I will fight
Ep 11
Kelihatan langit mula bertukar menjadi warna keorenan.unggun api menjadi cahaya utama di kawasan tapak perkhemahan itu
Chanyeol:kau tau kan,ramai orang pernah cakap...sesiapa yang buat nightwalk dekat hutan,mesti takkan lepas dari gangguan "makhluk halus".kau berdua percaya tak dengan benda ni?
Luhan menggulingkan biji matanya sambil menggosok kedua dua tangannya kerana kesejukkan.baekhyun mula mengangkat kedua dua bahunya tanda tidak tau
Baekhyun:mungkin ya..mungkin tak.yang pasti "benda" tu memang ada.tapi orang dulu dulu ada cakap,kita tak boleh berani sangat...dan tak boleh takut sangat.
Chanyeol sudah menelan air liurnya lalu mengerutkan kening.sungguh kusyuk dia mendengar kata kata baekhyun itu
Luhan:so..apa kata malam ni kita cari "benda" tu.yah...kalau sekadar cakap,tak guna jugak.kita tengok betul ke tak pasal konspirasi gangguan ni.
Baekhyun:macam menarik idea kau,han.kalaulah aku partner dengan korang.hmm
Baekhyun mula baring di dalam khemah sambil mengeluh perlahan.chanyeol dan luhan memandang antara satu sama lain.
______________•______________
Langit semakin gelap.kelihatan mereka sedang makan malam dengan santai berhampiran homestay.sunny memandang sekilas ke arah ji hyo yang ingin masuk ke dalam khemah.
Sunny:ji!
Ji hyo menolehkan kepalanya ke belakang sambil berkata "hmm?" pada sunny.kelihatan dia sedang memegang cawan plastik di tangan kanannya.sunny memandang cawan yang dipegang oleh ji hyo itu
Sunny:kau..nak pergi mana?
Ji hyo:oh,aku nak ambil serbuk nescafe dekat beg aku.lepas makan nanti kan dah nak mula nightwalk.kau tau kan,aku senang mengantuk.jadi tu yang aku nak minum nescafe dulu sebelum nightwalk nanti.
Sunny:kalau macam tu,aku tolong buatkan air nescafe paling istimewa untuk kau.ok?
Sunny terus merampas cawan yang dipegang oleh ji hyo dan mengambil serbuk nescafe dari dalam beg.
Ji hyo:aik,tadi kau macam badmood bila tengok muka aku.sekarang tiba tiba baik sangat ni kenapa?
Ji hyo mula mengerutkan kening lalu menyilangkan tangannya kerana hairan.sunny menggaru kepalanya yang tidak gatal
Sunny:eh kau ni.ada ada je.masa bila pulak aku bad mood?dahlah,mari aku buatkan air nescafe untuk kau.kau..pergi lepak dulu dengan yang lain.
Ji hyo:ok,thanks tau!
Ji hyo berlari anak menuju ke arah yoona.sunny mula menyilangkan tangannya lalu berkata perlahan
Sunny:aku..akan buat kau sakit sampai kau tak boleh nightwalk malam ni
______________•______________
Setelah selesai makan malam,Encik aiden meminta mereka berkumpul dan duduk di satu tempat sebelum memulakan night walk pada malam itu
Encik aiden:ok,sebelum kita mulakan kembara berjalan untuk malam ni.saya cuma nak bagitau.mungkin aktiviti ni nampak mudah dan ringan.tapi benda ni juga menguji tahap keberanian dan kekentalan jiwa semua peserta.sesiapa yang ada asma,awal awal saya cakap,jangan teruskan sebab cuaca yang dingin sangat mudah terkena asma.alright?
Masing masing mengangguk tanda faham.ada yang bertepuk tampar tanda teruja dan ada juga yang mendiamkan diri tanda ketakutan.kemudian,peserta peserta mula menunggu giliran untuk memasuki pintu masuk ke laluan khas kembara night walk yang telah disediakan.mereka juga sudah memegang lampu suluh untuk menerangi suasana di kawasan itu.
Kelihatan seorang demi seorang sudah mula berjalan masuk ke dalam hutan.baekhyun meletakkan kedua dua tangannya di bahagian poket jaket hitamnya sambil memandang sekilas ke arah ji hyo yang sedang mengerutkan mukanya
Baekhyun:dah tiba giliran kita
Ji hyo mengangguk lalu mereka mula berjalan perlahan masuk ke dalam hutan.baekhyun sempat menyuluh ke arah tali yang merupakan checkpoint yang akan membawa mereka keluar dari hutan itu tanpa sesat.keadaan sangat sunyi dan kedengaran bunyi cengkerik yang kuat.
Baekhyun masih mendiamkan diri sambil melihatsuasana malam di hutan itu.ji hyo mengerutkan kening lalu memegang perutnya yang terasa sakit itu
Ji hyo:(dalam hati:ya tuhan,kenapa pulak perut aku tiba tiba sakit ni?)
Dia melihat baekhyun yang sudah tiga langkah di hadapannya.kemudian baekhyun mula terasa pelik apabila terdengar sesuatu dari belakangnya.kelihatan ji hyo melutut di tanah sambil tangannya memegang perutnya dengan kuat.lelaki itu terus memegang bahu ji hyo
Baekhyun:hei,kau ok ke tak ni?ada apa apa yang tak kena ke?
Ji hyo mengerutkan mukanya dan terus memegang tangan baekhyun.lelaki itu sudah mengerutkan kening kerana hairan
Ji hyo:perut aku sakit.tolong aku!
Baekhyun:ok,kau just..bertahan.biar aku bawa kau balik ke khemah semula.kau jangan risau ok?
Dia terus memapah ji hyo dan mereka terus berpatah balik menuju ke arah khemah.sesekali baekhyun memandang sekilas ke arah ji hyo yang sedang mengerutkan mukanya.
Bersambung
YOU ARE READING
I WILL FIGHT
RomanceWatak utama:Byun Baekhyun dan Song Ji Hyo kisah dua hati yang nekad untuk bersama sehingga ke akhir hayat.Namun,ji hyo terpaksa memutuskan hubungan mereka kerana sikap abangnya yang kaki pukul dan pernah membunuh ibu dengan ayahnya.Ji hyo tidak mahu...