Part 6

836 57 11
                                    

HAI,,! Jom sambung part akhir kisah Umar dan Damia..

 7 tahun kemudian.

“Mia ikut mama pergi rumah mak cik Umirah sabtu ni tau?” ajak Puan Diana semasa mereka sedang menonton televisyen.

“Ada majlis apa?” tanya Damia kepada Puan Diana.

“Mak cik Umirah buat kenduri kesyukuran. Nak sambut anak dia yang baru balik dari oversea,”

“Oh.. boleh jugak. Mia pun dah lama tak jumpa dengan mak cik Umirah" ujar Damia tnpa banyak soal.

Damia memakai jubah biru cair dan selendang berwarna hitam. Sangat simple. Buat apa nak cantik-cantik? Bukan ada Umar pun.. Aik? Damia, kau dah jatuh cinta dengan Umar ke? Kau dah lupa yang kau penyebab persahabatan korang terputus? Damia termenung. Dia kesal. Ya, sangat kesal. Sejak Umar tinggalkan dia dulu, hidupnya terasa kosong. Dia menyesal, tapi dah terlambat apabila Umar langsung tidak menegurnya selepas peristiwa  di taman dulu.

Selepas makan dan bertegur sapa dengan Puan Umirah, Damia terus ke taman. Tempat terakhir dia dan Umar bertemu. Dia teringat kembali semua kenangan dia bersama Umar.

Kali pertama mereka berjumpa, Damia menolong Umar daripada dibuli di tadika. Sejak itu, mereka berkawan rapat. Damia memang seorang yang agak kasar berbanding Umar yang pendiam. Walaupun begitu, Umar suka berkawan dengan Damia, begitu juga sebaliknya. Umar banyak mengajar Damia tentang nilai-nilai murni. Memandangkan Damia cuma ada abang, perangainya kasar. Umar lah yang banyak menolongnya berubah ke arah kebaikan. Memakai tudung, menutup aurat dan sebagainya. Bukan nak cakap yang Puan Diana dan suami tidak pandai mengajar anak, tetapi pengaruh Umar merupakan faktor utama Damia berubah. Puan Diana sangat bersyukur dengan perubahan Damia. Begitu juga Damia, dia sangat bersyukur mempunyai kawan seperti Umar. Umar tidak pernah memburukkan dirinya meskipun segala keburukan dirinya dalam genggaman Umar.

Setitik demi setitik air mata Damia jatuh ke tanah. Betapa dia berharap agar Umar memaafkan segala kesilapan dirinya. Dia mahukan Umar kembali. Segala kenangan manis dia bersama Umar terlayar di minda. Tangisan Damia semakin kuat memenuhi kawasan taman yang sunyi.

“Maafkan aku, Lut. Aku yang salah… Aku lukakan hati kau.. Aku penyebab persahabatan kita terputus.. Betul apa yang kau cakap.. Ikhwan tipu aku.. Dia mainkan perasaan aku..” teresak-esak Damia menuturkan kata-kata tersebut.Dia memukul dadanya yang terasa sesak dengan perasaan bersalah.

“Aku nak kau balik, Lut. Aku rindukan kau..” Damia meninggikan suaranya. Terasa sedikit lega apabila segala yang dipendam telah dilepaskan. Namun, tangisannya terus bergema.

“Nah!” Damia memandang sapu tangan yang berada di depan matanya. Dia kenal sapu tangan tu. Sapu tangan tu dia berikan kepada Umar waktu Umar menangis dibuli dulu. Damia memandang wajah kacak Umar dengan rasa tak percaya. Dah lebih 7 tahun dia tidak menatap wajah itu. Umar semakin kacak dengan rambutnya dipacakkan dan muka yang putih kemerah-merahan. Umar juga tinggi beberapa inci darinya. 

“Lut!” Barulah Damia tahu bahawa majlis kesyukuran itu untuk Umar. 

“Assalamualaikum, Ara. Dah lama kita tak jumpa, kan?” Damia menjawab salam dalam hati.

“Saya dengar ada orang rindukan saya, betul ke?” Muka Damia membahang. Kantoi, sudah…

“Esok saya nak hantar rombongan meminang. Saya harap awak terima.” Sekali lagi Damai terkedu.

“Sejak balik dari overseas ni, awak memang suka buat orang terkejut ek?” Umar tergelak. Senyuman di wajah Umar menenangkan hati Damia.

“Awak...dah tak marahkan saya?” Damia memandang mata hazel milik Umar.

“Saya tak boleh marah orang yang saya sayang lama-lama,” jawapan yang sangat mendalam maksudnya dari Umar.

“Awak balik ni lama ke?” tanya Damia.

“Saya balik ni untuk selamanya.” jawab Umar dengan senyuman menghiasi wajah tampannya.

“Saya nak minta maaf sebab tak dengar cakap awak dulu. Saya janji lepas ni, saya akan dengar apa yang awak cakap. Kalau awak suruh saya terjun lombong pun saya akan terjun.” Kata Damia bersungguh-sungguh.

“Takkan la saya nak suruh awak terjun lombong pulak,” Umar menggaru kepalanya yang tidak gatal.Damia senyum manis.

“Sebab awak takkan suruh la saya cakap macam tu,” Damia terdiam apabila melihat riak wajah Umar yang beku.

“Saya salah cakap ke?” Damia menilik muka Umar.

“Kalau saya suruh awak buat sesuatu, boleh tak?” Pertanyaan Umar Damia angguk dengan yakin.

“Mestilah. Sebab saya tahu apa yang awak suruh buat, semua yang terbaik untuk saya.” Dengan tiba-tiba Umar melutut di hadapan Damia. Damia terkaku.

“Ara, boleh awak jadi kawan saya sampai bila-bila? Boleh awak jadi sahabat sehidup semati dengan saya untuk selamanya?” Umar sudah mengeluarkan sebentuk cincin berlian dari poket dan disuakan kepada Damia.

Damia menitiskan air mata terharu. Cincin dalam kotak tersebut diterima dengan hati terbuka. Mereka tersenyum bahagia.

Kita selalu tak bersyukur dengan apa yang kita ada. Bila kita ada kawan yang baik, kita abaikan, kita buka aib dia, kita benci dia, kita kutuk dia dan lebih teruk lagi,kita pergunakan dia untuk kepentingan sendiri. Tapi kita tak sedar, dialah yang banyak tolong kita, yang ada di sisi kita waktu orang lain tinggalkan kita, yang sentiasa menasihati kita ke arah kebaikan, yang berikan semangat kepada kita dan sentiasa ada waktu kita perlukan dia. Jadi, hargailah kawan korang, jangan putuskan persahabatan disebabkan kepentingan dan kehendak kita sendiri. Bestfriend never die.

So, seperti yang saya katakan, cerita Damia dan Umar berakhir di sini. So, sepanjang cerita ini dipublishkan, saya harap korang dapat pengajaran yang boleh dijadikan teladan. Yang buruk sentiasa datang dari saya, dan yang baik datang dari Dia. 

Tata! _kimchocomarkonah_

Bestfriend Never DieWhere stories live. Discover now