Aku berjalan bersama 4 CEO. Fahmi, Adam dan Rayyan memang peramah. Kecuali Naufal, mamat tiang tu.
"Hye sayang~" tegur Arian dan Adrian.
4 CEO terkedu.
"Sayang kepala otak mu! Geli lah," ujarku sambil menjentik dahi abang kembarku.
"Auchh," adu Arian sambil menggosok dahinya.
"Ohh, ni siapa?" soal Adrian sambil menunjuk ke arah 4 CEO.
"Kawan sa lah, takkan suami pula kan?" soalku sinis.
"Mana tahu, bakal suami ke? 4 lagi tu..." perli Arian pula.
Dahi Arian aku jentik sekali lagi.
"Padan muka!"
"So ni siapa, Ika?" soal Fahmi berbisik.
"Aku-" belum sempat Adrian menghabiskan ayatnya, aku memotong dengan laju.
"Ini abang kembar aku. Adrian Hariz dan Arian Haris," ujarku sambil tersenyum.
"Kau jangan nak suruh aku mengaku aku makwe kau eh," ujarku berbaur amaran.
"Fine..." ujar Adrian malas.
"Dah, aku nak balik. Tepi," aku berlalu pergi tanpa menghiraukan orang sekeliling.
•••
"Mama... tadikan, Ika buli kitorang..." rengek Arian.
"Buli?" soal Mama pelik. Tak pernah-pernah dia dengar anak perempuannya kaki buli.
"Iye, Ma. Dia jentik dahi kitorang tadi," Adrian memuncung.
Mama menggeleng kepala melihat telatah anak teruna nya itu.
"Ishh, diorang yang merepek, Ma. Ika tengah jalan dengan kawan, boleh dia kata Ika jalan dengan bakal suami? Erghhh, lamberttt lagi..." bebelku yang baru turun dari bilik.
"Entahnya, sejak bila pula Adrian dengan Arian ni pandai mengadu?" perli Mama pula.
Adrian dan Arian semakin memuncung.
"Ika, dah siap kerja sekolah? Dah study?" soal Adrian.
"Dah siap kerja sekolah, done study," ujarku lalu melabuhkan punggung di sofa.
"Bagus!" ujar Arian dan Adrian serentak.
•••
Aku berjalan masuk ke kelas. Sempat aku melihat-lihat persekitaran sekolah. Nice!
Aku melabuhkan punggung di kerusi dan mencapai buku latihan Math. Kaca mata dipakai ketika membuat latihan.
"Wow! Rajin Ika eh, pagi-pagi belajar Math," tegur Rayyan yang baru sampai.
"Weh, tolong ajar aku weh, aku tak siap lagi. Mampos nanti kena marah dengan Teacher Azura," kata Fahmi gelabah.
"Boleh!" jawabku sepatah.
Fahmi mencapai buku latihannya di dalam beg lalu disua kepadaku. Aku pun mula mengajar Fahmi.
"Weh, salah! Ya Allah Ya Rabbi, dah 20 kali aku ajar kau benda sama," ujarku sedikit geram.
"Kalau kau nak ajar budak ni, memang kena ada kesabaran yang tinggi," tegur Naufal tapi matanya masih melekat pada buku.
YOU ARE READING
4 PRINCES [C]
Lãng mạnBOOK 01 [completed]✅ Start: 11 Ogos 2021 End: 27 Ogos 2021 💌 𝔎𝔫𝔬𝔴𝔫 𝔞𝔰 4 CEO 💌 ♡︎ Naufal × Malaika ♡︎ " Awak ke mana ? Tolong pulang , saya rindu , " 4 Princes mengisahkan tentang 4 orang jejaka yang bersekolah di sebuah sekolah elit . Muka...