Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Malam itu, Jaehyuk, Trio's dan sahabat mereka yang lain mengadakan makan malam bersama-sama dirumah Kim dan Jiee.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" Lah tunggu apa lagi? Makan je lah dulu " ujar Kayla kepada mereka.
" Tapi- "
" Tak apa. Makan je dulu. Sama-sama makan. Kitorang pun makan juga ni " sampuk Kim sambil mengambil pinggan baru untuk isi ayam bakar yang baru siap bakar itu.
Suasana di ruangan atap rumah Kim dan Jiee riuh rendah. Bagaikan sebuah majlis yang besar. Suara mereka boleh didengari hingga ke hujung bandar. Tak lah, gurau je.
" Terima kasih Kim, Kayla dan Jiee atas jemput makan malam ni " ucap Hyunsuk. Ketiga-tiga orang gadis itu tersenyum manis kearah sahabatnya.
Selesai membakar, Jiee dan Kim duduk sekali bersama yang lain. Mereka makan penuh dengan gelak tawa.
Jiee yang perasan akan Jaehyuk yang berdiam itu terus mengajukan soalan kepada Jaehyuk.
" Jaehyuk-ssi. Tak sedap ke kitorang masak tadi ayam tu? " tanya Jiee. Jaehyuk laju saja menggelengkan kepalanya.
" Mesti fikirkan awek dia lah. Si Yun tu " bisik Kayla ditelinga Jiee tetapi masih boleh didengari Jaehyuk. Jaehyuk hanya berpura-pura gembira bersama yang lain malam itu.
-
Hyuna berjalan kaki ke taman berdekatan dengan rumahnya. Bosan dia duduk seorang diri dalam rumah besar itu. Kalau ada teman tak apa juga.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.