CHAPTER 5

58 8 0
                                    

Hoseok mengambil masa selama dua hari untuk mendapatkan maklumat berkaitan Joseph. Lelaki tu satu satunya yang terselamat selama kehilangan mereka berdua. Sadis sekali kerana Yuna dibunuh dengan sungguh kejam. Sumpah, Joseoh ni memang psychopath.

Tapi yang jadi misterinya kenapa Yuna dan Joseph menghilang selama beberapa bulan? Apa motif Joseph membunuh Yuna? Dari bukti bukti di dalam pendrive milik Yuna yang Hoseok dapat, mungkin Yuna dan Joseph berkerjasama untuk membongkarkan cultist The Bael tu.

Setidaknya Hoseok perlu berjumpa empat mata dengan Joseph sendiri. Dalam tempoh dua hari, dia menjejaki Joseph memandangkan cuma sedikit maklumat yang dia dapat tentang Joseph dari internet. Kebiasaannya memang media tidak akan membongkarkan maklumat pribadi penjenayah atas faktor mengelakkan sebarang provokasi terhadap keluarga pesalah.

Dari seorang pengawai polis (cuma perlu bagi sedikit duit kopi, baru polis buka mulut) yang Hoseok jumpa di balai Polis Seoul, katanya Joseph sedang ditahan di hospital Sakit Jiwa Seoul setelah lima bulan menjalani rawatan khusus dari hospital yang sebelumnya.

Dan hari ni, Hoseok sudah terpacak berdiri di hadapan bangunan hospital sakit jiwa Seoul. Dia nekad ingin membongkarkan kebenaran yang Yuna mintak. Sejak dari hari tu, dia tidak lagi diganggu cuma dia kerap rasa seperti seseorang memerhatikannya ke mana saja dia pergi. Bahkan dia perasan sorang lelaki berhoodie sentiasa mengintainya dari luar rumah. Entah apa yang mereka mahukan, dia tak pasti. Atau sesuatu sedang memburunya dalam diam. Macam gila pulak dia pergi tolong hantu dan terlibat dengan cult yang berbahaya sebegitu.

"Ada apa boleh saya bantu Encik?"soal jururawat yang menjaga kaunter utama.

"Saya nak jumpa pesakit yang bernama Joseph Lee. Dia ditahan kat sini kan,"balas Hoseok. Dia menunggu beberapa saat jururawat tersebut menyemak buku rekod pesakit.

Malang sekali jururawat itu menggeleng. "Kalau Encik orang luar, Encik dilarang untuk berjumpa Joseph Lee atas faktor keselamatan. Joseph tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun melainkan ahli keluarganya sahaja. Pernah beberapa kali Joseph mencederakan wartawan yang datang untuk buat temuramah,"jelasnya.

Dah takde cara lain, Hoseok terpaksa menipu dan mengambil risiko. "Saya adik dia. Boleh tak saya nak jumpa hyung saya,"

Jururawat tersebut berkerut dahi. "Ok, lagipun ahli keluarga Joseph dah lama tak datang melawat. Btw, Encik Joseph dah tunjuk beberapa perkembangan yang baik. Dia dah tak agresif macam dulu,". Tengok, semudah tu je jururawat tu kena tipu. Dia memanggil seorang jururawat lelaki untuk membawa Hoseok ke tempat Joseph berada.

*    *    *    *

"Hi Encik Joseph Lee. Saya Jung Hoseok. Saya datang jumpa Encik Joseph ni sebab saya nak tanya beberapa soalan penting,"sapa Hoseok.

Joseph tak layan. Dia diam saja sambil menaburkan makanan ikan ke dalam kolam tanpa menghiraukan pon kehadiran Hoseok di situ.

"Encik Joseph tolong bagi kerjasama. Ni pasal kawan Encik Joseph, Kim Yuna. Encik masih ingat dia. Saya yakin Encik tak bunuh dia kan. Ada sesuatu yang jadi pada Encik dan Yuna selama beberapa bulan korang berdua hilang kan. Tolong bagitahu saya,"pertanyaan Hoseok membuatkan Joseph tersentak sehinggakan bekas makanan ikan yang dipegang Joseph terlepas jatuh ke tanah.

