Part 5

508 46 0
                                    

Hello,, hello!!

Hmm,, saya nak bgitau actually citer Umar dan Damia ni dah pernah published kat blog saya,,  cume saya rasa better saya publish kat sini,, at least saya tahu ade org bace berbanding kat blog saya yang dah berhabuk tuh,, huhuhu

Apepun saya harap citer ni ade pengajaran yang boleh dikongsi bersama,, salam sayang

@kimchocomarkonah :)

Keputusan SPM yang baru diterima membuatkan Damia kecewa. Keputusannya cukup-cukup makan sahaja. Ini semua Ikhwan punya pasal. Seminggu sebelum peperiksaan SPM bermula, mereka bergaduh besar. Damia ternampak Ikhwan berpegangan tangan dengan kawan baik dia sendiri, Najiha. Saat itu, Tuhan sahaja yang tahu bagaimana sakitnya hati Damia. Dia tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Tambahan pula, dia demam pada hari peperiksaan. Selepas tamat SPM, Damia berjumpa dengan Ikhwan untuk membuat perhitungan. Malangnya, pada hari mereka berjumpa, Ikhwan membawa Najiha bersama. Tahulah Damia bahawa Ikhwan memilih Najiha bukan dirinya. Sejak itu, mereka tak pernah bersua muka lagi. Hubungan persahabatan Damia dan Najiha juga terputus begitu sahaja. Damia sudah serik bercinta. Dia sudah tidak percayakan lelaki lain selain family dia dan….Umar.

Pada satu petang, Damia disuruh menghantar kuih ke rumah Umar. Setelah dipaksa, akhirnya Damia mengalah.

“Assalamualaikum..” Damia memberi salam.

“Waalaikumusalam, laa Damia. Mari masuk.” Pelawa Puan Umirah.

“Takpelah, mak cik. Damia datang ni nak hantar kuih. Mama suruh.” Damia menghulurkan sebekas kuih kepada Puan Umirah.

“Terima kasih. Susah-susah je Damia hantar.”

“Takdelah mak cik. Bukan jauh pun. Err mak cik, boleh Damia tanya sesuatu?”

“Tanya lah, apa dia?”

“Umar mana? Dah lama Damia tak nampak dia.”

“Oh, Umar. Dia dapat tawaran belajar luar negara sebab result dia cemerlang. Damia tak tahu ke?” tanya Puan Umirah. Damia menggelengkan kepala.

“Bila dia nak balik sini?” tanya Damia prihatin. 

“Mak cik tak pasti. Dia ambil jurusan medic. Lebih tujuh tahun kot,”

“Oh..” Damia sedikit kecewa mendengar jawapan dari Puan Umirah. Lambat lagilah dia dapat minta maaf dengan Umar.

“Damia dapat tawaran kat mane?”

“Belum dapat lagi, makcik. Takde rezeki kot. Keputusan Damia tak cemerlang macam Umar.” Balas Damia sayu.

“Ada lah dapat tawaran tu nanti. Damia tak payah risau, ye? Insyaallah, ada rezeki nanti.” Nasihat Puan Umirah.

“Insyaallah. Damia minta diri dulu ye.”

“Kirim salam kat mama. Cakap terima kasih sebab bagi kuih kat makcik.” Damia menganggukkan kepala. Dia pulang dengan beribu kesalan di hati.

'Bilalah aku boleh jumpa kau lagi, Lut?'

Seperti yang saya cakap, citer ni dah pernah publish kat blog saya,, tapi kat sini, saya ade ubah sikit. Part yang seterusnya iaitu Part 6 maybe part terakhir. 

Selamat membaca dan hope korang sukaaa.. ;)

Bestfriend Never DieWhere stories live. Discover now