8 Tahun selepas Tragedi:
My mission: This is a gameMelbourne, Australia
9.00 pmSuasana di dalam apartment itu gamat dengan suara suara mereka. Maklumlah, malam ni malam terakhir beberapa orang diantara mereka di bumi Australia itu.
"Aku pusing eh," Ujar seorang gadis. Mereka yang lain mengangguk setuju. Pen kembali berputar. Mereka berlima duduk mengelilingi meja. Gamat suara mereka bersorak menjerit nama sesama mereka.
Mata pen berhenti pada seorang gadis berambut hitam tidak terlalu panjang.
"Okey Azra, true or dare?" Soal rakan serumahnya. "Sebab aku malas nak kena buli dengan korang kejam tahap apa, aku pilih true." Putus gadis dipanggil Azra itu.
"Good! Sebab aku ada soalan yang dah lama aku nak tanya. Kau jangan lari ek? "
"Ha...yelah. Apa?"
"Apa kurangnya Haris sampai kau reject dia?" Soalnya penuh semangat. "Hah, nasib kau tanya Qis. Aku pun nak tahu jugak. Yelah, 7 tahun dia try kau tapi kau buat derk je. Ke taktik kau nak suruh dia masuk pinang kau terus ni?" Usik seorang gadis berkaca mata. Mereka yang lain bersorak mendengar kata-kata itu manakala Azra tersenyum.
Ah, Tengku Haris Al-Hadi bin Tengku Imran. Lelaki yang menjadi kegilaan di kampus mereka dan sentiasa cuba menarik perhatian seorang Azra Zulaikha.
"Tak ada apa yang kurang pun." Ucapnya.
"Cuma...hati aku yang masih terikat dengan kisah lama" Azra teringatkan memori hitamnya. Seketika dia tersenyum pahit saat teringat rayuan seseorang dahulu. Rayuan terakhir sebelum mereka memutuskan segala-galanya.
"Siapa? Weyh? Ex kau ke?"
"Alah...dah nama pun kisah lama. Lupakan jelah."
"Betul tu Azra."
"Aip. Kata satu soalan je," Azra cuba mengelak. "Alah Azra, share lah." Pujuk gadis kedua yang memakai cermin mata. Azra ketawa kecil.
"Satu je aku boleh cakap. Aku tak nak perkenalan yang sama. Aku tak nak sikap yang sama dan aku tak nak terima layanan yang sama daripada sesiapa dah. Semua tu mengingatkan aku pada dia."
"Dah tu? Kau nak lain daripada yang lain macam mana ni? Tak faham lah aku," Gadis ketiga dengan rambut pendek menyoal. "Okey, aku faham. Kau tak nak perangai yang sama macam ex kau kan? Alah Azra, cubalah bagi peluang kat Haris. Aku yakin dia takkan sia-sia kan kau."
Azra menggeleng. "Aku bukan takut ditinggalkan. Tapi aku takut kalau aku jatuh hati, tapi sebab aku nampak bayangan dia dalam diri orang tu. Itu yang paling aku nak elakkan."
Mereka semua terdiam. Azra tersenyum. Bukan mudah untuk membuang seseorang yang telah memberi kesan yang amat mendalam padanya. Satu yang Azra akui, 8 tahun berlalu, dia masih tidak dapat membuang lelaki itu dari hidupnya.
Azra mengeluh sendiri. Benarkah tiada jodoh lagi buat mereka?
------------------------------------------------------
Setiap langkahnya diperhati oleh orang sekelilingnya. Gadis-gadis memandangnya dengan penuh teruja. Namun sedikit pun tidak dipedulikannya.Cermin mata hitam menghiasi wajahnya. Langkah dihentikan sambil mengeluh perlahan. Baru mulutnya mahu membebel, suara seorang wanita menyapa gegendang telingannya. "Abang Haziq.... " Jerit gadis itu teruja. Haziq tersenyum melihat wajah yang menjadi kesayangannya. "Ingatkan tak nak datang tadi, " Usik Haziq. Gadis itu mencebik. "Alah, abang ni... "Rengekan gadis itu membuatkan Haziq ketawa kecil.
Sikap yang mengingatkannya kepada seseorang. Seketika terasa bagai ditampar. Gadis yang disiakannya hanya kerana sikap. Haziq mengeluh dalam diam. Salah dia kah semua ini berlaku?
Entah bagaimana keadaan gadis itu, dia sendiri tidak tahu. Tapi hanya satu yang dia pasti, dia sentiasa harapkan yang terbaik untuk gadis itu.
Tanpa disedarinya, hari itu juga merupakan kepulangan si gadis.
Peluang kedua... Wujudkah buat Haziq?
YOU ARE READING
Azra Zulaikha
RomancePrequel:My Mission, This Is a Game. _Azra_ Tahun berganti tahun, Azra membina kekuatan dirinya. Tekadnya, enggan si dia bersimpati lagi. Dengan kekuatan itulah dia menjalani kehidupan sehariannya. Tapi, bila berjumpa, longgarlah juga lututnya. M...