Ketika Hoseok menunjukkan gambar simbol Bael pada buku catatannya dan beberapa keping gambar Yuna, mata Joseph terbeliak luas. Joseph seperti hilang kawalan selepas itu. Dia menjerit dan mencekik leher Hoseok. Baru Hoseok perasan salah satu sebab Joseph cuma diam saja kerana Joseph takde lidah. Lidahnya dah dipotong. S

"Encik Joseph...errrr saya cuma nak tolong encikk...arrrgghh,"jari Joseph melonggar setelah beberapa kali Hoseok memujuknya. Joseph melepaskan leher Hoseok. Hoseok terbatuk batuk menyedut semula udara.

Dia cuba menanangkan Joseph dan membawa Joseph duduk di kerusi. Dia terangkan satu persatu bagaimana dia mengetahui tentang the Bael, Joseph dan Yuna.
"Percayalah, saya takan sakiti Encik. Saya cuma nak tanya ten...."

Joseph menggerakkan tangannya meminta buku nota dan sebatang pen dari Hoseok. Hoseok menunggu Joseph menulis. Begini cara Joseph berkomunikasi memandang dia tidak dapat bercakap.

Aku dan Yuna berjaya dapatkan maklumat rahsia tentang the Bael. Kami menyamar jadi pengikut mereka dan kerja dengan mereka selama beberapa bulan. Mereka betul betul setan. Dah ramai jadi mangsa. Yuna nak tunta bela atas kematian adik dia yang merupakan salah satu mangsa diorang. Mereka hamba hamba iblis yang sanggup korbankan nyawa manusia tak yang bersalah.

Aku ada simpan apa yang kau perlukan. Tapi kau kena janji....pastikan semua orang tahu tentang mereka. Musnahkan mereka. Benda yang lagi dahsyat mungkin berlaku.

Hati hati. Bila kau dah terlibat dengan mereka, mereka akan perhatikan kau setiap masa. Aku tak rasa kau akan selamat, tapi sekurang kurang kau berjaya bongkarkan mereka pada dunia.

Joseph kemudian menggerakan dua jarinya.

"Peace? Nak ajak selfie ke?"

Joseph menggeleng geram.

"Habis tu? Nak gunting?"

Joseph angguk. Hoseok bagi gunting seperti yang Joseph mintak. Joseph menyising kaki seluar hingga ke paras lutut. Hoseok terjekut bila Joseph tikam dan belah belakang betisnya yang terdapat kesan jahitan. Hoseok sapu darah Joseph yang keluar dengan tisu. Joseph mengetap gigi ketika mengeluarkan sesuatu dari belahan pada betisnya. Satu lagi pendrive.

"Kau tanam pendrive di dalam tubuh kau? Sampai macam tu sekali,"

Di sebabkan pendrive ni diorang bunuh Yuna dan aku hampir terkorban. Tapi aku berjaya selamatkan diri. Mereka lagi bijak. Mereka perangkap aku sampai aku dituduh bunuh Yuna. Serahkan pendrive tu pada polis.

Pergi sekarang. Kau dah takde banyak masa.

Joseph serahkan pendrive yang bersalut darah itu pada Hoseok. Dia pandang Hoseok penuh yakin. Hoseok mengangguk. Dia harap dia dapat berkumpa Joseph lagi lepas semua benda ni settle.

*    *    *    *

Sebaik keluar dari hospital sakit jiwa Seoul, Hoseok rasa seorang lelaki berhoodie mengekorinya ke mana saja dia pergi. Dia tahan sebuah teksi supaya membawanya ke balai polis.

Dari cermin pandang belakang, Hoseok melihat sebuah van berwarna hitam mengekori di belakang teksi yang dinaikinya. Van tersebut beberapa kali cuba memotong teksi tapi Hoseok arahkan pemandu teksi supaya memandu lebih laju. Hoseok kena fikirkan cara lain sekarang kerana dia tak yakin dia akan sampai ke balai polis dengan selamat.

Van yang mengekori teksi terlepas jejak di lampu isyarat merah. Hoseok minta pemandu teksi supaya berhenti tidak jauh dari rumahnua. Dia terpaksa tukar plan lain. Dia akan berlari pulang ke rumahnya terlebih dahulu. Kemudian menghubungi kawan kawannya yang lain supaya lebih selamat.

Darkweb [BTS version]Where stories live. Discover now