Bab 11

400 12 0
                                    

NADRA berdiri di depan ibunya dengan longlai. Malas nak mencuba baju pengantin dan baju akad nikah. Perkahwinan ini tak akan terjadi.

Muka Firraz dipandang. Geram dengan Firraz yang masih belum memberitahu ahli keluarga mereka. Sekarang dah sampai mencuba pakaian pengantin. Nampaknya tak lama lagi mereka betul-betul akan berkahwin.

"Kan cantik baju ni. Pilihan kita tak salah kan, Zai." Puan Nadhira berkata bangga melihat baju kuning cair yang tersarung di badan Nadra.

Puan Zaitul juga tersengih. Nampak sempurna di tubuh Nadra.

Firraz juga memandang Nadra. Tak berkelip dia melihat Nadra. Memang sesuai dengan Nadra. Cantik.

"Hah, Fir terkaku tengok bakal isteri cantik macam tu?" tegur Puan Zaitul kepada anaknya.

Firraz terngadah. Dia pandang mamanya. Terkantoilah pula.

"Baju tu cantik daripada si pemakai." Firraz sengih.

Muka Nadra sudah cemberut. Muncung dilepaskan berinci-inci.

Hmm, nasib badanlah nak dapat bini perangai macam budak-budak, Firraz, desis hatinya.

"Kenapa awak tak cakap lagi? Tengok ni, dah cuba baju pengantin. Nak tunggu sampai bila?" Nadra berbisik.

Matanya terhala pada baju yang tersarung di badannya.

"Eh, kalau kalut sangat nak batalkan perkahwinan ni, apa kata awak yang cakap? Kan lebih mudah macam tu." Firraz kerling Nadra.

Nadra mendengus.

"Penakutlah tu." Nadra mengetap giginya.

"Kalau dah berani sangat, beritahulah." Firraz olengkan matanya.

Nadra mendengus lagi. Geram dengan tingkah Firraz.

"Rara, suka kan baju tu?" tanya Puan Zaitul.

Nadra terkebil-kebil memandang Puan Zaitul. Kalau dia suka, tapi dia tak mahu kahwin, aci tak? Diam saja.

"Mama, Rara sukalah tu. Fir pun suka baju ni. Padan dengan dia." Firraz menjawab bagi pihak Nadra apabila empunya badan mendiamkan diri.

"Eh." Nadra pandang Firraz.

Pandai pula dia menjawab. Pasal Cempaka Zania tu tak mahu pula dia beritahu mereka.

"Rara memang cantik dalam kedua-dua persalinan," kata Firraz.

Dia sengih kepada Nadra. Sengaja memuji Nadra berlebihan. Biar dia marah lagi.

"Ibu, mama Rara nak jumpa Zandra. Dah janji dengan dia," beritahu Nadra.

"Eh, tadi kenapa tak cakap kat ibu?" Puan Nadhira terkejut.

"Rara baru berjanji dengan dia. Abang Firr boleh hantarkan ibu. Boleh gitu Abang Firr?"

Nadra terpaksa menyengih di depan Firraz kerana mahukan pertolongan Firraz.

Firraz angguk dan matanya tak lepas memandang Nadra yang sudah berlalu. Firraz tahu Nadra sengaja mengelakkan diri untuk berada bersama-sama mereka.

"BUDAK-budak memang pandai melarikan diri, kan?" Firraz bersuara ketika mereka berada di dalam kereta.

"Dah nama budak-budak, kan? Tu pasallah saya suruh beritahu mereka lebih awal. Saya ni budak-budak lagi. Tak boleh lagi nak jadi isteri orang. Masih tak puas nak enjoy lagi."

"Tak habis lagi pasal tadi?" Ternaik kening Firraz.

"Yalah, awak tak mengaku pun kata nak beritahu mereka pasal kekasih awak tu."

Firraz tidak membalas, sebaliknya dia hanya terus memandu.

"Kitanak pergi mana, Rara?" tanya Firraz apabila dia sendiri tidak ada arah tujuan.

Nadra diam juga, tapi dia sedang berfikir mahu ke mana sebenarnya.

"Nak makan aiskrim, boleh? Aiskrim kelapa." Nadra sengih.

Dia dan Zandra selalu saja ke kedai aiskrim itu.

"Di mana?" tanya Firraz.

Nadra jadi GPS Firraz. Firraz pun bukannya arif sangat dengan jalan-jalan di sini. Tak lama selepas itu mereka sampai di kedai tersebut. Kedai kecil sahaja.

"Kedai kecil macam ni?" Firraz terkejut.

"Kecil bukan sebarang kecil ya. Aiskrim istimewa kat sini, aiskrim kelapalah."

Nadra kerutkan hidungnya. Asal tempat kecil macam ini, buat hairan. Orang tua macam Firraz memang tak reti.

Nadra terus melangkah masuk. Mujurlah tak berapa ramai orang.Kalau tidak, jenuh dia berdiri apabila Firraz terus saja duduk di meja hujung sebelah kirinya.

Nadra hempaskan mangkuk aiskrim di depan Firraz.

"Tak ikhlas ajak Abang Firr makan kat sini ke?" Firraz menegur sambil mencapai sudu yang dicucuk atas aiskrim.

"Taklah. Awak yang nak bayar nanti. Saya tak bayar pun." Nadra terus jilat aiskrim yang terlekat di belakang sudu itu.

Gaya Nadra Firraz perhati.

"Kenapa?" tanya Nadra apabila dia perasan Firraz merenungnya.

"Tak biasa tengok orang makan aiskrim." Mudahnya jawapan Firraz sambil menunduk melihat aiskrimnya.

Dia pun tak tahan nak makan kerana baunya sungguh harum. Dia tak pernah pun makan aiskrim sebegini rupa. Sebetulnya, dia tak pernah menemani mana-mana perempuan makan aiskrim.

"Orang tua memang macam tu. Itupun ada hati nak kahwin dengan budak-budak." Nadra memerli.

Firraz ketawa kecil.

"Budak atau tidak, sama saja namanya, perempuan. Sama saja." Firraz tekankan ayat sama saja itu.

Nadra mendengus. Firraz membalas dengusan Nadra dengan sengihan saja.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 05, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RINDU BERSULAM CINTAWhere stories live. Discover now