Dato' Zakwan memeluk erat tubuh si anak dengan penuh kasih dan rindu. Inilah puteri tunggalnya. Inilah satu-satunya permata yang ditinggalkan isterinya. Satu-satunya zuriatnya bersama isteri tersayang.
"Anak papa sihat?" Soal Dato' Zakwan. Azra tersenyum manis. "Azra sihat. Papa?"
"Makin sihat lepas tengok anak dara papa sorang ni." Seloroh Dato' Zakwan. Kepala Azra diusap lembut. "Cantik anak papa pakai tudung," Pujinya.
"Kan? Kan? Azra tahu Azra cantik," Balas Azra sambil ketawa. Dato' Zakwan gembira melihat teletah anaknya yang satu itu. Selalu perasan cantik.
"Ya, anak papa cantik. Sama macam mama." Ujar Dato' Zakwan. Masing-masing tersenyum tawar. "Papa dah makan ke? Azra laparlah.." Rengeknya. Menghilangkan suasana janggal itu.
Dato' Zakwan ketawa mendengar rengekan anaknya itu. "Ish, mestilah papa tunggu anak manja papa sorang ni. Jomlah. Bibik dah masak makanan favourite Azra tu."
Bersinar mata Azra mendengarnya. "Seriously pa? Jom!" Lengan Dato' Zakwan dipaut dan ditarik manja. Dato' Zakwan hanya akur dengan kerenah anak daranya itu. Nampaknya rumah ini tidaklah sunyi lagi. Kini...rumah agam itu dipenuhi dengan celoteh anak gadis Dato' Zakwan
*******************************
" Assalamualaikum, ma...." Panggil Haziq. Puan Sri Lidya mencebik melihat kelibat Haziq bersama gadis itu. Haziq tersengih. "Aih, mama tak happy ke tengok Haziq balik?" Soal Haziq sambil menahan tawa. " Kalau Haziq balik bawak menantu untuk mama ye jugak. Huh!" Rungut Puan Sri Lidya. Haziq bersama gadis itu tergelak.
" Kalau Qis jadi menantu mama boleh tak? " Usik gadis bernama Qisrina itu. Puan Sri Lidya lantas menepuk lembut bahu Qisrina. Haziq tersenyum melihat hubungan rapat mereka berdua.
"Hah, meh lah masuk. Takkan rumah sendiri pun nak berjemput." Perli Puan Sri Lidya selamba sambil menarik lengan Qisrina. Qisrina tergelak manakala Haziq menggosok belakang kepalanya. Baru sahaja ingin menarik bagasinya, telefonnya berdering minta di angkat.
"Assalam-" Belum sempat habis salam diberi, suara di seberang talian semangat memintas.
"Ziq! "
"Kau dah apehal setan? Tak sempat-sempat nak bagi salam,"
"Assalamualaikum sahabat. Ni, Aku ada berita ni," Darniel tidak mempedulikan rungutan Haziq. Terus diberi salam tanpa berniat menyambung pergaduhan.
" Ha, Waalaikumsalam. Apa?"
"Kau punya bekas dah sampai Malaysia!"
"Hah? Bila masa pulak aku order bekas dengan kau ni?"
"Dah bila pulak aku cakap kau order bekas?"
"Dah tadi kau kata bekas aku dah sampai Malaysia?"
"Aduh kau ni, aku cakap pasal bekas tunang kau lah bongok!" Bengang Darniel dibuatnya dengan kebangangan Haziq. Haziq? Well...
"Bekas tunang aku? Azra? Kenapa dengan dia?"
"Aish kau ni! Azra. Balik Malaysia."
"Oh, Azra balik Malaysia...bila dia sampai?"
"..."
"Wait, Azra? Balik? WOI! BILA?!"
"Kepala otak kau dah berfunction ek? Tahniahlah,"
"WEYH!!!"
"Hari ni. Baru tadi dia sampai airport. Dah balik kot,"
"Apahal kau tak bagitahu aku awal- awal setan?! Aku ada kat airport tadi!!!" Haziq mengusutkan rambutnya.
"Eh salah aku pulak, mana aku tahu kau ada kat airport tadi. Ni pun aku tahu dia balik sebab dia call bini aku. Dahlah. Pepandai kau lah setel hal sendiri."
"Yelah, thanks."
"Hm... "
Darniel lantas memberi salam. Haziq terdiam seketika memproses maklumat. Azra. Balik. Balik. Azra. Senyuman mula terukir perlahan-lahan di wajahnya. Lebar senyumannya sebelum melompat tinggi. " YES!!! MAMA!!!! Bakal menantu mama dah balik!!!!" Soraknya kuat. Bagasi ditinggalkan di hadapan pintu rumah dan berlari masuk mencari Puan Lidya.
