𝔅𝔞𝔟 40

1.2K 84 0
                                    

5 𝘣𝘶𝘭𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘮𝘶𝘥𝘪𝘢𝘯...

Seorang perempuan yang memakai jubah mengandung dan tudung shawl hitam dengan baby bump nya yang berusia 6 bulan itu keluar dari perkarangan airport.

Aku menghembus nafas lega.

"Oh, tanah airku !" kataku ceria.

Aku memberitahu Cikgu Nora bahawa aku akan pulang ke rumah sendirian. Takut lah cikgu risau ke apa ke kan?

Sebenarnya, aku nak lari dari Akif, Yaya, Qayra, Sya dengan Intan tu. Kalau aku jumpa diorang, confirm diorang nak hantar aku balik rumah Mama atau rumah Naufal.

Aku takut. Aku tak bersedia. Buatnya bila aku datang, tiba-tiba tengah akad nikah, naya aku kang.

Tapi, apa yang berlaku dekat diorang? Dah baik dah? Ke, masih belum berubat? Haih, tak payah fikir kan dulu lah.

Kereta Range Rover milikku meluncur di atas jalan raya menuju Apartmen Sri Mewah. Apartmen tu aku beli sebelum aku berpindah ke US dulu.

Kereta dengan rumah, dua-dua aku beli sendiri. Aku kerja, dapat duit. Yelah, buat nak ambil harta makbapak? Harta suami? Aku tak suka. Aku suka berusaha dengan duit sendiri.

Kereta di parking di car park. Pintu kereta dibuka lalu aku keluar dan mencapai beg-beg di bonet dan belakang kereta.

Setelah selesai, punat kunci kereta ditekan lalu langkah diatur ke lif. Button tingkat 9 ditekan.

Salam diberi sebelum meloloskan diri ke dalam rumah. Punggung dilabuhkan di atas sofa. Tangan mengurut sedikit pinggang yang lenguh.

•••

Jam dinding menunjukkan pukul 11 malam. Naufal berasa gelisah kerana isterinya masih tidak pulang lagi.

Keluarga Ika dan keluarga Naufal kini berkumpul di rumah Ibu. Masing-masing risau kerana sudah terlalu lewat namun kelibat Ika masih belum kelihatan.

Rumah Mama, rumah Ibu dan rumah Naufal sudah dicari. Malangnya, Ika tiada disana. Mereka buntu mahu mencari Ika dimana lagi.

"Is, cuba kamu call kawan-kawan yang ikut pergi sana sekali," cadang Ibu.

Naufal mengangguk lalu mengeluarkan iPhone 7s miliknya. Nombor Akif di dail lalu phone ditekap ke telinga.

Helo, assalamualaikum?

Waalaikummussalam, Akif

Hah, Fal, asal?
Macam gelabah je ni?

Ermm, Ika dah balik ke?

Eh, Ika balik awal dari kitorang berlima tadi
Cikgu Nora kata, dia nak balik awal

Balik awal?
Habistu, kenapa dia tak balik lagi ni?

Aikk, dia tak balik lagi?
Tadi masa aku dengan yang lain tengah cari Ika, dia dah balik
Lepastu, aku hantar lah geng Cutie Pie balik rumah diorang

Hmm, thanks for the information

Takpe lah, esok kitorang tolong cari Ika

Thanks bro

No problem
Bye, assalamualaikum

Waalaikummussalam

Tut !

"Macam mana, Fal? Tahu?" soal Ibu risau.

Naufal menggeleng perlahan.

"Akif kata, masa dia nak hantar Ika balik, Ika dah balik dah," jawab Naufal perlahan.

Masing-masing melepaskan keluhan berat.

'Ika, mana Ika? Kami risaukan Ika ni. Harap Ika selamat ye, sayang'

•••

iPhone 7+ milikku dicapai lalu dibuka. Banyak missed call dari Mama, Papa, Ibu, Abah, twin, Nana dan Naufal.

'Diorang risaukan aku ke? Hmm, kalau diorang call just sekadar nak bagitau Afra dah kahwin dengan Naufal macam mana?' desis hatiku.

Tapi, tak silap aku, Afra dah masuk Hospital Bahagia. Entah macam mana boleh jadi gila dia tu. Kesian juga, tak sempat nak jawab SPM lagi.

"Hmm, aku tak bersedia. Aku takut. Takut kalau anak yang aku kandungkan selama 6 bulan ini yang akan menjadi mangsa," omelku sendirian.

Perut yang sudah kelihatan sedikit bulat itu aku usap. Tak sabar rasanya mahu menimang cahaya mata pertama.

Aku kurus, jadi memang boleh nampak perut yang sedang membesar itu. Walau dari jauh, tetap nampak juga.

"Anak Umi jangan nakal-nakal ye, sayang. Umi janji, anak Umi akan jumpa dengan Abi tak lama lagi," perut diusap lembut.

Aku membuang pandangan ke luar tingkap. Bibir mengukir senyuman manis.

•••

"Sekarang ni macam mana?" soal Yaya.

Masing-masing sekadar mengangkat bahu.

Seperti dijanjikan, mereka berlima datang ke rumah mertua Naufal untuk berbincang tentang Ika.

"Aduh, aku risau lah Ika tu. Dah lah pregnant," omel Sya perlahan namun didengari jelas oleh Naufal.

"Apa? Ika pregnant ?" soal Naufal meminta kepastian.

Sya sekadar mengangguk perlahan. Tak guna dia sembunyikan lagi pun. Itu anak Ika dan Naufal, kan? So, Naufal berhak tahu.

"Ika? Pregnant ? Bila? Anak siapa?" soal Mama bertalu-talu.

"Dia pregnant sebelum kami pergi US, masa korang kena buatan orang dulu tu," terang Intan.

"Anak tu, better tanya Ika sendiri," sambung Qayra.

Masing-masing mengangguk faham.

"Berapa umur kandungan dia?" soal Papa pula.

"Dah nak masuk 7 bulan, dah," jawab Yaya perlahan.

Muka masing-masing jelas menunjukkan wajah risau.

'Ika pregnant ? Anak aku ke? Ya Allah, bertambah risau aku' desis hati Naufal.

TO BE CONTINUED...

4 PRINCES [C]Where stories live. Discover now