak tau samada ni satu kebetulan ataupun..
Luhan:ataupun?
Baekhyun:lupakan jelah.aku pergi dulu.terima kasih untuk burger ni
________________•________________
Ji hyo mengambil beg silangnya dan melihat jam di dinding perpustakaan.sudah pukul 6 petang.dia perlu bergegas ke stesen kereta api.kalau tidak,takut ketinggalan.
Ji hyo:ok bobby.aku balik dulu.jangan lupa kunci pintu perpustakaan.
Bobby:ok.hati hati
Setelah sampai di stesen kereta api,ji hyo terus membeli tiket dan duduk di ruangan menunggu.dia menghela nafas lega sambil melihat orang ramai yang lalu lalang.
kemudian matanya melihat dua orang lelaki yang sedang berbual dan dia mula mengerutkan kening
Ji hyo:baekhyun?
Kelihatan baekhyun sedang bersalaman dengan seorang lelaki dan beredar dari situ.ji hyo terus berdiri untuk menghampiri lelaki itu tetapi disebabkan ramai orang,dia terhimpit dan kelibat baekhyun semakin menghilang.
Ji hyo:baekhyun?baekhyun!
Dia melihat sekeliling.kelibat baekhyun sudah tiada.adakah dia cuma berhalusinasi?dia masih menoleh ke kiri dan kanan untuk mencari lelaki itu.
Bersambung
YOU ARE READING
I WILL FIGHT
RomanceWatak utama:Byun Baekhyun dan Song Ji Hyo kisah dua hati yang nekad untuk bersama sehingga ke akhir hayat.Namun,ji hyo terpaksa memutuskan hubungan mereka kerana sikap abangnya yang kaki pukul dan pernah membunuh ibu dengan ayahnya.Ji hyo tidak mahu...