Part 4

520 48 0
                                    

Holaaaa!! 

Thanks pada sesiapa yang dh bace story saya ni yeppp,, :) Hope korang suka lahh,, hahaha,,

So, daripada saya merapu kat sini,, jom sambung baca kisah Umar dan Damia. Korang agak siapa yang tegur mereka? Jom check it out :p

“Boleh aku join?” tanpa menunggu jawapan daripada Umar dan Damia, Ikhwan menarik kerusi di sebelah Damia. Damia dan Ikhwan berborak mesra walaupun pada mulanya Damia agak kekok. Umar langsung tidak dipedulikan.

Sejak itu, persahabatan Damia dan Umar menjadi renggang. Damia semakin rapat dengan Ikhwan. Setiap hari Damia akan balik bersama dengan Ikhwan, bukan Umar. Walaupun begitu, Umar selalu menjaga keselamatn Damia. Dia akan memastikan Damia sampai ke rumah dengan selamat. Damia tak pernah tahu. Dia seronok berkawan dengan Ikhwan. Baginya Ikhwan lelaki yang sangat pandai mengambil hati orang. Setelah lebih sebulan mereka berkawan, Ikhwan melamar Damia menjadi kekasih. Damia terima lamaran tersebut tanpa rasa ragu. Berita tersebut sampai ke pengetahuan Umar. Umar tahu dia perlu lakukan sesuatu untuk menghalang Damia dari terus terluka. Bukan dia tak tahu perangai Ikhwan yang kaki playboy itu.

“Assalamualaikum, Ara.. Oh, Ara..” Puan Diana keluar dengan bulu ayam di tangan.

“Waalaikumussalam. Umar rupanya. Marilah masuk. Damia ada kat dalam. Nanti aunty panggilkan.” Umar menunggu dengan sabar.

Tak lama kemudian Damia turun.

“Kenapa kau nak jumpa aku?” tanya Damia perlahan. Sebenarnya dia rindu dengan kehadiran Umar, namun dia cuba sembunyikannya. Ikhwan telah melarang dia berjumpa dengan Umar.

“Aku nak cakap sikit dengan kau. Kita pergi taman nak?” Umar menayangkan senyuman pencair hati. Damia mengalihkan pandangan dari menatap Umar.

“Hmm.. jomlah. Mama, Mia nak pergi taman dengan Umar kejap.” Setelah menyalami tangan Puan Diana, mereka menuju ke taman dengan basikal masing-masing.

“Apa benda yang kau nak cakap dengan aku?” tanya Damia sambil menguis tanah dengan ranting kayu. Dia duduk di atas buaian bersebelahan Umar.

“Betul ke kau couple dengan Ikhwan?” Umar mencari anak mata Damia.

“Haah. Mana kau tahu?”

“Satu sekolah dah tahu. Kau serius ke dengan dia? Kau tahukan perangai dia macam mana?”

“So what? Kau nak aku break dengan dia?” tanya Damia kasar.

“Dulu kau tak macam ni, Ara. Kau cakap kau tak suka couple sebab benda ni haram. Tapi tak sampai 3 bulan, perangai kau berubah. Kau bukan Ara yang aku kenal dulu.” Terbit perasaan sesal di hati Umar kerana membiarkan Damia berkawan dengan Ikhwan.

“People change,Lut. Kau tak payah nak pelik sangatlah.” Sinis Damia berkata.

“Aku tahu, tapi bukan berubah ke arah keburukan. Aku nasihatkan kau supaya putus dengan Ikhwan. Kau tahukan dia tu buaya darat. Dah ramai yang kena perangkap dia. Takkan kau pun dah termasuk dalam perangkap dia? Aku tak nak kau yang sakit hati nanti.” Umar sudah mula berdiri.

“So, kau nak cakap aku ni bodohlah? Sebab jatuh ke perangkap dia? Ikhwan dah berubah,Lut. Dia janji dengan aku yang dia akan setia dengan aku sorang je. And that’s why aku tak boleh break dengan dia. Aku percayakan dia!” Damia meninggikan suara. Tanda tak puas hati dengan Umar.

“Habis tu, kau tak percayakan aku?” Damia tersentak.

“Jawab, Ara..!” Damia hanya mendiamkan diri. Dia tidak punya jawapan untuk soalan Umar.

“I guess I’ve got the answer. Thanks, Ara sebab izinkan aku jadi kawan kau untuk 10 tahun. Aku nak kau tahu yang aku tak pernah menyesal jadi kawan kau. Aku doakan supaya  dia tak sia-siakan kau.” Setitik air mata Umar jatuh menyembah tanah.

Damia terkedu. Dia melihat Umar  pergi dengan rasa yang bercampur baur.

Mulai detik itulah, Damia dan Umar tidak lagi bertegur. Umar seperti melarikan diri darinya. Damia cuba memujuk Umar. Setiap petang dia ke rumah Umar, tapi jawapannya yang dia dapat tetap sama,“Maaflah, Damia. Umar tak nak keluar. Dia nak study, SPM dah dekat. Maaf ye, Damia” Puan Umirah senyum sumbing. Dia pun tak tahu apa yang jadi pada anaknya itu, selalunya mereka berdua rapat macam belangkas.

Damia mengangguk perlahan. Dia faham, Umar sudah tidak boleh terimanya sebagai sahabat lagi.

Amacam? okey tak? 

Bestfriend Never DieWhere stories live. Discover now