CHAPTER 3

84 13 1
                                    

Pintu rumah diketuk bertalu talu dari luar. Jimin tarik pintu dengan takut takut.

Kepala Jin terjengul di balik pintu dengan muka masam. "INGATKAN BARU TAHUN DEPAN KAU NAK DATANG BUKAK PINTU NI," Jin mendengus geram. Lagi buat dia naik marah bila Jimin menghalang dia masuk ke dalam rumah.

"Tepi la. Asal tak bagi aku masuk. Aku siap tolong belikan burger untuk korang semua ni,"plastik di tangannya diangkat. Malangnya, tiada sesiapa pun yang memberikan respon gembira. Jin pelik kerana kawan kawannya yang lain di belakang Jimin memerhatikan ke arahnya semacam makhluk asing.

Taehyung menggosokkan mata beberapa kali. "Ok, aku tak tahu nak cakap apa dah....but apa yang jadi tadi memang gila,"ujar Taehyung. Jin mengerutkan dahi kerana tak faham.

Jimin tahan dada Jin. "Before kau masuk, aku kena make sure kau ni betul betul manusia,"tangannya merayap ke seluruh tubuh Jin. Jimin dapati tubuh Jin berjirim, berjasad. Kalau hantu, mesti tangan Jimin dah menembusi tubuh Jin. Lagipun, tapak kaki Jin memang rapat sentuh lantai.

"Lol Jimin. Aku tahu la malam ni aku cun gila sampai kau stim raba raba aku. Agak agak la wei depan diorang kot. Dalam bilik boleh bincang baik baik bro,"Jin masih boleh buat lawak hambar.

Jimin masih ragu ragu. "One question. Kalau kau boleh jawab soalan ni kitorang percaya kau betul betul Kim Seok Jin. Bukan hantu,"

"Apa lagi? Aku tak fahamlah dengan korang ni,"keluh Jin.

"How many times Namjoon masturbate dalam seminggu,"soal Jimin. Hanya betul betul member je yang tahu jawapan kepada soalan ni.

"Pehal sial tanya soalan macam tu,"Namjoon menjerit malu.

Bibir Jin tersenyum senget. Jarinya dipetik penuh gaya. "Zero sebab Namjoon ada masalah mati pucuk. Puas hati kau,"dengan yakin dia menjawab.

Jimin mengangguk dan mengizinkan Jin untuk masuk. "Silakan tuan puteri...."

Benda pertama yang diorang terus terkam adalah beg plastik berisi burger di tangan Jin.

* * * *

Masing masing melahap burger yang Jin belanja. Mereka duduk berkumpul di dapur (tempat paling selamat kata Jimin). Jung Kook sedang membancuh hot coklat sementara kawan kawannya yang lain bercerita satu persatu kepada Jin apa yang dah jadi tadi.

"Seriuslah aku ada masa korang buat unboxing tu?"Jin macam susah nak percaya bila diberitahu kewujudan Jin kedua yang bersama diorang sekejap tadi. Naik meremang bulu roma.

"Kitorang tak syak apa apa pun tu bukan kau. Sebab 'benda' tu memang pandai gila menyamar jadi kau,"jelas Jimin. Mulut penuh mengunyah burger.

"Seram wei dapat tahu kita unboxing sama sama dengan hantu,"tambah Yoongi.

"Habis tu benda tu ada lagi ke sekarang ni?"Jin cuak. Tak ke gila kalau identitinya dicuri hantu. Dan hantu tu terus menyamar sebagai dirinya, menjalani hidup sepertinya. Tak rela dia ada kembar.

"Tak pasti. Taehyung cakap benda tu terkurung dalam bilik. Nanti kita check sama sama jap agi,"kata Namjoon.

"Aku rasakan, kita kena kacau sebab Hoseok bukak kotak tu. Mybe kita dah bebaskan something. Kau tak rasa apa apa ke Seok,"Jimin pandang Hoseok.

"Takde pun. Biasa je!"Hoseok menggeleng tenang. Dia mengelap mulut yang melekat sos.

"Hmm lebih baik kita buang je barang barang tu. Kalau simpan, mungkin benda tak elok akan jadi,"Jung Kook membawa dulang berisi tujuh buah mug. Dia aturkan mug ke meja sebelum melabuhkan punggung di kerusi sebelah Jimin.

Darkweb [BTS version]Where stories live. Discover now