19; Happen Family

170 26 79
                                    

Belum loceng lagi tapi Ari dah simpan semua barang dalam beg sekolahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Belum loceng lagi tapi Ari dah simpan semua barang dalam beg sekolahnya. Dia dah trauma tinggal dalam kelas sorang-sorang. Ada saja Sunwoo muncul bersama kemarahan.

Kriiiiiiing!

Semua pelajar berlari hendak pulang setelah mengucapkan terima kasih pada guru mata pelajaran terakhir.

Ari turut lari namun dihalang seseorang
"Kemas kelas. Disebabkan kau, kelas bersepah" Seungchan menyerahkan penyapu kepada Ari. "Aku kemas esok la. Lagipun Mia yang mula-"

"Kau yang menggatal dengan Felix dulu" bidas Seungchan sebelum keluar dari kelas meninggalkan Ari dengan beberapa orang pelajar.

"Ni dah kenapa pegang penyapu?" tegur Hyunjin "Aku kena kemas kelas" Ari bernada kecewa
"Oh.. Goodluck" terus Hyunjin keluar bersama Han, IN dan Jiyoon. Felix juga sudah keluar sambil memeluk bahu Mia. Gowon pun keluar bersama Lily dan Jake.

Memang Ari ditakdirkan seorang diri. Tak apa, cepat buat cepatlah balik! Segera Ari menyapu lantai.Buat kerja tanpa lagu terasa sunyi dan menyeramkan. Sesekali dia memandang pintu kelas, risau jika tetibe Sunwoo munculkan diri.

"Siap" penyapu diletakkan dipenjuru kelas. Apabila dia berpaling ke belakang, muncul Sunwoo betul-betul di hadapannya "Lah.. Kan semalam aku suruh rehat kat rumah? Tak cukup sakit ya?" Sunwoo tersenyum sinis

Berdebar-debar jantung Ari. Kakinya juga terasa lemah dan dia tersungkur di situ juga "Rehat la Haewon. Tangan kiri kau berbalut tu. Nak tambah balut dekat tangan kanan sekali?" soalan Sunwoo dibalas gelengan Ari

Sunwoo mendekati tangan kanan Ari dan angkat tinggi kakinya bersedia untuk memijak. "Arg!" Ari tutup mata reda dengan kesakitan yang bakal menimpanya buat kali kedua.

Namun tak sampai-sampai rasa sakit tu. Matanya kembali terbuka dan dia dapati lelaki berkepala beg kertas sedang menahan kaki Sunwoo "Siapa kau?" tidak membalas soalan Sunwoo sebaliknya dia putar kaki Sunwoo secara perlahan-lahan "Arghhhhh!" rasa sakit menyerang diri lalu dia ditolak kasar sehingga terjelopok ke lantai.

Felix mendekati Sunwoo semula tetapi lelaki itu pantas melarikan diri "pengecut"
Kemudian dia berpaling ke arah Ari yang duduk tersandar di dinding itu.

"Pergi-"
"Kau sekolah sini?" terbeliak mata Ari melihat lelaki berkepala beg kertas itu di sekolahnya. Dia angguk perlahan "Pergi balik" arahnya tanpa memandang Ari

"Kau sorok muka sebab insecure ke?" jelas sekali Ari terpengaruh cerita Deadpool. Pakai topeng kerana mempunyai muka yang hodoh.

"Ish saya handsome la!" balasnya dengan tawa kecil
"Habistu?" tanya Ari lagi tetapi tak dijawab Felix sebaliknya dia pergi meninggalkan Ari.

*
*

"Sebab kalau aku tunjuk muka aku, kau takkan hargai kebaikan aku" sayu nada suaranya. Dia tak sepatutnya gelojoh untuk dapatkan Ari dulu dan sekarang, dia makin mendesak gadis itu. Sudah tentu Ari sangat bencikan dia.

-BbokAri-ᴸᴱᴱ ᶠᴱᴸᴵˣ √☻Where stories live. Discover now