Part 1

1.1K 48 2
                                    

Suka kepada seseorang adalah lumrah sebagai manusia. Lagi-lagi zaman kita ni. Bercouple tu perkara biasa walaupun Allah mengharamkan kita buat benda tu. Kita biasa dengar, semua yang terjadi pasti ada hikmah, ada sebabnya.Cuma kita yang tak dapat cam hikmah tu.

Damia mengintai di sebalik pintu kelas dengan memeluk buku akaun setebal 2 inci. Lelaki pujaannya sedang berborak mesra dengan seorang gadis. Rasa  macam nak marah, tapi apa hak dia? Lelaki itu bukan kekasih, apatah lagi suami. Jadi, rasa itu terpaksa dipendam.

“Hoi! Apa yang kau intai tu?” sergah seseorang dari belakang Damia. Dia berpaling, tangannya pantas memukul ‘makhluk’ tersebut dengan buku akaun.

“Ambik ni,”kata Damia sambil terus memukul orang yang menyergahnya tadi.

“Sakitlah Ara. Sorry la..” Umar cuba menepis, mempertahankan dirinya dari terus dipukul Damia. Mana tak sakit, dipukul dengan buku setebal itu.

“Padan muka kau. Sape suruh terkejutkan aku. Kau taukan aku tak suka orang sergah aku..?” Damia berhenti dari memukul Umar. Matanya kembali merenung jejaka idamannya. Tak lama kemudian si lelaki mengajak si gadis ke kantin. Damia mendengus geram. Dia memandang Umar yang terasa seperti hendak ditelannya. Buah hati dah lari, perut pun dah rasa lapar, kalau ada makanan depan mata, takkan nak ignore pulak kan?

“Kau nak apa sergah aku tadi?!” matanya dibesarkan untuk buat Umar takut.

“Jom pegi kantin? Kau janji nak belanja aku harini kan?” Umar buat muka kesian. Damia melepaskan keluhan. Nak tak nak, dia kena belanja Umar. Dia dah janji. Prinsip dia, janji mesti ditepati! Dah macam slogan Negara pulak.

“Ermm.. jomlah. Tinggal bape minit je lagi. Kau nak makan apa?” tanya Damia kepada Umar sambil mereka berjalan menuju ke kantin.

“Kau tak kisah ke? Aku nak makan banyak harini memandangkan ada orang nak belanja..” balas Umar sambil matanya dilirikkan ke arah  Damia. Damia mencebik.

“Kau ni, pantang orang nak belanja mesti nak ambik kesempatan kan?” Umar tersengih mendengar kata Damia.

“Alah, macamlah kau tak kenal aku,” kata Umar pula sambil memandang muka Damia yang putih bersih.Damia membelek-belek bungkusan roti di hadapannya.

“Kau pilihlah nak roti apa, nanti aku bayar.” Umar tercengang.

“Takkan kau nak belanja aku roti je?” tanya Umar tidak percaya apabila melihat Damia mengangguk.

     

“Dah tu? Kau nak aku belanja kau chicken chop? Kau pikir ni restoran lima bintang ke?” Damia sempat memerli Umar.

“Aku tak mintak kau belanja aku chicken chop pun..” gumam Umar perlahan. Tiba-tiba Damia ternampak Ikhwan a.k.a lelaki pujaannya. Matanya tidak berkelip memandang Ikhwan yang masih bersama dengan gadis tadi. Setiap kali dia terpandang Ikhwan,  benda lain langsung tak dipedulinya.

“Kalau kau nak aku belanja, baik kau ambik roti tu sekarang. Kalau tak….” Belum sempat Damia menghabiskan ayatnya,Umar cepat-cepat mengambil roti berperisa coklat. Damia terus mengambil roti sama perisa dengan Umar dan dua kotak susu coklat. Sekeping not RM5 dihulur kepada Umar. Selepas membayar, mereka mengambil tempat berdekatan dengan meja Ikhwan.

Mata Damia masih menatap muka Ikhwan yang tak berapa nak hensem. Umar

memandang Damia yang leka memandang Ikhwan.

“Kenapa dalam banyak-banyak lelaki, mamat tu jugak yang kau minat?” tanya Umar tidak puas hati.

“Manalah aku tahu. Sebab dia hensem kot..?” Damia menjawab soalan Umar dengan sengihan panjang.

“Apa yang hensemnya dia tu? Macam ranting kayu je. Tak cukup makan agaknya..?” Umar memandang sinis Ikhwan.

“Hensem lagi aku..” tambah Umar lagi. Damia tidak mempedulikan kata-kata Umar. Dia terus bangun apabila loceng menandakan waktu rehat sudah tamat. Umar mengikut langkah Damia. Mereka berjalan menuju ke kelas beriringan.

“Balik nanti kau tunggu aku kejap tau,” kata Damia semasa mereka sampai di depan kelas Umar, 5 Sains. Umar mengangguk sebelum bersuara, “Kenapa kau balik lambat?”.

“Last subjek aku BM. Kau tau la kalau Cikgu Zainah tu mengajar, mesti class dia habis lambat punya. Lagi-lagi harini kitorang masuk library.” Balas Zahra.

Matanya meliar, mana tahu tiba-tiba Cikgu Zainah terdengar apa yang baru dikatanya tadi, mahu kena bebel. Umar tergelak.

“Asal kau gelak?” tanya Damia pelik.

“Takdelah. Kau selamba je komen pasal dia, padahal tadi dia lalu kat sebelah kita ni je.” Damia terkejut.

“Kau biar betul?! Dia lalu depan kita tadi, pastu kau buat bodoh je kan..? Kau tak cakap dengan aku pun. Kalau aku kantoi nanti, siap kau!!” Kata Damia geram.

“Eh Ara..! Aku..” Damia terus menuju ke kelasnya yang selang sebuah kelas tanpa sempat Umar menghabiskan ayatnya.

Umar mengeluh perlahan. ‘Macam mana aku nak pujuk dia ni? Kenapalah kau suka cari masalah, Muhammad Umar Lutfi?’. Umar melangkah masuk ke dalam kelas dengan langkah yang longlai.

Bestfriend Never DieWhere stories live. Discover now