14; Comic Book Cafe

163 27 29
                                    

Pakaian Hyunjin diteliti oleh Han

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pakaian Hyunjin diteliti oleh Han.
"Serius la kau nak pakai macamni?"
soalan Han dibalas anggukan Hyunjin "Ye la. Jangan nak pelik sangat. Jom pergi cepat" Hyunjin mendahului Han dan Felix

"Banyak baju yang Bangchan belikan untuk dia tapi kenapa hoodie kecik tu juga yang dia pakai?" tanya Han kepada Felix
"Tadi Hyunjin cakap dia rindu Yena. Jadi, dia pakai baju tuan dia tu" jawab Felix

Dah la hoodie tu warna pink!

Mereka tiba di kawasan parkir kereta. Di situ Bangchan dan Gowon menunggu kehadiran 3 remaja lelaki itu
"Lambatnya. Lelaki pun bersiap lambat ke?" Gowon bernada tak puas hati

"Heh! Kami bukan lelaki. Kami JANTAN" Han menepuk dada sendiri apabila perkataan Jantan disebut.

Gowon tayang wajah bengis menyangka Han melakukan gurauan. Baginya gurauan itu bodoh sekali yaa wahai Han.

"Kitorang lambat pun, ada menyusahkan mak ayah kau ke?" nyampuk Hyunjin. Selama ni dia sabar je dengan sikap sombong Gowon tu.

"Memang kau menyusahkan Papa aku pun!" geram Gowon
"Papa kau tu daddy kitorang juga!" Hyunjin melawan

"Dasar anak pungut dah la pakai baju warna pink saiz s pula tu!" teriak Gowon buatkan kemarahan Hyunjin sampai ke maksima
"Betina ni—"

"Sudah Hyunjin," pantas Felix menahan kawannya itu dari mendekati Gowon.
Risau mampus anak orang.
Bangchan pun malas nak masuk campur.

"Balik balik mall ni" rungut Hyunjin naik muak pergi ke Mall yang sama iaitu Chris Mall

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Balik balik mall ni" rungut Hyunjin naik muak pergi ke Mall yang sama iaitu Chris Mall.

"Tak apa la. Better study kat mall dari library kan?" Felix peluk bahu Hyunjin lalu membawanya masuk melepasi pintu gelangsar automatik.

Pekerja di setiap kedai ada yang menunduk hormat apabila nampak Bangchan. Lelaki itu membalas setiap tundukan lalu dia mengerling pada 4 anak muda di depannya.

Mereka tak ikut tunduk sedangkan mereka perasan dengan penghormatan yang diberikan. Hendak ditegur, Gowon tidak kisah dan dia tetap dengan sikap keperibadian dinginnya manakala bagi 3 jejaka itu pula, mereka haiwan jadi apa je yang mereka faham tentang adab menghormati?

-BbokAri-ᴸᴱᴱ ᶠᴱᴸᴵˣ √☻Where stories live. Discover now