Haziq mundar-mandir di ruang tamu rumahnya. Telefon tak lepas di tangan.
Nombor dah ada.
Support dah ada.
Apa lagi?
Call lah.
Eh, tak. Tak boleh. Ada satu lagi yang tak ada. Confident. Macam mana kalau Azra reject dia? Macam mana kalau nombor dia kena block? Salah nombor ke? Tapi kawan baik Azra sendiri yang bagi dia nombor tu. Takkanlah salah pula. Tapi mana tahu, kalau-kalau Faqiha nak kenakan dia?
Haih, kusut.
Kenapalah dia jadi bodoh dulu? Kalau dia sabar sikit, mungkin Azra dan dia sudah berkahwin. Lagi awal dari Faqiha dan Darniel. Silap-silap dah ada anak. Haziq duduk di sofa dan menyandar. kepalanya terlenggak ke atas. Dia ketawa sinis. Ketawakan diri sendiri. Ada peluang lagi ke untuk hubungan mereka?
Ada yang kata bukan salah dia hubungan mereka putus. Lagipun, dia hanya meminta ruang untuk fikirkan kembali hubungan mereka. Tambah lagi dengan umur mereka yang masih belum matang, perjalanan mereka masih jauh. Suatu hari nanti, kalau bukan dia mungkin Azra yang akan menemui penggantinya.
Tapi kenapa dia tak pernah sedar? Membayangkan lelaki lain di samping Azra sahaja sudah cukup mencabar hatinya. Malah dari dulu lagi, saat mana-mana lelaki mendekati Azra pun dah buat dia bengang. Dia cemburu. Azra ada dia, kenapa perlu layan lelaki lain?
Dan... kenapa dia pun tak boleh baca hati sendiri?
"Abang Aziq!" Terhenjut bahu Haziq. Matanya dibuka. Wajah Qisrina menyapa pandangan matanya. Keluhan perlahan dilepaskan. "Haih, Qis... berapa kali abang cakap, jangan panggil Aziq."
Qisrina membuat muka. Nama panggilan je pun. Tu pun kecoh. Dia rasa cute je panggil Haziq macam tu? Tak eh?
" Ni nak apa ni?" Soal Haziq malas. Down terus semangatnya. Rehat pun tak lagi, dia dah semangat nak call kekasih hati. Masalahnya fikirannya pula terganggu. Mana tak down? " Abang dah call ke dia?"
"Haih... belum."
Qisrina mengangguk. "Erm... abang yakin nak dia balik? Ibu macam tak berapa setuju je?" Haziq mengetap bibir mengingatkan reaksi ibunya sebentar tadi. Satu lagi masalah menimpa bahunya. Haziq mendengus perlahan lantas meraup wajahnya. Sikunya ditongkat di peha, Tangannya memanggung kepala.
Memikirkan penyelesaian kepada masalahnya itu. Bukan senang nak meyakin kan ibunya. " Abang?" Tegur Qisrina. " Ya... abang tahu. Tengah fikirlah ni." Suaranya kedengaran pasrah. Penat. Penat dengan perasaan sendiri. Dia nak Azra. Tapi, apa yang menghalang mereka?
“Sampai ke sudah fikir, tak ke mana pun bang. Bertindaklah..." Bebel Qisrina. Tak faham betul masalah orang bercinta ni. Apa yang complicated sangat. Benda simple pun boleh jadi berbelit. Dah suka cakap suka. Tak suka cakap tak suka. Apa masalahnya?
“Iya... Dahlah Qis. Tak membantu lah. Orang risau kena reject ni, dia bising pula ,"
“Wow, abang Haziq kena reject. Jarang tu dengar. Selalu dia je reject orang. " Perli Qisrina. Haziq menjeling tajam. Tak membantu. Serius tak membantu. Kepalanya masih lagi overthink semua kemungkinan negatif. Kalau lah...
++++++++++++++++++++++++++++
“Kalaulah kita tak jumpa, mesti Azra tak perlu rasa risau macam ni kan?" Ujar Azra seorang diri. Gadis itu termenung kosong di biliknya. Berbaring mengiring di atas katil dan menghadap cermin.
Matanya dipejam. Cuba membuang bayangan yang dilihatnya tadi. Namun lain jadinya. Tanpa sedar, air matanya mengalir lagi.
Dia tahu. Dia tidak layak buat lelaki itu. Dia kebudak-budakkan. Dia playgirl. Dia jahat. Dan paling penting... Dia kotor. Untuk apa gadis kotor sepertinya mengharapkan lelaki yang sempurna?
Tanpa sedar dia tertidur dalam tangisan. Dalam tidurnya, Azra termimpikan kenangan lama. Saat itu, sepasang mata si bapa melihat tangisan anaknya. Sebak melihat air mata yang mengalir di wajah anak gadisnya.
..........
“Abang Aziq, cantik tak baju ni?" Soal Azra riang. “Tak. Baju macam ni Azra kata cantik? Buta ke?" Kutuk Haziq selamba.
Azra membuat muka. “Apa abang ni. Eee.. bencilah macam ni. Semua baju Azra ambik semua abang kutuk." Rajuknya. Haziq turut membuat muka. Apa salahnya? Dah dia rasa baju tu tak cantik, taklah. Takkan nak cakap ya pula kan? Haih perempuan. Haziq menggeleng perlahan melihat wajah tunangnya yang masam itu.
Merajuk ya sayang? Meh aku keluarkan ayat-ayat manis gula 1Kg.
“Alah, Azra.... Azra kan cantik Azra pakai baju apa pun confirm cantik. Tapi mestilah Aziq naklah sayang Aziq ni pakai baju yang betul-betul cantik. Tak naklah pakai yang buruk ni. You deserves more better sweetheart. Kita pergi cari lain ya. Aziq tolong Azra pilih yang sesuai dengan Azra. Azra kan cantik. Mestilah kena cari pakaian yang cantik-cantik. Bukan yang entah apa-apa tu. Okey baby?"
Perlahan-lahan Azra tersenyum sebelum tergelak kecil. Cari pasal betul Haziq ni. Kalau pekerja kedai ni dengar, mahu kena maki. Bukannya pakaian yang tak cantik. Masalah gaya pakaian itu yang terdedah. Kalau mereka dah kahwin, Haziq peduli apa kalau Azra nak pakai sekalipun. Tapi untuk kat rumah je lah. Eh?
“Betul ni?" Soal Azra manjanya. “Betul sayang..."
“Alright.. jom pergi kedai lain. Azra memaut lengan tunangnya itu dan melangkah keluar dengan wajah bersinar. Haziq tersenyum nipis. Nasib baiklah budak sorang ni senang kena pujuk.
To be countinued...
Naz_Nazira
14 sept 2022
YOU ARE READING
Azra Zulaikha
RomancePrequel:My Mission, This Is a Game. _Azra_ Tahun berganti tahun, Azra membina kekuatan dirinya. Tekadnya, enggan si dia bersimpati lagi. Dengan kekuatan itulah dia menjalani kehidupan sehariannya. Tapi, bila berjumpa, longgarlah juga lututnya. M...