3; Miss Arrogant

214 32 100
                                    

Lepas menaiki bas selama 2 jam, Ari akhirnya tiba di kawasan rumahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lepas menaiki bas selama 2 jam, Ari akhirnya tiba di kawasan rumahnya. Dia sambung berjalan  menuju ke rumah.

Brr brrr
Perutnya yang baru sahaja berbunyi dipegang. Ari terkejut apabila dia dapat rasakan benjolan dalam poket hoodienya

"Apa benda ni gila!" dia panik sambil terlompat-lompat dengan harapan 'benda' itu keluar dari situ. "AAAAAA!" jeritnya setelah dia nampak makhluk kuning jatuh ke atas jalan

Tergolek-golek anak ayam itu. Apabila badannya sudah stabil, dia menjeling Ari yang sedang ketakutan "Chip chip chip"

"AAAAAAAHSHSHD" lagi sekali Ari menjerit ketakutan kerana anak ayam itu mengejarnya.
Maka mereka pun berlari
sepanjang jalan :3

"Tolong! Tolong!"
Orang awam tidak mempedulikan dia langsung. Ye la kena kejar anak ayam je pun. Bukan anjing. Mereka lagi gelakkan ada la.

Sampailah di lorong perumahannya, Ari masih berlari bagai tak cukup tanah sehinggalah dia tersadung kerana terpijak tali kasut sendiri

Hampir dia menangis kerana sakit. Tapak tangan, dagu dan lututnya tergeser dengan jalan tar.

"Chip chip chip" anak ayam itu muncul menggigit baju Ari dengan paruhnya untuk membantu gadis itu bangun

"Kau nak apa? Pergi!" tengking Ari dengan rasa marah membuak-buak. Haiwan kecil ni memberikan dia malapetaka.

Si anak ayam terundur ke belakang dek kerana takut dengan kemarahan daripada Ari. Namun hanya sementara.

Dia tiba-tiba terkedek-kedek mendekati Ari lalu menggosokkan atas kepalanya pada tangan Ari. Niatnya untuk meredakan kemarahan gadis itu.

Pada awalnya Ari keliru dengan perbuatan anak ayam itu. Lama-kelamaan, dia rasa terhibur pula. Hm tapi sekejap jelah. Anak ayam itu ditolaknya jauh tanpa rasa belas kasihan

Kemudian Ari bangkit dan menyambung perjalanannya. Si anak ayam kecewa ditinggalkan. Riak wajahnya bertukar sedih. Dalam sesaat, bertukar kepada serius. Dia sambung mengekori Ari dari belakang.

Gadis itu sedar anak ayam itu masih ikut dia. Nak saja dia kutip dan buang dalam tong sampah biar tak boleh keluar. Tapi dia tak mampu nak berbuat demikian sebab dia tengah sedih sekarang ni.

Setibanya dia di rumah, dia cepat-cepat masuk dan hempas pintu supaya anak ayam tu tak dapat masuk.

Anak ayam itu geram "Chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip chip"

-BbokAri-ᴸᴱᴱ ᶠᴱᴸᴵˣ √☻Where stories live. Discover now