CHAPTER 6

53 12 0
                                    

"Kook sini jap,"panggil Jimin sengaja nak mengacau Jung Kook yang tengah tekun study.

"Hmm..." Jung Kook menyahut pendek sambil tumpuannya masih melekat kepada buku Biologi yang dibaca.

"Jung Kook, sinilah kejap! Jung Kook!"suara Jimin lebih menggesa.

"Pe? Bising la kau ni,"

"Hoi aku panggil kau kan ni,"Jimin yang geram tak diendahkan oleh Jung Kook terus melempar bantal ke arah belakang kepala Jung Kook. Jung Kook mencebik ketika memalingkan wajahnya ke arah Jimin. Boleh pulak Jimin senyum dengan muka tak bersalah.

Nasib baik kau cute pendek, kalau tak aku cucuk biji mata kau dengan pen ni.

"Kau nak apa Jimin,"Jung Kook tutup buku Biology untuk bagi tumpuan pada Jimin. Kan merajuk pulak mamat tu.

"Nak kau,"

"Bwo?"mulut Jung Kook ternganga. Yang Jimin cakap tadi dia tak salah dengar kan?

"Hahahah macam ni...aku nak mintak pendapat kau ni...,"Jimin senyum penuh makna. Jung Kook tahu sangat si Jimin ni nak mengadu pasal Emma la tu. Puiii!

"Pasal Emma kan,"sambung Jung Kook yang sedia boleh agak apa yang ada dalam kepala Jimin.

Jimin tepuk tangan. "Wuishh hebat la kau...macam tahu tahu je apa aku nak cakap,"baginya Jung Kook kawan yang paling sangat memahami. Sebab tu dia lebih selesa kongsikan hal hal pribadinya pada Jung Kook sebelum merujuk kawan kawan yang lain.

Jung Kook bangun dengan malas dari kerusi. Dia menuju ke katil dan duduk berlunjur di sebelah Jimin. "Kenapa dengan awek kau,"soal Jung Kook.

Jimin hela nafas yang kedengaran berat. "Hmm aku dah fikir masak masak yang aku nak konfess kat Emma hari ni jugak,"wajahnya ditekup ke bantal lalu dia menjerit kecil. "Pabo!! Tapi aku takde keyakinan!!!"

"Hello, hello....sejak bila kau jadi penakut ngan yeoja ni,"Jung Kook merangkul bahu Jimin erat.

Jimin mengangkat kepala. Matanya memandang tepat ke dalam anak mata Jung Kook. Wajahnya nampak buntu. "Aku paranoid sebenarnya. Kalau aku terus in serious relationship dengan Emma, aku takut something bad akan jadi. Aku takut dia tinggalkan aku ke, dia tak ihklas ngan aku ke. Kau faham kan trauma aku dulu macam mana,"

Jung Kook gelak kecil bila teringatkan kembali bagaimana teruknya keadaan Jimin ketika putus cinta dulu. Memang macam orang hilang separuh nyawa. "Yee kau nyaris nak terjun bangunan sebab frust ex kau main dengan jantan lain depan mata kau. Nasib aku selamatkan kau," ya, dia jadi rapat dengan Jimin kerana peristiwa tersebut.

"Hehehhe, sebab tu la aku sayang kau Jung Kook. Kau ada time aku perlu,"Jimin peluk leher Jung Kook. Pipinya dilagakan dengan pipi Jung Kook. Jung Kook agak tergamam.

"Kalau kau tak perlukan aku, kau akan buang aku la,"

"Errr...."

"Never mind. So, kalau kau betul betul sayang kat Emma...kau perlu buktikan pada dia,"

"Maksud kau?"

"Pergi la konfess kat dia cepat cepat. Kan dia kena rembat, kau jugak yang melepas. Lepas tu mula la nak gi terjun bangunan,"

"Serius ni?"Jimin usap bawah dagunya sambil berfikir cadangan Jung Kook.

"Ke kau nak aku bagitahu kat dia,"

"No no, tak romantik. Amacam kalau aku purpose Emma jadi makwe aku depan kawan kawan kita. Lagipun, kau sorang je yang tahu pasal Emma dengan aku. At least, aku tak nak membelakangkan kawan kawan aku,"

Darkweb [BTS version]Where stories live. Discover now