6

43 16 0
                                    


Apabila aku bangun,  dengan segera aku menyentuh dada aku.

Hati aku terasa remuk.

Terasa seperti selepas dikhianati oleh seseorang yang dicintai.

Seperti apabila seseorang yang aku sayang telah meninggalkan dunia ini.

Seperti...

Aku berfikir sejenak sementara mimpi itu masih berada di ingatan, lengan aku letakkan di atas mata,  menutup cahaya yang terang dari luar.

Aku menghela nafas yang berat, tanpaku sedar,  air mata mula menuruni dari kelopak mata aku yang tertutup.

Adakah yang aku nampak itu...

Aku dan mereka bertujuh,  adakah ianya memori lama atau... Satu senario yang minda separa sedar aku cipta kerana rasa rindu kepada masa dimana kami semua bersama?

Di mana kah permulaannya sekali lagi?

Namun begitu aku dapat rasakan sesuatu,  seperti kepercayaan membuta tuli yang perkara itu adalah di antara permulaan dan pengakhiran.

Dan gadis itu...

'Kebebasan. '

Dia berkata,  dalam mimpi itu lalu menuju ke arah aku dan bertukar menjadi asap biru laut.

Sehingga aku tidak dapat bergerak dan memaksa aku menyaksikan van di mana kami sekawan dahulu menaiki dan pemandunya ialah aku.

Bila... Semua ini akan terjawab?

Aku dapat rasakan perasaan seperti rindu sekali lagi. Rindu yang kehilangan.

Aku bangun setelah lama berfikir, aku berada di apartment aku.

Mesti Jongho bawa aku ke sini setelah aku pengsan.

Aku melihat ke bawah dan ternampak seseorang tengah tidur menyilangkan tangannya di atas tepi katil aku.

Ianya Jongho.

Aku hanya diam, tidak ingin mengganggu.

Kemudian satu suara kecil keluar dari mulutnya.

'Hyung... Jangan pergi.. Jangan pergi ke jambatan tu... '

Aku tersentak mendengar igauan Jongho.

Jambatan...?  Kenapa perkara itu terasa seperti biasa didengar?

Jongho kemudian bangun dengan serta-merta dan mendongak ke arah aku.

Dia menyentuh tangan aku dengan kasar dan memandang wajah aku,  di wajahnya terdapat peluh sejuk menitis dari dahi,  keningnya berkerut, matanya seperti dipenuhi kerisauan.

Jongho seperti lupa untuk bernafas buat beberapa saat semasa memerhatikan wajah aku.

[H] FEVER DREAM + Seonghwa ATEEZWhere stories live. Discover now