CHAPTER 2

99 16 2
                                    

"Macam ni ke orang angau kat awek,"Jung Kook datang menerjah belakang Jimin. Jimin yang ralit menatap gambar Emma di skrin telefon terus terhenjut dari kerusi.

"Astaga kau ni, kalau aku ada sakit jantung mahunya aku mati tadi,"dia melurut dadanya. Jung Kook jeling skrin telefon Jimin sekilas.

Fuhh, sampai wallpaper phone dia sanggup tukar dari gambar member kepada gambar Emma?

"Amacam kau dengan Emma?"Jung Kook duduk di atas lantai. Katil Jimin yang dulu jadi tempat baring Jung Kook dah kena rampas dengan si Oyen. Oyen nyenyak tidur di atas katil. Kadang kadang Oyen berebut dengan Jung Kook nakkan katil. Tapi lastly, Jung Kook yang kena mengalah sebab Oyen selalu dapat back up dari Jimin.

Jimin senyum petak. "Amacam apa? Kitorang kawan jelah,"

"Puiii, aku tak buta lagi ok. Yang kau tu dah tiga minggu duk berkepit dengan Emma still cakap kawan. I dont trust you"Jung Kook syak Jimin dah menjalinkan hubungan yang istimewa dengan Emma. Silent couple gitu. Jimin sekarang pun lebih banyak meluangkan masa bersama Emma. Pernah beberapa kali Jimin mengajak Emma datang ke rumahnya. Jung Kook pulak yang jadi kekok dengan kemesraan mereka berdua.

"Hahhaha..."Jimin menundukkan wajahnya yang sedikit merah. "Ok fine, aku ada la sikit suka kat Emma tu. Dia hot kot, cantik, body macam model. And now, aku still nak kenal dia lebih dekat lagi. Kalau ok...we can go further la kan...." dia senyum bahagia. Kali pertama Jung Kook melihat senyuman itu ketika Jimin dilamun cinta pandang pertama pada seorang perempuan yang tiga tahun lebih tua daripadanya. Waktu tu Jimin tak matang lagi, and perempuan tersebut cuma mempermainkan Jimin. Jung Kook harap Emma bukanlah typical yang macam tu.

"Baguslah....sesuai Emma dengan kau,"suara Jung Kook kendur. Entah kenapa perasaan cemburu ni tiba tiba muncul.

"Kan. Oyen pun suka Emma. But Oyen tak suka kau,"sindir Jimin dengan gelak tawa.

"Tu ke sebab kau pun tak....."

Bunyi doorbell pintu menghentikan pembualan Jimin dan Jung Kook. "Aku pergi tengok jap saper  yang datang tu,"Jimin bangun dari kerusi dan keluar menjenguk pintu utama.

*    *    *    *

"Sign sini ye,"

"Ok. Thank you tau,"kotak yang besar itu bertukar tangan. Jimin angkat kotak tersebut masuk ke dalam rumah.

"Fuyooo barang dari darkweb dah sampai,"dibeleknya bahagian luar kotak. Dia teruja mahu mengetahui isi dalamannya kerana bungkusan tersebut dibeli dari darkweb tiga minggu lepas.

"Bro bro sekalian, barang dari Darkweb tu dah sampai. Datang rumah aku malam ni. Kita unboxing barang dari darkweb ye anak anak pungut,"Jimin send voice note di group whatsapp BTS.

"Siyes ni wei? Gempak!" Yoongi turut teruja. Dia jamin content terbaru ni akan meletup sampai trendding di youtube.

*    *    *    *

Mereka mengelilingi kotak yang terletak di tengah atas meja.Tangan masing masing membelai badan kotak tersebut dengan penuh teruja.

"Ada apa dalam ni?"Hoseok ketuk bahagian luar kotak sambil melekapkan telinganya pada kotak.

"Ada Godzilla dalam tu. Nanti dia telan budak bodoh macam kau Hoseok,"sarkastik Jin.

Hoseok jeling tak puas hati. "Aku tak tanya kau la bapok!"Pasal kes Jin muntah atas baju Hoseok hari tu, sampai berminggu minggu diorang berdua bermasam muka.

Darkweb [BTS version]Where stories live. Discover now