I will fight
Ep 23
Di perpustakaan.Sudah berbulan bulan tanpa khabar berita dari Baekhyun.kelihatan Ji hyo sedang tekun mencabut gula gula getah yang melekat di bawah meja kayu.kemudian..entah dari mana Bobby datang dan dia terus kejutkan ji hyo dari belakang.BAA!!
Ji hyo:woi!
Dia terus menumbuk wajah Bobby secara tiba tiba sehingga hidung lelaki itu sudah berdarah.matanya membulat dan kelihatan lelaki itu sudah kebelakang sambil menahan sakit.
Ji hyo:bobby!
Bobby:ergh,aku tengah mimpi ke sekarang ni?ni first time kau gurau kasar dengan aku macam ni.damn..silap besarlah aku kacau kau time badmood!
Ji hyo mengerutkan muka apabila melihat darah yang keluar dari hidung bobby.sempat dia mengeluarkan tisu dari poket seluar dan menghulurkan pada lelaki itu.
Ji hyo:maaf,bobby.tapi betullah apa yang kau cakap tu.gula gula getah ni..makin hari makin ramai pula budak yang suka buang merata
Bobby:ni kalau Puan Elly yang kena tumbuk ni,tak memasal harini jugak kau kena buang kerja..
Kedengaran bunyi tapak kasut tumit tinggi milik majikan mereka.kelihatan Puan Elly menghampiri dan terus menyekeh kepala ji hyo dengan flyers yang banyak.
Puan Elly:ji hyo,saya nak awak tampal flyers pesta buku ni semua dekat setiap pintu kedai depan sana.boleh?
Ji hyo hanya mengangguk perlahan dan menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil memandang cuaca hujan di luar perpustakaan.nasib..
Dia meninggalkan perpustakaan sambil memegang flyers yang agak banyak di tangan.sambil menampal kertas itu di depan pintu setiap kedai,sambil itu juga mulutnya membebel seorang diri.
Ji hyo:kau tunggu,Puan Elly.aku tau aku kuli je dekat sini.heh,tunggulah bila bisnes design aku maju nanti,tak payah susah susah kerja dengan kau
Dia sudah muak dengan layanan Puan Elly yang agak kasar setiap kali menyuruhnya melakukan kerja.bukan mengeluh,tapi boleh dikatakan setiap hari majikannya sering memarahi tanpa belas kasihan.tambahan,design flyers yang dipegangnya sekarang ini pun hasil design miliknya.itupun tanpa bayaran upah?dasyat..
_________________•________________
Malam.ji hyo sedang ralik menyiapkan design customernya sambil membetulkan kaca mata bulat.beberapa saat,dia menyandarkan belakangnya di kerusi berpusing.buku diary dibuka laju dan dia lantas menulis,
"Baekhyun,kau apa khabar sekarang?apa..kehidupan kau makin baik?aku tau hubungan jarak jauh sangat menyeksakan.tapi aku respect keputusan kau.mungkin kita semua dalam fasa perbaiki diri.Chanyeol dengan yoona dah berkahwin 3 bulan lepas.Luhan pulak dah makin berjaya.siap sambung belajar dekat luar negara.Sunny..hmm yang aku tau dia dah balik dekat kampung halaman dia.semua dah berubah sekelip mata.masing masing dah ada kehidupan sendiri dan mungkin lebih baik.aku mengaku..sebenarnya makin lama perangai aku makin teruk.makan makin banyak,kuat mencarut dan harini aku tertumbuk muka bobby?aku tau kau mesti tak percaya.dan benda tu tak boleh dimaafkan"
Ji hyo melipat kertas yang ditulisnya itu dan membentuk kapal terbang yang agak buruk.kemudian dia melemparkan kertas itu di luar tingkap bilik.
__________________•__________________
Keesokan harinya.dalam perjalanan untuk pulang ke rumah,kelihatan ji hyo sedang berjalan kaki sambil memandang sekeliling.kedengaran bunyi angin bertiup sepai.baru sahaja dia ingin bersiul untuk memecahkan suasana yang sunyi,tiba tiba seorang lelaki yang tidak dikenali merampas beg silangnya dan berlari meninggalkannya.
Ji hyo:hei!
Dia sudah membulatkan mata kerana terkejut dan gelabah.beberapa saat kemudian,dia mula berlari dan cuba untuk mengambil semula beg silang yang dicuri oleh lelaki itu.kelihatan mereka sedang bergelut dan wajah lelaki itu sudah bengang,
Ji hyo:bagi balik beg aku lah!
Pencuri itu mula menolaknya dengan kasar sehingga terjatuh.ji hyo mengerutkan muka sambil menahan sakit apabila belakangnya terhentak kuat pada jalan tar.damn..
Ji hyo:tak guna..
Baru sahaja pencuri itu ingin melarikan diri,tiba tiba kelibat baekhyun mula muncul dan menumbuk wajah lelaki itu dengan kuat.kedengaran bunyi teriakan dari pemuda itu.baekhyun lantas mengambil beg silang milik ji hyo dengan kasar namun pencuri itu tidak mahu mengalah dan menumbuk wajah baekhyun beberapa kali sehingga langkahnya kebelakang.
Ji hyo mula bangun dan menarik rambut pencuri itu dengan kuat untuk menolong baekhyun.baekhyun tersenyum dan terus menumbuk perut lelaki itu sehingga pengsan.sempat baekhyun mengelap darahnya pada hidung dan bibir sebelum mengeluh,
Baekhyun:niat aku nak jumpa kau.tapi tak sangka dengan cara macam ni heheheh..
Ji hyo:kenapa kau ambil masa terlalu lama untuk jumpa aku?
Gadis itu mengeluh sambil memegang belakangnya yang masih sakit.Baekhyun dari tadi masih tidak lengkang dengan senyuman.kemudian dia memeluk ji hyo dengan perlahan kerana sudah lama tidak berjumpa.
Bersambung
YOU ARE READING
I WILL FIGHT
RomanceWatak utama:Byun Baekhyun dan Song Ji Hyo kisah dua hati yang nekad untuk bersama sehingga ke akhir hayat.Namun,ji hyo terpaksa memutuskan hubungan mereka kerana sikap abangnya yang kaki pukul dan pernah membunuh ibu dengan ayahnya.Ji hyo tidak mahu...