11; I'll Fight For Ya

180 27 91
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Waktu rehat Ari diisi dengan perjumpaan kumpulan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Waktu rehat Ari diisi dengan perjumpaan kumpulan. Sudah lama Ari tak menjejakkan kaki di kafeteria apatah lagi rehat di situ. Dari tadi dia menunduk manakala Julia kerap memandangnya.

Plaster yang tertampal pada kulit Ari menjadi tumpuan. Namun Julia tak mahu bertanya demi mengelak perkara yang sama berulang lagi, dia sedar yang dia tak sepatutnya ganggu Ari haritu.

"Aku minta maaf, Haewon... " ucap Julia
"...Aku tak sepatutnya selongkar beg kau haritu. Niat aku cuma nak bergurau sebagai kawan tanpa aku sedar yang aku dah melampaui batas.. "

".. Tak pasal-pasal aku kena serang dengan anak ayam tu. Hahaha" Julia ketawa sambil menunjuk luka dijarinya

Barulah Ari tahu kenapa jari Julia tiba-tiba luka. Rupa-rupanya BbokAri puncanya.

"... Maaf, semua pelajar dah salah faham pasal kau. Waktu tu aku terkejut dan tak mampu nak cakap perihal sebenar. Nanti aku bersihkan nama kau balik" bahu Ari disentuh Julia
"Tak payahla. Diorang takkan percaya" jawab Ari dengan senyuman terpaksa.

"Ah pasal tempat duduk pula!" potong Junkyu buatkan pandangan mereka teralih
"Sebenarnya aku nak ambilkan meja dengan kerusi untuk kau tapi tiba-tiba si ketua pengawas tu dah tolong" beritahu Junkyu dengan kecewa

"Oh..."

"Pasal pembunuhan anak ayam pula..."
sambung Junkyu bernada gelisah "...Itu semua cadangan Mia"

Tak tahu bagaimana Ari mahu beriaksi terhadap luahan mereka. Mungkin dia boleh maafkan tetapi parut selamanya kekal.

Jiyoon, ahli keempat yang dipilih Julia tidak faham apa yang mereka bualkan memandangkan dia baru je sekolah di situ.

Tiba-tiba Gowon muncul bersama Hyunjin dan Han. "Ari, masuk la kumpulan aku. Kita saling kenal jadi senang untuk kita bincang kerja kumpulan sama-sama" ajak Gowon selamba dan menghiraukan kewujudan Julia, Junkyu serta Jiyoon.

Sempat Han dan Jiyoon merenung satu sama lain dengan riak wajah bengis. Han masih keliru, Jiyoon tu siapa? Macam mana Jiyoon boleh kenal dia? Dia dah tanya Jiyoon tetapi pelajar baru itu tak mahu menjawab soalannya.

-BbokAri-ᴸᴱᴱ ᶠᴱᴸᴵˣ √☻Where stories live. Discover now