"Finally ! Exam dah habis !" jerit Rayyan dan Fahmi serentak.
Aku hanya menggelengkan kepala melihat telatah mereka yang seperti kebudak-budakan.
"Jom rehat !" ajak Adam teruja.
Kami berlima berjalan ke cafe. Dan yang peliknya, setiap kali ke kantin, aku mesti berjalan di tengah-tengah. Which is tepi kanan aku Naufal dan Rayyan, kiri aku Adam dan Fahmi.
"My god ! 4 CEO !" jerit pelajar-pelajar perempuan lantang hingga bergema satu cafe.
Aku hanya menjeling dan memekakkan telinga sahaja jika terdengar bisikan para pelajar.
"Yow !" sapa Adrian dan Arian serentak.
"Waalaikummussalam," perliku.
Terdiam. Tersentap.
"Hehe, sorry. Assalamualaikum ya ustazah," perli Adrian pula.
Aku hanya menjeling Adrian dan Arian. Mereka melabuhkan punggung disebelahku.
"Aku dengar, nanti ada lawatan. Betul ke?" soalku dan meneguk air sirap di dalam cawan.
"Yup !" jawab Fahmi dan Rayyan serentak.
Tiba-tiba, aku terasa seperti sesuatu yang berbulu sedang menggeselkan badannya ke kaki aku. Aku melihat ke bawah meja.
"Asal, Ika?" soal Adam pelik.
"Oyemji !" aku masuk ke bawah lalu mendukung dia keluar.
"Arghhhhhhh ! Bawak dia jauh dari aku !" kata Fahmi lalu mukanya berubah menjadi pucat.
"I-ika... jangan bawa dia datang sini..." ujar Rayyan takut-takut.
Aku memandang mereka pelik.
"Takut kucing?" soalku lalu menunjukkan kucing itu di hadapan muka Rayyan dan Fahmi.
"Jangan ! Ika !" jerit mereka serentak.
"Fahmi takut dengan kucing, Rayyan anti dengan benda berbulu," jawab Naufal bagi pihak mereka.
Aku sekadar mengangguk lalu kucing tadi digomol.
"Adrian dgn Arian pun... takut kucing?" soalku apabila melihat wajah Adrian dan Arian yang mula pucat.
Perlahan-lahan Adrian dan Arian mengangguk.
"Pfft, tak macho lah takut kucing..." ujarku selamba.
"Ki-kitorang trauma lah, ngek," jawab Fahmi mewakili Rayyan, Adrian dan Arian.
Aku tersenyum sinis memandang mereka berempat.
"Kucing, kucing, mesti spesies awak ni pernah gigit diorang, kan?" kataku lalu meletakkan kucing putih itu dibawah meja.
Fahmi, Rayyan, Adrian dan Arian menghembus nafas lega.
Meow~
"Ops, kucing tu suka kat korang lah. Selamat maju jaya~" kataku lalu berlari dari situ.
"Ika !" jerit Fahmi, Rayyan, Adrian dan Arian serentak.
Semua pelajar di cafe terdiam mendengar jeritan mereka berempat.
•••
"Ee, mengadanya nak merajuk bagai," aku mencebik sambil berjalan keluar ke sekolah.
"Malaika !" panggil seseorang.
Kepala ku toleh ke belakang mencari gerangan yang memanggilku. Terlihat seorang lelaki berpakaian pengawas datang ke arahku.
"Iya? Boleh saya tolong?" tanyaku ramah.
"Awak, awak free tak harini?" soal dia.
Aku berfikir sejenak.
"Free je. Kenapa?" soalku kembali.
"Saya nak ajak awak keluar makan," katanya teruja.
"Jom !" aku pun ikut excited sekali.
Kami jalan beriringan ke kereta milik lelaki itu. Kereta Audi R8 miliknya selamat meluncur di atas jalan raya.
•••
"Thanks awak," kataku sambil memberi senyuman termanisku.
"Sama-sama," jawabnya.
Aku membuka pintu lalu keluar dari keretanya. Setelah keretanya hilang dari pandangan, aku masuk ke rumah.
Pintu ku buka lalu terlihat Adrian, Arian dan 4 CEO duduk diruang tamu.
'Lantak kauorang ! Mau merajuk sangat, kan? Merajuk saja sana tu !' getus hatiku.
"Ika,"
Diam.
"Ika?"
Tiada respons.
"Ika !"
"Apa?" soalku tidak berpuas hati.
"Tadi tu siapa?" soal Adrian sambil memandang tajam ke arah adiknya.
Pandangan tajamnya aku hiraukan.
"Boyfriend," jawabku selamba lalu masuk ke dalm bilik.
"Boyfriend? Seriously?" soal Arian tidak puas hati.
•••
"Ika, bagitau lah siapa tadi tu..." rengek Fahmi.
"Bagitau lah betul-betul, Ika..." rayu Rayyan pula.
Aku memandang mereka atas bawah, atas bawah.
"Lah... apa kisah? Kan merajuk, aku lepak ah dengan orang lain," jawabku selamba.
"Tak, sumpah dah tak merajuk dah," Fahmi mengangkat tangannya gaya berikrar.
"Seriously? Macam tu je?" soalku.
Laju sahaja Fahmi dan Rayyan mengangguk.
Aku tersenyum dan menulis sesuatu di atas kertas. Kertas tersebut dilipat lalu disimpan di dalam beg.
"Actually, semalam tu peminat aku je. Dia belanja aku makan. Dia minat aku," jelasku.
Fahmi dan Rayyan mengangguk faham.
'Aihh, mamat-mamat ni suka aku ke? Takkan lah... baru berapa bulan aku sekolah sini' desis hatiku.
TO BE CONTINUED...
YOU ARE READING
4 PRINCES [C]
RomansaBOOK 01 [completed]✅ Start: 11 Ogos 2021 End: 27 Ogos 2021 💌 𝔎𝔫𝔬𝔴𝔫 𝔞𝔰 4 CEO 💌 ♡︎ Naufal × Malaika ♡︎ " Awak ke mana ? Tolong pulang , saya rindu , " 4 Princes mengisahkan tentang 4 orang jejaka yang bersekolah di sebuah sekolah elit . Muka...