Kenapa...
Aku belum bangun lagi?
Aku masih berada di dalam mimpi ini.
Van tersebut masih berada di hadapan mata aku. Hampir melanggar aku.
Kemudian suara kecil kedengaran...
"tolong.."
Bulu roma aku meremang.
Ini.. Mungkin dari memori aku?
Suara yang meminta tolong itu sepertinya sungguh terdesak.
Jantung aku berdebar.
Aku pergi dengan lebih dekat ke arah tingkap van tersebut.
Jika mimpi aku adalah memori yang telah aku lupakan, mungkin senario ini ada jawapan yang aku cari.
Jadi sebelum aku terbangun dari mimpi ini...
"huh? "
Aku melihat ke dalam.
Mereka semua cedera parah, dengan darah mengalir dari kepala. Mereka bersandar ke kerusi, ada juga yang terbongkok ke hadapan kerana impak yang kuat tadi menghumban mereka kehadapan.
Namun yang berada di tempat duduk pemandu dengan rambut depan yang melepasi paras telinga itu.
Seperti indera aku untuk mendengar, memfokuskan ke arah pernafasan dia seorang.
Sekarang yang aku dengar hanyalah bunyi nafas dia yang perlahan.
Wajahnya,
Identiti dia,
Pemandu itu..
Ialah aku.
Park Seonghwa yang kelihatan lebih muda.
Dan penumpang dibelakang...
Ialah rakan-rakan aku.
"To..long..."
Seonghwa tersebut bersuara lagi, membuatkan hati aku luluh, terasa berat dan sebak.
Aku terlalu terkelu, seluruh badan aku menggigil, aku tidak mahu menyaksikan perkara ini lagi.
Lagi...
Tidak..
Tidak...
Tidak..!
Kenapa aku memandu mereka ke arah kematian?
Aku kena tolong mereka...
Ya aku kena tolong mereka.
Kenapa kami semua berada di dalam keadaan ini?
Aku segera membuka pintu kereta dan mengeluarkan Mingi yang berada di tempat duduk penumpang disebelah aku.
Namun, dia tidak bernafas... kaca tingkap kereta jelas menusuk bahagian abdomennya. Darah meresap ke baju dan menunjukkan satu tompokan darah yang besar.
YOU ARE READING
[H] FEVER DREAM + Seonghwa ATEEZ
Short StorySeonghwa bermimpi, tentang dia yang berbau seperti padang yang mekar dengan bunga lavender. Namun setiap kali dia bangun dari bermimpi, identiti si dia itu masih lagi menjadi misteri, sehingga banyak rahsia yang sudah lama dipadam daripada ingatan...