Aku kembali ke cafe setelah mengambil angin buat seketika. Jam sudah pun menunjukkan masuknya waktu petang.
Suasana cafe sunyi sepi. Seperti tiada manusia yang menghuni cafe itu. Mataku meliar memandang ke dalam kawasan cafe. Terlihatlah pekerja-pekerjaku sedang berehat. Mungkin tadi cafe sibuk. Aku tidak mahu menganggu mereka tetapi mereka terlebih dahulu perasan akan kehadiran aku disitu.
" Oh, managernim " Asahi bersuara. Dia menyiku Jeongwoo yang lena dikerusi sebelahnya.
Aku membuat isyarat supaya tidak mengejutkan Jeongwoo. Biarkan mereka berehat dahulu. Aku menyuruh Asahi berehat sahaja. Aku berfikir mahu menutup cafe lebih lewat sedikit.
Kaki aku melangkah ke arah kaunter utama. Jaehyuk yang baru saja bangun dari tidur itu terus memandang aku. Aku turut memandangnya. Comel.
Tanpa bersuara apa-apa, Jaehyuk bangun dari duduk dan berjalan ke arah aku. Tangan kirinya menampung dagunya untuk memandang aku yang berada di hadapannya.
" Wae? " tanyaku.
" Awak pergi mana tadi? " tanya Jaehyuk.
" Keluar lah. Kenapa? " tanyaku lagi.
" Tadi Hyunsuk hyung call saya. Dia invite awak untuk tengok kitorang main basketball petang ni. Itupun kalau awak free lah " ujar Jaehyuk. Aku melabuhkan punggungku dikerusi.
" Tidak lah agaknya. Awak pergi je lah dengan mereka. Saya ada hal nak settlekan kejap lagi " balasku.
Jaehyuk sekadar mengangguk dan berlalu ke tandas. Asahi mula bangun dari duduknya dan berjalan pula ke arah aku. Aku memandangnya.
" Ada apa asahi-ah? " tanyaku.
YOU ARE READING
[ © ] 𝗗𝗔𝗬𝗗𝗥𝗘𝗔𝗠𝗜𝗡𝗚 𝗚𝗔𝗠𝗘 ( 𝗦𝟮 ) - 𝗡𝗖𝗧 𝗗𝗥𝗘𝗔𝗠
Fanfiction𝙵𝙵 : 𝙽𝙲𝚃 𝙳𝚁𝙴𝙰𝙼 ! ' 🌱 . ⚠️ 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐜𝐨𝐩𝐲 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚! ⚠️ 𝟏𝟎𝟎% 𝐢𝐝𝐞𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 . START : 20 / 7 / 2021 END : 15 / 8 / 2021 STATUS : COMPLETE (✔)