Part 2

584 42 0
                                    

Umar mengelap peluh di dahinya buat ke sekian kalinya. Jam di tangan kiri dibelek. Pukul 3.15 minit petang. Dah lambat setengah jam dari biasa. Basikal Damia di sebelahnya dipandang sekilas. Tak lama kemudian, bayang Damia mula kelihatan. Muka Damia yang macam singa kelaparan membuatkan Umar mengelap peluhnya sekali lagi.

“Aku ingatkan kau dah balik.” Kata Damia tanpa perasaan.

“Tadi kau suruh aku tunggu kau. Sebab tu la aku tunggu kau. By the way, kau kena marah ke tadi?” Umar menghulurkan lollipop kepada Damia. Sudah menjadi kemestian baginya untuk memberi lolipop kepada Damia. Damia yang sedang membuka kunci basikalnya terhenti. Dia merampas lollipop di tangan Umar lalu dimasukkan ke dalam poket baju kurungnya. Pandangan tajam dihalakan ke muka Umar.

“Then kau expect aku berdating dengan Ikhwan ke sampai setengah jam aku lambat?” Umar menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kau tak patut tanya soalan tu, Umar.  Damia menuntun basikalnya ke pagar sekolah diikuti Umar.

“Err.. Sorry la Ara, aku takde niat nak kenakan kau. Lepas dia dah jalan baru aku perasan. Kau maafkan aku ek?” Umar melembutkan suaranya, cuba memujuk Damia. Damia diam tidak berkutik. Dia mula mengayuh basikal setelah melepasi pagar sekolah. Kebisuan Damia membuatkan Umar tidak senang jalan.

“Apa kata aku belanja kau donat? Kita singgah Big Apple pasni nak?” Umar cuba memancing Damia. Dia tahu Damia sangat sukakan donat di Big Apple.

“Kau tak payah nak umpan aku la, Lut. Donat yang kau nak belanja aku tak semahal rasa malu aku kena marah depan satu kelas.”. Umar terkedu. Mulutnya terkunci mendengar bicara dari Damia. Mereka membelok masuk ke simpang Jalan Matahari.  Sesampainya mereka di rumah Damia, Umar berhenti mengayuh. Dia melihat Damia menongkat basikal di depan rumah.

“Assalamualaikum,” ucap Damia kepada Umar sebelum masuk ke dalam rumahnya.

“Waalaikumussalam,” balas Umar sebelum kembali mengayuh basikal untuk balik ke rumahnya. Dia tidak akan balik sebelum Damia selamat sampai di rumah. Itu rutin hariannya.

Umar sampai di rumah tepat jam 3.45 petang. Setelah memberi salam, kaki kanannya melangkah masuk ke dalam rumah. Dia terus menuju ke biliknya di tingkat atas. Beg diletakkan di tepi meja belajar. Baju kotor dimasukkan ke dalam bakul baju. Dia terus mandi dan bersolat.

Selesai solat, dia turun ke bawah. Matanya mencari Puan Umirah, uminya. Setelah menangkap susuk tubuh uminya yang sedang menyiram bunga, dia berjalan terjengket-jengket. Belum sempat dia menyergah, uminya menoleh ke belakang.

“Umi!” sergah Umar.

“Opocot mak nenek cucu kau tergolek!” latah Puan Umirah. Umar gelak berdekah-dekah. Latah itulah yang dia mahu dengar. Puan Umirah segera mencubit lengan  Umar. Umar mengaduh kesakitan.

“Kamu ni takde kerja ke, Umar? Asyik menyergah orang aje. Umi ni dah tua, kalau kamu asyik menyergah umi, umi yang takde penyakit jantung ni boleh tiba-tiba KO, tau tak?” Umar tersentak mendengar kata-kata uminya.

“Yelah, Umar janji tak buat lagi. Umar tak nak umi tinggalkan Umar. Terbit rasa bersalah Umar buat uminya. Puan Umirah terharu mendengar kata-kata Umar. Dia tahu anaknya itu amat menyayanginya.

“Umar dah makan ke belum?” tanya Puan Umirah cuba menukar topik. Dia menggulung paip berwarna oren. Umar menggeleng dan mengusap perutnya.

“Kesian anak umi. Jom, umi siapkan makan.” Umar mengikut langkah uminya ke dapur.

Bestfriend Never DieWhere stories live. Discover now