"Sayang ! Dah siap ke?" laung si suami dari luar rumah.
Hari ni, hari pertama cuti sekolah. Keluarga aku, aku dan Naufal akan pulang ke kampung Papa. Ibu, Abah dan Nana tidak dapat turut serta pulang kerana mereka berada di luar negara.
"Dah !" aku muncul di muka pintu dengan sebuah bagasi hitam.
"Meh sini beg tu," aku menghulurkan bagasi tadi kepada Naufal.
Selesai sahaja memasukkan beg ke dalam kereta, Naufal duduk di tempat pemandu dan aku duduk di tempat sebelah pemumpang.
Mama, Papa, Adrian dan Arian menaiki satu kereta. Naufal dan aku pula menaiki satu kereta.
"Sayang, tak ngantuk ke?" soal Naufal setelah melihat isterinya seperti menahan mengantuknya.
"Tak nak, nak teman abang..." rengekku manja.
'Eh, pelik pula Haura ni' desis hati Naufal.
"Takpe lah, kalau sayang ngantuk, tidur je," balas Naufal lagi.
Aku sekadar menggeleng dan membuang pandangan ke luar tingkap.
•••
"Assalamualaikum !"
"Waalaikummussalam," jawab orang-orang yang sedang duduk dihalaman rumah.
Kami masing-masing bersalaman antara satu sama lain.
"Hmm, Rizal, sampai bila hang balik sini?" soal nenek.
"Seminggu je, mak," Papa melabuhkan punggung di sebelah Mama.
"Tu siapa?" nenek menunjuk ke arah aku dan Naufal.
"Ini lah Malaika Haura, anak Rizal yang Rizal tinggalkan dekat Sabah dulu. Dan sebelah tu, suami dia, Naufal," Papa mengenalkan kepada nenek.
Aku dan Naufal menyalami nenek dan tersenyum.
"Ya Allah, cantiknya cucu aku," puji nenek.
Nenek memelukku erat dan aku turut membalas pelukan nenek.
Kami sambung bersembang dan kebanyakkannya berbual tentang aku. Masing-masing memperkenalkan diri mereka. Tapi, ada juga yang tidak berpuas hati dengan kehadiran aku.
Mak ngah dan dua orang anak perempuannya, Kak Irah dan Kak Thirah. Mak lang dan tiga orang anak perempuannya juga tidak menyukai aku.
Tapi aku tidak mengambil tahu tentang mereka. Jelingan, perlian, sindiran, aku hanya membiarkan angin membawa pergi.
•••
Pada sebelah malam, anak-anak menonton TV di ruang tamu manakala para orang tua duduk di halaman rumah.
Sedang asyik mereka menonton TV, Kak Irah dan Kak Thirah datang dari dapur membawa kopi dan teh susu.
Kak Irah dan Kak Thirah menuangkan air dan menghulurkan kepada Adrian dan Arian. Baru sahaja mereka berdua mahu minum, mereka disergah.
"Adrian ! Arian !"
Purhhhhhhh
Tersembur keluar air kopi yang diminum Adrian dan Arian tadi. Mereka memandang aku tajam.
YOU ARE READING
4 PRINCES [C]
RomanceBOOK 01 [completed]✅ Start: 11 Ogos 2021 End: 27 Ogos 2021 💌 𝔎𝔫𝔬𝔴𝔫 𝔞𝔰 4 CEO 💌 ♡︎ Naufal × Malaika ♡︎ " Awak ke mana ? Tolong pulang , saya rindu , " 4 Princes mengisahkan tentang 4 orang jejaka yang bersekolah di sebuah sekolah elit . Muka...