" Sebab semalam kan " teka Jaehyuk. Hyuna memberhentikan langkahnya. Dia memusing menghadap Jaehyuk.
" Ne " jawab Hyuna sepatah. Jaehyuk mengeluh. Sekali lagi Jaehyuk mendekati Hyuna.
" Yun. Tolong lah. Saya dah cakap banyak kali kan dekat awak yang saya dengan Kim tu sekadar kawan " ulas Jaehyuk meyakinkan Hyuna.
Jaehyuk tahu, Hyuna memang cemburu bila dia rapat dengan mereka bertiga itu terutamanya Kim. Namun sebaliknya, Hyuna tidak tahu jika Kim kini sudah bersama dengan Junkyu juga teman baik Jaehyuk. Dan disebabkan itulah, satu kesalah fahaman berlaku.
" Tapi awak pernah suka dia dulu " balas Hyuna tak puas hati. Jaehyuk hanya mampu bersabar.
" Iya betul. Tapi itu dulu. Dia pun dah reject saya dulu kan. Awak ni kenapa? Tolong lah jangan nak salah faham saja " kali ini Jaehyuk memang sakit hatinya dengan kelakuan Hyuna.
" Oh, saya je lah asyik nak salah faham dengan awak? Habis awak? Dengan kawan sendiri pun nak cemburu " balas Hyuna semula.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.