Ding Dong~
"Assalamualaikum !"
"Waalaikummussalam," jawab Bik Idah lalu membuka pintu utama.
"Ini, keluarga Puan Ika, ye?" soal Bik Idah meminta kepastian.
Mereka mengangguk mengiyakan soalan Bik Idah.
"Jemput lah masuk dulu. Jemput duduk," Bik Idah memberi laluan mereka untuk masuk.
Setelah mereka duduk, Bik Idah kembali ke dapur untuk membuat air kepada tetamu.
"Puan Ika, keluarga Puan Ika dah sampai," tegur Bik Idah apabila melihat aku memasuki dapur.
"Terima kasih, Bik," ucapku.
Bik Idah tersenyum dan mengangguk.
Fikri turun ke bawah bersama Fasha di dalam dukungan. Dia menuju ke arah ruang tamu untuk mencari Ika.
"Kak-" langkahnya terbantut tatkala melihat para tetamu di ruang tamu.
Keluarga Ika, keluarga Naufal, 4 CEO, Cutie Pie dan Akif tersentak melihat seorang remaja lelaki bersama seorang budak perempuan di dukungannya.
"Fikri, kau dah nak pergi dah ke?" soalku dari dapur.
Fasha diberikan kepada aku tanpa banyak kata.
"Siapa diorang, kak?" soal Fikri dalam keadaan berbisik.
Aku memuncungkan mulut ke arah Mama dan Papa.
Dahi Fikri berkerut memandang aku dengan wajah blur dia.
"Apa ke bangang sangat kau ni? Salam lah," ujarku tegas.
Dia masih berdiri statik ditempatnya. Takut barangkali.
"Itu Mama, Papa, Adrian dan Arian. Keluarga kita. Adrian dengan Arian tu tua dua tahun je dari kau. Panggil Ad dengan Ian je. Pastu, ini panggil Mama dengan Papa. Bukan aunty or uncle," aku memperkenalkan mereka antara satu sama lain.
Fikri bersalaman dengan Mama, Papa, Adrian dan Arian.
"Ini, keluarga mertua aku. Ibu, Abah, Nana dan suami aku, Naufal," Fikri bersalaman dengan mereka pula.
"Hensem juga suami kau, tapi aku lagi hensem," sempat Fikri memuji diri sendiri.
"Ee, suami aku lagi hensem dari kau, okay ?" aku membuat muka menyampah.
Fikri hanya pasrah.
"Itu, kawan-kawan aku. Tua setahun je dari kau. Sebaya aku," tambahku lagi.
Aku memandang raut wajah mereka yang jelas blur.
"Perkenalkan, Fikri Lutfi, panggil Fikri. Cucu angkat arwah Opah merangkap adik angkat Ika. Umur dia 16 tahun," jelasku tentang Fikri.
Masing-masing sekadar mengangguk faham.
"Kak, aku pergi dulu. Nanti lambat," tanganku disalam olehnya.
"Hati-hati," sempat aku berpesan.
Aku melabuhkan punggung di sebelah Naufal lalu Fasha diletakkan di atas riba.
"Kak, siapa diorang ni?" soal Fasha takut-takut.
"Ini Mama dengan Papa, salam diorang," arahku.
Fasha menyalami mereka.
"Mama? Papa? Fasha boleh panggil Mama dengan Papa ke?" soal Fasha.
"Boleh, sayang," rambutnya kubelai.
"Mummy dengan daddy macam mana?" soal Fasha sedikit sayu.
"Fasha sayang, mummy dengan daddy Fasha kan dah janji nak tunggu Fasha dekat syurga? Jangan risau, mereka berdua sentiasa tengok Fasha walapun Fasha tak nampak," terangku lembut.
YOU ARE READING
4 PRINCES [C]
RomanceBOOK 01 [completed]✅ Start: 11 Ogos 2021 End: 27 Ogos 2021 💌 𝔎𝔫𝔬𝔴𝔫 𝔞𝔰 4 CEO 💌 ♡︎ Naufal × Malaika ♡︎ " Awak ke mana ? Tolong pulang , saya rindu , " 4 Princes mengisahkan tentang 4 orang jejaka yang bersekolah di sebuah sekolah elit . Muka...