3

11 0 0
                                    

Aku sudah selesai solat maghrib. Tak sempat nak jemaah tadi sebab sibuk basuh pinggan. Haih... Apalah nasib aku bila balik raya kat sini. Semuanya pemalas. Takkan aku nak biar tokwan dengan mak mak saudara aku pulak yang basuh. Fatin pulak langsung tak tergerak hati nak tolong.

Aku kembali berdiri di depan sinki. Masih ada lagi saki baki pinggan yang aku tinggalkan tadi. Tiba tiba saja tubuh aku ditolak ke tepi oleh seseorang. Nasib baik aku tak tercium pinggan kotor dalam sinki ni.

"tepi tepi biar aku basuh!" kalut Fatin berkata sambil lipat lengan bajunya.

"asal kau ni?!" aku bertanya geram. Gila dah ke. Main tolak tolak aku pulak.

Dia buat tak layan soalan aku dan mula basuh pinggan. Tapi matanya dari tadi dok menjeling ke arah tangga dapur.

Mata aku pun cuba lihat apa yang budak mentah ni jelingkan.

Tak lama Adam muncul bersama mug air di tangan.

Ohoh... Kini barulah aku faham kenapa budak gedik ni buat buat rajin. Dasar betul!

"Hai beautiful..." tegur Adam kepada kami. Tapi aku tak yakin pula untuk siapa pujian itu.

Fatin sudah senyum mengada. Dia kalih badannya tengok Adam yang berdiri di tepi aku. "Hai abang Adam... Oh nak basuh mug ke? Tak pe meh Fatin basuh kan." dengan manjanya dia buat gaya dan ambil mug dari tangan Adam.

Ah tolonglah... Rasa nak muntah kat sini! Abang? Seriuslah panggil abang? Aku yang tua banyak dari dia pun tak ada hati pulak nak panggil kakak?

"thanks..." balas Adam dengan senyuman.

"hah bagi dia basuh. Dia rajin..."aku tunjuk Fatin kat Adam.

Fatin dengan lagak rajinnya mula membasuh baki pinggan dalam sinki. Sambil sambil itu dia melirik Adam dengan ekor matanya.

" Jun dah jadi cikgu ke? " Adam mula menyoal perihal aku.

Lah... Dah lama kut aku jadi cikgu. Takkan dia baru tahu kut "eh dah lama saya jadi cikgu. Dekat enam tahun dah."

Adam sengih tayang giginya yang lawa dekat aku. Segan la tu bila aku jawab macam tu. Nampak sangat dia tak ambil tahu hal adik beradik.

Wow... Adam ada senyuman yang manis. Patutlah budak tepi aku ni merenyam semacam. Tapi kalau dia tak senyum pun memang dah manis,kacak,bergaya, hah apa lagi... Good looking la omputeh kata. Tapi... Kenapa aku lagi suka tengok Luth? Walaupun hitam manis... Dia ada aura dan karisma yang tersendiri. Eh.. Ya Allah Junaida.... Dah dah la kau ni! Hati aku menjerit kuat.

"abang Adam nak makan apa apa ke. Fatin boleh ambilkan?" soal Fatin mencelah perbualan aku dan Adam. Matanya sempat menjeling aku tajam.

Ewah ewah... Ingat mata kau lawa sangat jeling aku macam tu. "yalah Adam. Kalau awak nak apa apa boleh minta dekat Fatin. Dia ni rajin tau. Minta je tolong apa pun mesti dia akan tolong punya..." aku sengaja cakap macam tu nak bagi si Fatin ni sentap sikit. Jangan nak jadi munafik sangat!

Fatin tarik muncung. Takut lakonan box office dia terkantoi la tu.

Adam hanya senyum saja." kalau saya nak makan, saya ambil sendiri. "

" awak tak pergi tarawih ke?" aku soal Adam. Pasal Fatin aku buat tak tahu saja.

"Jun! Kat sini kau rupanya. Nah mandikan Farhana kejap." maksu dengan rasa tak bersalahnya bawa Farhana datang dekat aku.

"kan Fatin ada ni." aku tunjuk Fatin dengan bibir aku. Apahal la maksu ni. Agak agak la kalau nak membuli pun.

"Farhana tak mahu dengan Fatin. Dia dah biasa dengan kau! Mandikan je la. Banyak bunyi pulak." maksu berkata begitu dan letak tuala Farhana atas bahu aku.

sayangku LuthWhere stories live. Discover now