I will fight
Ep 4
Di perpustakaan.Ji hyo menyilangkan tangannya sambil bersandar di kerusi berpusing itu.mukanya berkerut sambil memikirkan sesuatu.kata kata luhan semalam masih membuatkan dia tertanya tanya
Ji hyo:luhan betul betul teruk.kenapa dia perlu tutup panggilan masa aku betul betul nak tau pasal baekhyun?mungkin..mungkin ini semua karma.sebab aku yang putuskan hubungan tu 10 tahun lepas.tapi..
Tiba tiba puan Elly menghempas buku buku tebal di atas meja kecilnya sambil mengerutkan kening.kelihatan wajah puan Elly sudah kemerahan seperti menahan geram
Puan Elly:boleh kamu diam?!kamu tau ni perpustakaan kan?sekarang dah pukul 1:30.waktu makan tengahari.nanti jangan bagi alasan yang tak masuk akal kalau kamu terlambat masuk ke perpustakaan semula.pergi!
Ji hyo tersengih seperti kerang busuk dan mengambil beg silangnya.buku cerita yang sedang dibacanya tadi dicapai laju dan meluru keluar dari situ.
Setelah keluar,dia melihat mesej yang baru masuk.rakannya yoona mengajaknya untuk makan tengahari bersama.
________________•________________
Baekhyun memandu keretanya menuju ke University Arts.Memang itu rutin hariannya dengan menghantar luhan ke sana dan sambil itu dia akan melukis dan menjual lukisannya di jalanan. kelihatan juga penjual penjual bunga yang sedang berniaga di situ.
Luhan:thanks sebab hantarkan.tapi balik nanti aku ada plan nak lepak dengan member.kau..tak payah tunggu aku eh?
Baekhyun:member?perempuan atau lelaki?siapa nama dia?aku pernah jumpa ke?
Baekhyun merenung tajam pada wajah adiknya.luhan mengerutkan kening sambil mengurut dahinya kerana soalan abangnya yang bertubi tubi itu.
Luhan:kenapa setiap kali aku nak keluar,kau tanya soalan yang sama?atau kau tak percaya aku?look,aku dah dewasa,baekhyun.jangan layan aku macam budak kecil.its not fair,kau tau?
Baekhyun menggulingkan biji matanya sambil mengeluh kerana sikap degil adiknya itu
Baekhyun:dewasa?kau rasa macam tu?aku tak rasa macam tu.aku ni abang kau tau?aku berhak tau kau keluar dengan siapa.dan aku paling pantang kalau kau keluar lagi dengan bekas teman wanita kau.aku benci dia.
luhan menjeling sekilas lalu membuka pintu kereta itu.adiknya keluar dengan begitu sahaja.cis!
________________•________________
Jam menunjukkan pukul 9 malam.ji hyo bernasib baik kerana yoona dapat menghantarnya pulang harini.sedang dalam perjalanan menuju ke rumahnya,
Yoona:ji hyo,macam mana dengan rumah sewa aku tu?kau selesa duduk sana?maaflah sebab kau kena berkongsi duduk dengan sunny.sebab masatu sunny betul betul..
Ji hyo:hei,aku ok jelah.lagipun sunny tu sporting je aku tengok.yah,mungkin dia agak pendiam tapi sekurang kurangnya aku ada kawan untuk jadi peneman dekat rumah tu.kau jangan risau ok?
Tiba tiba kedengaran bunyi telefon dari beg yoona.gadis itu melihat nombor yang tertera dan mengangkat panggilan.
Yoona:hello?ye saya?apa?ok saya ke sana sekarang!
Yoona menutup panggilan dan wajahnya jelas kerisauan.dia terus memandang ke arah ji hyo lalu berkata
Yoona:ji hyo,ibu aku masuk hospital!sebab sesak nafas!aku..aku kena gerak ke hospital sekarang.
Ji hyo:apa?ok macam ni,kau...kau berhentikan kereta dekat sini.aku balik jalan kaki.lagipun rumah aku dah nak dekat
Yoona:weh ji hyo,kau dah gila ke?takkan aku nak biarkan kau jalan kaki malam malam macam ni?lagipun..
Ji hyo:ibu kau lagi penting sekarang ni.jangan risau,lagipun aku dah biasa jalan kaki.kau tu,jaga diri.
Lama jugak untuk pujuk rakannya itu dan lama kelamaan yoona mula mengangguk perlahan sambil mengerutkan mukanya.ji hyo mengukirkan senyuman dan keluar dari kereta yoona.kemudian yoona memandu keretanya dan meninggalkan ji hyo seorang diri.
Jalan disitu agak sunyi dan cahaya hanya bergantung pada lampu jalan.ji hyo menelan air liur sambil melihat sekeliling.
Ji hyo:ya tuhan ji hyo.kau memang dah gila.ni kali pertama aku kena jalan sorang sorang tengah malam ni.dahlah sunyi
Tiba tiba kedengaran bunyi anjing menyalak.ji hyo terus terkejut lalu berlari lintang pungkang menuju ke rumahnya.beberapa minit dia berlari,dia berhenti seketika sambil nafasnya tercungap cungap.dia melihat lorong gelap di sebelahnya.
Ji hyo:ok nampaknya aku kena cepat cepat lalu lorong gelap ni sebelum aku nampak benda yang bukan bukan
Sedang dia berjalan melalui lorong gelap itu,dia mula menyedari sesuatu.kelihatan ada satu susuk tubuh seorang lelaki yang sedang duduk di bangku lorong itu.mujur saja ada lampu lampu kecil yang dapat menerangi lorong gelap itu.tetapi lampu itu berkelip kelip.mungkin rosak berangkali
Ji hyo:hei!
Ji hyo mengecilkan matanya dan nalurinya merasakan yang dia mengenali lelaki itu.lelaki itu memandang tepat ke arahnya dan ji hyo terus bersembunyi di sebalik dinding lorong itu.dia sudah tertelan air liur sambil menarik nafas dalam dalam.
Ji hyo:(dalam hati:itu...baekhyun?apa dia buat dekat sini?)
Dia menelek ke arah bangku itu semula dan kelibat baekhyun sudah tidak kelihatan.dia mengeluh sambil melihat sekeliling.tiba tiba,
Baekhyun terus menolak ji hyo sehingga belakang gadis itu terkena dinding lorong.kemudian baekhyun mengenggam leher gadis itu sambil mengetap rahangnya dengan kuat
Baekhyun:apa kau buat dekat sini?
Bersambung
YOU ARE READING
I WILL FIGHT
RomanceWatak utama:Byun Baekhyun dan Song Ji Hyo kisah dua hati yang nekad untuk bersama sehingga ke akhir hayat.Namun,ji hyo terpaksa memutuskan hubungan mereka kerana sikap abangnya yang kaki pukul dan pernah membunuh ibu dengan ayahnya.Ji hyo tidak mahu...