12

85 11 23
                                    

Selepas aku mendengar kisah lama Mina dan Haerin, aku bertekad untuk satukan kedua-dua makhluk ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas aku mendengar kisah lama Mina dan Haerin, aku bertekad untuk satukan kedua-dua makhluk ini. Walaupon tak boleh bersama sebagai sepasang kekasih, why not bersama sebagai kawan, kan?

Aku duduk bersama dengan mereka di ruangan rehat mereka. Ada yang main game bersama, ada yang duduk sambil borak ii. Aku memandang ke arah Sangyeon yang rancak berborak. Aku rasa ini kot peluangnya.

"Sangyeon, hurmm saya nak cakap sesuatu." kata aku. Dia menoleh ke arahku.

"Apa dia? Apa yang awak fikirkan tu?" soalnya.

"Hurmm sebelum ni awak pernah berkawan dengan werewolf? Maaf cuma saya curious je." kata aku lagi. Dia membulatkan mata.

"Kenapa tiba ii tanya macam tu?" soalnya. Aku hanya menggeleng kepala.

"Takde apa, cuma curious je. Yelah korang kan penghuni dunia ni, takkan la tak berkawan langsung." kata aku lagi. Sangyeon hanya mengeluh.

"Memang dari dulu, kami tak pernah sehaluan. Ada je yang menghalang. Jadi, memang kami tak boleh bersama pon walaupon sebagai kawan." kata Sangyeon lagi. Aku mengetap bibir.

"Apa kata kita jumpa dengan werewolf sendiri? Sekarang zaman moden la Sangyeon. Semua dah berubah." pujuk aku. Bukan apa, aku memang tak suka dengan peperangan. I hate it so much! Sebab tulah aku cuba untuk pulihkan hubungan kedua-dua makhluk ini.

"Kalau kita jumpa pon takde gunanya. Alpha wolf tu memang ikut ajaran dan peraturan lama. Nothing can be changed." kata Sangyeon lagi.

"Tapi Sangyeon-" kata ii aku terhenti kerana aku mendengar ada bunyi serpihan kaca di lantai. Aku menoleh dan kelihatan Q memandang ke arah gelas yang dibawanya jatuh ke atas lantai.

"Kyu, kenapa?" soal New yang tiba ii ada di sekitar kami. Ahli ii yang lain semua dah berkumpul dekat dengan kami.

"Korang, aku nampak something." kata Q.

"Apa yang kau nampak?" soal Hyunjae.

"Werewolf. Mereka nak serang kita sekejap lagi. Kita semua akan perang dengan mereka sebentar lagi." jelas Q.

"Serious la? Diorang ni tak serik lagi ke? Dah sah ii Nami akan dijaga oleh kita? Takkan tak puas lagi?" bentak Eric.

"Okay bertenang. Kita plan dulu." kata Sangyeon pulak. Aku hanya mengetap bibir, memikirkan sesuatu.

"Kita akan bersedia menentang mereka. Nami, awak duduk je kat rumah ni bersama Mina dan Haerin." kata Sangyeon.

"Sangyeon, saya nak ikut." kata aku. Aku ni kalau tak dapat apa yang aku nak, memang aku bersikap degil sikit sampai aku puas hati.

"Jung Nami, it's a no. Kalau apa ii jadi pada awak, kita yang susah. Dengar cakap saya, duduk je kat rumah ni." katanya lagi. Aku hanya mencebik.

Tiba ii, aku mendengar raungan serigala dari luar mansion.

『 C 』 LSY FF ; ❛❛Bride Of Dracula❜❜Where stories live. Discover now