BAB 7

209 10 0
                                    

NADRA menyilangkan kakinya. Muka masam serupa asam keping yang dah kering. Batang hidung orang yang ditunggu tak terjengul. Dalam hati sudah menyumpah seranah. Sakit hati dengan janji yang tak ditepati. Bukannya dia tak tahu, sejak mula kenal sampai sekarang tak pernah sekalipun Darwin datang awal. Paling awal 20 minit. Kalau nak dikira kelewatannya, satu jam lebih pun Nadra pernah kena. Dia tunggu macam tunggul kayu buruk. Nadra bingkas. Tak betah lagi menanti apabila satu demi satu kelewatan Darwin mula mengambil tempat dalam mindanya. Baru saja dia mahu melangkah, sejambak bunga ros menutup mukanya.

"Gila!" jerit Nadra sambil menolak jambangan bunga itu. Mukanya memerah dalam sekelip mata. Air mata mengalir laju dan dia serta-merta terbersin. Berkali-kali.

Darwin tersengih di depan matanya selepas jambangan ros itu disembunyikan di belakang Darwin.

"Kau sengaja kan?" mencerlung matanya memandang Darwin. Sudahlah lewat. Lepas itu bawa jambangan bunga pula di depannya. Dia ingat aku suka bunga!

"Taklah. Aku betul-betul lupalah , sayang." Darwin sengih, tapi diiringi rasa bersalah. Jambangan bunga tadi diletakkan jauh ke meja sebelah. Sungguh dia terlupa, Nadra ada alahan kepada bunga.

"Kau memang, semua kau lupa. Jalan nak datang sini pun kau lupa kan?" tebak Nadra.

"Sorry." Darwin angkat kedua-dua belah tangannya.

"Nasiblah kau jadi kawan aku, kalau masih kekasih aku tinggalkan kau kat sini." Nadra menjuih. Darwin sengih bak kerang busuk.

"Sayang, kau nak makan apa?" tanya Darwin. Tangannya tangkas mengambil menu di depannya. Membelek-belek menu.

Nadra juga menilik menu. Dia tak tahu nak makan apa. Akhirnya dia hanya memilih untuk makan stik saja.

"Lama kita tak jumpa." Darwin sengih. Dia pandang Nadra di depannya. Bukan tak sayangkan Nadra , tapi dia lebih sayangkan kariernya yang merupakan impiannya sejak dulu. Sekarang pun dia masih begitu

"Kau tu selalu sibuk. Kejarlah selagi kau boleh kejar. Lagipun, aku dah tak rasa hati dah." Nadra gelak kecil. Kadang-kadang melihat kesibukkan Darwin boleh buat dia pening kepala. Memang betul-betul sibuk. Kalaulah mereka masih berkasih, mahu Nadra mengamuk setiap hari. Darwin tiada masa untuknya.

"Kenapa tak ajak Zandra sekali. Sayang, kau nak jumpa aku seorang aje kan?" Darwin bergurau.

"Eh, tolong sikit ya. Tak kuasa aku. Kau spesial sebagai kawan aku aje," cebik Nadra. Darwin ketawa. Darwin berharap sampai satu masa dia dan Nadra akan bersama semula. Selepas impiannya sudah tercapai. Menjadi supermodel lelaki luar negara.

Darwin memotong stik di dalam pinggan sebelum menukarnya dengan pinggan di depan Nadra. Sejak dulu lagi, Darwin memang begitu. Jika ada Zandra sekali, juga Darwin akan memotong stik untuk Zandra. Baru saja mahu menyuapkan stik ke dalam mulutnya, suara Darwin bergema.

"Eh, itu cikgu sayang kan?" Darwin memuncung mulut ke arah Firraz yang baru melabuhkan punggung di kerusi. Nadra tidak berkalih. Dalam hati sudah merungut. Macam tak ada tempat lain nak makan cikgunya ini. Tak boleh pula kalau tak terjumpa walaupun sehari.

"Hai, cikgu..." Darwin terus menegur. Aura ramah Darwin sudah datang. Firraz memandang Darwin. Matanya, tak berkelip melihat lelaki yang sedang tersengih di depannya itu.

"Kau ni tak tegur pun biarlah masa kita nak keluar nanti," marah Nadra.

"Itu cikgu sayang, kenalah tegur," ujarnya. Kalau dia tahu agaknya dia akan sorokkan Nadra. Ini Darwin tidak tahu apa-apa di antara mereka.

Firraz bangun dan hampiri lelaki yang memanggilnya. Dia ingat-ingat lupa akan wajah si sepet ini. Mana tahu ini anak muridnya. Ketika sampai di meja tersebut, Firraz terkejut apabila matanya bersabung dengan mata Nadra yang kebetulan mendongak. Otaknya cepat mencerna si sepet ini. Bekas kekasih Nadra!

RINDU BERSULAM CINTAWhere stories live. Discover now