Walau apapun, kesilapannya kali ini bakal ditebus. Pasti. Itu tekad seorang Haziq Hazmi Bin Tan Sri Hairul.
*******************************
"Tengku Haris Al-Hadi," Panggilan lembut itu menyedarkan Haris dari lamunannya. " Umi, kenapa?" Soalnya juga dengan nada yang lembut. Senyuman manis terukir menampakkan sepasang lesung pipit miliknya.
"Umi panggil dari tadi lagi tak menyahut. Haris termenungkan apa?" Soal Puan Syuhada. Haris menyapu lehernya tanda segan. "Er...tak ada apa-apalah umi," Nafi Haris.
"Ni pasal perempuan yang Haris suka tu ke?" Puan Syuhada menyerkap jarang. Merah padam wajah Haris apabila tekaan itu tepat mengena. Melihat reaksi Haris, Puan Syuhada tersenyum sinis. Dah agak. Apa lagi sebab seorang Haris yang selalunya ceria kini termenung jauh begitu.
"Kenapa ni?" Tengku Imran menegur dua beranak itu. " Ni hah, anak sulung awak ni dilamun cinta," Usik Puan Syuhada. Tengku Imran ketawa kecil. " Ni pasal perempuan yang dia cerita hari tu ke? Hah, macam mana Haris? Kena reject lagi ke?" Soal Tengku Imran. Haris mengeluh perlahan sebaik sahaja teringat beban di kepalanya.
Tanpa Haris bersuara pun, kedua-dua mereka dapat mengagak jawapan yang bakal di terima. "Haih kurang lagi rupanya kamu ni. Ayah ingat dah cukup serba serbi dah," Usik Tengku Imran. Cuba menggembirakan suasana. " Ish, ayah ni. Mana ada," Haris menggeleng perlahan.
Puan Syuhada sekadar tersenyum. Benar. Haris cukup semuanya. Wajah yang kacak, kaya, pandai. Pendek kata ciri-ciri hero drama melayu.
Namun jelas, segala yang ada pada Haris masih tidak mampu mencairkan hati si gadis itu. Sejujurnya, Puan Syuhada turut berminat untuk mengenali gadis yang berjaya mencuri hati anaknya.
" Tapikan... Haris rasa dia putus cintalah, umi, ayah. " Ujar Haris. " Mana kamu tahu?" Soal Puan Syuhada. Haris mengeluh. " Haris pernah nampak gambar seorang lelaki dalam phone dia." Ujarnya pahit.
" Entah-entah abang dia kot? Adik ke?" Ujar Tengku Imran. Cuba menenangkan hati si anak. Haris menggeleng lemah. " Mustahil lah yah. Dia anak tunggal kot."
" Kalau macam tu Haris kena usaha kuat lagi lah. Baru dia boleh move on dari ex dia tu." Puan Syuhada mengangguk setuju. " Haah, hati perempuan ni Ris, macam kerak nasi. Lama-lama nanti lembut lah tu." Tambahnya. Haris tersenyum senang.
"Thanks Umi, Ayah. Haris janji, Haris akan buktikan pada dia yang Haris ikhlas nak dia jadi isteri Haris. " Ujarnya semangat. "Baguslah tu. Tapi jangan paksa dia pula. Ingat, kalau ada jodoh tak ke mana. Tapi kalau bukan jodoh, kita kena terima. Faham," Pesan Tengku Imran.Haris mengganguk faham.
" Ya ayah. Haris faham."
"Dahlah, pergi kemas barang. Esok nak pergi melawat adik awak tu dulu. Minggu depan baru kita balik Malaysia. " Ujar Puan Syuhada. Haris lantas memberi tabik. " Okey madam!" Ujarnya kuat gaya askar menerima arahan. Puan Syuhada menepuk belakang lembut anak terunanya menerima gurauan itu. Geram betul budak ni. Main-main pula.
Haris masuk ke dalam rumah persinggahan keluarganya bersam beban yang sedikit berkurang. Kini, semangatnya untuk mendapatkan seorang gadis bernama Azra Zulaikha kembali.
To Be Countinued
Naz_Nazira
6 November 2021
YOU ARE READING
Azra Zulaikha
RomancePrequel:My Mission, This Is a Game. _Azra_ Tahun berganti tahun, Azra membina kekuatan dirinya. Tekadnya, enggan si dia bersimpati lagi. Dengan kekuatan itulah dia menjalani kehidupan sehariannya. Tapi, bila berjumpa, longgarlah juga lututnya. M...