PROLOG

205 23 12
                                    

Jimin membetulkan kedudukan kamera DSLR pada tripod untuk mendapatkan sudut yang sempurna ketika merakam subjek nanti. Taehyung di sebelah Jimin sedang gigih berdiri memegang lampu untuk bagi pencahayaan yang baik dalam ruang yang gelap ini. 

"Camera action! One! Two! Three!"Jimin angkat ibu jari sambil angguk sedia kepada Jung Kook yang menjadi subjek. Jung Kook sedang statik berdiri di hadapan kemera.

"Hi Guysss. Welcome back to my channel. So hari ni aku dengan member aku akan buat rakaman istimewa yang semua fans request minggu lepas. Cuba teka kitorang kat mana sekarang?"dengan penuh gaya Jung Kook angkat tangannya. Jimin memutarkan kemera 180° ruang sekitar Jung Kook. Jimin tersenyum kerana viewers live di channel youtube mereka mendadak naik kepada 100k dalam masa beberapa minit on air. Mantul bossku!

"Footage ni memang real. Kitorang berada kat dalam villa berhantu yang tengah viral sekarang. Ramai cakap yang villa ni memang banyak kisah seram dan misteri,"Jung Kook gerakkan jari jarinya bagi creppy vibes. Matanya dikecilkan. "Kat sini ada yang pernah dengar suara perempuan ketawa menghilai, menangis tengah tengah malam. Ada yang nampak budak lelaki kecil takde kepala, perempuan rambut panjang baju putih terbang atas bumbung. And paling mengejutkan ada beberapa team penyiasat paranormal yang hilang dengan tiba tiba lepas masuk ke dalam villa ni,"

Dia menarik nafas dalam dalam sebelum menghembuskannya. "So today, demi memenuhi kehendak fans....kitorang dengan beraninya akan buat rakaman live istimewa kat sini,"Jung Kook dengan yakin angkat jari telunjuknya ke atas. Gaya memang nampak macam menteri. "Kitorang akan rungkaikan dan buktikan segala misteri tentang villa ni....."

Pangggg!

Bunyi objek keras seperti pasu pecah menganggu suasana sunyi. Krruuuuu! Kreeekkk~ Diikuti dengan bunyi dinding dicakar yang kedengaran dalam beberapa saat. Jung Kook kejung sekejap dengan mata ligat melilau ke semua arah. Nampak wajahnya mula cuak tapi dia tetap berlagak tenang di hadapan kamera supaya tidak cepat terciduk. Ni Jeon Jung Kook gaiss, bukan Nabila Razali cumi cumi. "Korang dengar tak tadi? Bunyi tadi?"

Panggggg!

Kreeekkkk! Krruuuu~

Bunyi semakin jelas dan kuat. Ia berselang seli. "Ok rileks ye! Nampaknya ada 'someone' tak suka kitorang datang sini. Mybe dia tengah marah ke kita ceroboh masuk rumah dia ni,"tanpa menghiraukan gangguan bunyi itu, Jung Kook terus melangkah masuk ke dalam sebuah ruang bilik.

"Now aku kat salah sebuah bilik tidur yang ada dalam villa ni. Ni macam...."ada sebuah katil buruk dan beberapa anak patung yang koyak koyak di lantai.

Zuppp! Pangggg! Satu kelibat putih melintas dengan laju di luar bilik sebelum pintu bilik berdentum tertutup dengan sendiri. Jung Kook tarik balik pintu tersebut dan menjenguk keadaan di luar. "Dia just nak main main je tadi. Rileks yeee!,"

Jimin fokuskan kemera pada satu bingkai gambar kanak kanak terletak di dinding atas katil. Jung Kook turut nenggamati gambar tersebut. "Menurut yang netizen bagitahu aku tentang sejarah rumah ni, kesemua penghuni dalam rumah ni mati dibunuh dengan kejam oleh perompak. Mayat ahli keluarga ditemuai selepas mereput beberapa bulan. Roh ahli ahli keluarga ni tak tenang dan buat kacau,"Jung Kook mara lebih dekat ke arah gambar itu. Dia menyapu habuk yang menutupi gambar dengan tapak tangannya.

"Budak perempuan dalam gambar ni adalah anak bongsu keluarga ni. Budak umur 7 tahun ni...aku tak berapa pasti exact age dia berapa.....dia mati sebab kena dera, kena rogol beramai ramai dengan perompak tu. And then mayat dia dikerat dan disorokkan dalam kotak bawah katil ni,"Jung Kook tunjuk ke arah katil.  Dia membongkokkan tubuhnya sedikit sambil kepala menjenguk ruang gelap bawah katil. Tangannya cuba menguis sesuatu. Tanpa Jung Kook sedar, almari di belakangnya bergegar. Jimin yang merakam berdekatan almari itu terus menjauh.

Darkweb [BTS version]Where stories live. Discover now