CHAPTER 4

66 11 1
                                    

Cahaya pagi terik menyelinap dari celah langsir tingkap lalu memanah terus ke bebola matanya. Tidur Hoseok terganggu dek silauan cahaya yang menyakitkan mata.  Dia menggeliat puas. Telefon digapai. Pukul 9.00 pagi. Shit! Dia menyumpah  dirinya kerana terlajak tidur.

Saat punggung diangkat dari kerusi, belakang tubuhnya terasa sengal kerana tidur dalam posisi terbongkok dengan kepala beralaskan meja. Laptop yang telah mati kehabisan bateri disambungkan ke kabel charger. Dia ambil tuala masuk ke dalam bilik air untuk cuci muka dan dan gosok gigi sebelum turun bersarapan di bawah.

Memandangkan waktu telah terlajak pagi, dia buat keputusan tidak pergi ke sekolah hari ni. Lagipun tinggal beberapa hari saja nak masuk cuti hujung tahun. Final exam pon dah habis seminggu yang lalu. Tak perlu lah nak dirisaukan sangat. Kalau pergi sekolah pun, just duduk lepak dengan kawan kawan je.

"Baru bangun?"tegur Puan Jung yang sedang menyediakan sarapan untuk Hoseok di pantri.

"Ye,"Hoseok buka peti sejuk dan ambil sekotak susu coklat. "Omma tak kerja ke hari ni,"

"Pagi tadi Ahjumma Min call omma. Katanya haelmoni masuk hospital lagi. Omma ambik cuti beberapa hari nak balik kampung tengok haelmoni. Kamu tak nak ikut,"Puan Jung menghidangkan sekeping roti bakar disapu mentega bersama telur separuh masak kepada anak bujangnya itu.

"Tak kot,"geleng Hoseok. Dia carik sedikit roti lalu dimasukkan ke dalam mulut.

"Aikk kenapa pulak? Cuti sekolah dah nak dekat kan,"

"Seok ada kerja sikit nak kena buat dengan kawan kawan,

"Hmmm yelah...kawan kawan lagi penting kan dari family sendiri,"sindir Puan Jung.

"Alah omma jangan lah cakap cam tu. Bagi Seok masa sikit. Bila dah settle kerja ni, Seok balik kampung ok,"pujuk Hoseok. Puan Jung sekadar mengangguk. Biasalah anak anak muda kan, dia faham. "Seok jaga rumah baik baik waktu omma takde seminggu ni. Jangan buat benda bukan bukan especially bawak masuk yeoja dalam rumah,"Hoseok mengangguk dengan amaran keras Puan Jung.

"Pasal makan pakai kamu, omma dah upah maid yang tolong uruskan kamu ye,"kata Puan Jung seraya memeluk Hoseok. Hoseok mengiringi Puan Jung ke ruang tamu. Tangan wanita itu dikucup sebelum Puan Jung masuk ke dalam perut kereta. "Kirim salam Seok kat haelmoni ye,"

*    *    *    *

Ketika Hoseok menuju semula ke dapur, telinganya menangkap bunyi dentingan pinggan pinggan berlaga. Dia mula rasa tak sedap hati membayangkan mungkin ada perompak pecah masuk ke dalam rumahnya. Kakinya menapak perlahan. Dia mengenggam sebatang penyapu yang dijadikan senjata.

Hoseok tercegat di hujung meja yang memisahkan sinki dengan kedudukannya sekarang. Tingkap di sinki terkuak luas. Dan seekor kucing berbulu hitam menguis celah celah pinggan mangkuk di ruang sebelah sinki. Kucing je, nasib bukan perompak.

"Sial punya kucing kurap!"Hoseok mengibas kepala penyapu yang dipegangnya untuk menghalau kucing tersebut keluar. Kucing itu kelihatan seperti kucing yang terbiar kerana telinga dan wajahnya berkurap dan bernanah. Baunya sangat busuk. Ia mengiaw garang melihat Hoseok. Sebelah matanya kelihatan lohong tanpa bebola mata.

"Keluarlah kucing hodoh!"Hoseok cuba menolak kucing itu ke tingkap yang terbuka. Sial bukan main degil ia mencakar batang penyapu. Kucing tersebut melompat dari sinki ke meja makan. Dia menghidu roti di atas pinggan yang Hoseok tinggalkan sekejap tadi.  Sejenis cecair merah menitik keluar dari mulutnya. Dia mengangakan mulut, dan seekor katak yang digigit diletakkan di atas pinggan. Katak tersebut hancur menjadi segumpal daging tapi empat kakinya kelihatan masih sempurna. Kucing tersebut menjilat darah katak dengan rakus.

Darkweb [BTS version]Where stories live. Discover now