Part 3

507 42 2
                                    

Umar bersandar sambil mengusap perutnya yang kekenyangan. Kemudian dia sendawa dengan kuat.

“Ish! Umar, tak eloklah sendawa kuat macam tu,” tegur Puan Umirah yang sedang membasuh pinggan mangkuk di sinki.

“Hehe, sorry umi.” Balas Umar dengan sengihan.

“Assalamualaikum,” Puan Umirah dan Umar berpaling ke arah suara tersebut.

“Sape pulak yang datang petang-petang ni, umi?” Puan Umirah mengangkat bahu tanda tidak tahu. 

“Cuba kamu tengok. Umi nak habiskan basuh pinggan mangkuk ni,” Umar menuju ke ruang tamu. Damia yang memakai blaus purple dan seluar jeans longgar serta bertudung bawal sedang berdiri di depan pagar dipandang dengan tidak percaya. Matanya digosok beberapa kali.

“Kau nak biarkan aku terpacak kat sini sampai maghrib ke?” Umar segera membuka pagar dan menjemput Damia masuk.

“Eh, Damia rupanya. Masuklah. Buat apa tercegat kat situ lagi.” Damia tersenyum manis sambil bersalam dengan Puan Umirah.

“Mak cik sihat?” Damia bertanya khabar.

“Sihat orang tua, Damia.” Balas Puan Umirah ramah.

“Err, mak cik.. sebenarnya saya datang ni nak mintak tolong Umar temankan saya pegi kedai. Boleh tak?” Umar meneguk air liur yang terasa payau.

“Boleh. Nak pegi kedai mana?” tanya Puan Umirah lagi.

“Pegi kedai buku, mak cik.” Damia menjeling Umar yang dari tadi memandangnya.

“Oh, boleh je. Anak dara kan tak elok keluar sorang-sorang. Bila nak pergi?” tanya Puan Umirah lagi.

“Sekarang?” jawab Damia teragak-agak.

“Sekarang? Umar, pergi la siap cepat.” Puan Umirah menepuk perlahan bahu Umar. Umar yang baru tersedar, terus mencapai topi, dompet dan kunci basikal.

“Jomlah,” ajak Umar sambil menuntun basikal.

“Aaa.. jom. Saya mintak diri dulu, makcik.” Pamit Damia. Dia segera mencapai basikal ungu miliknya.

“So, kedai buku mana kau nak pegi?” tanya Umar apabila sampai di simpang jalan besar.

“Big Apple.” Jawab Damia sepatah. Umar memandang Damia tidak percaya.

“Sejak bila Big Apple jual buku?” Umar bertanya Damia. Damia menjulingkan matanya.

“Pleaselah, Muhammad Umar Lutfi. Jangan nak buat-buat tak tahu pulak.” Damia masih berkias.

“Pleaselah, Nurul Damia Az-Zahra. Straight to the point please..?” pinta Umar.

“Kau cakap nak belanja aku donat. So, here we go.” Damia meletakkan basikal bersebelahan dengan basikal Umar.

“Aku ingatkan kau tak nak.” Kata Umar dengan senyum sinis.

“Oh, please Lut, not now.” Mereka melangkah masuk ke dalam kedai Big Apple. Mata Damia membulat apabila melihat donat yang tersusun rapi di hadapannya.

“Takdelah, nasib baik aku bawak duit. Kalau tak, macam mana nak bayar. Kau tu kalau jumpa donat, sepuluh biji pun habis makan.” Umar meneliti menu yang terpampang di papan tanda.

“Aku bawak duit. Nanti aku boleh claim kat kau.” Jawab Damia selamba. Umar menggelengkan kepalanya.

Dia dengan Damia? Lawan cakap? Mestilah Damia yang menang. Dia memang tak boleh lawan cakap dengan Damia. Ada je akal Damia nak membalas kata Umar.

Mereka memilih tempat disebelah dinding kaca. Tempat kesukaan Damia. Dua pinggan berisi 4 donat pelbagai perisa, secawan Americano dan secawan Capuccino terhidang di atas meja. Umar dan Damia terhenti menyuap donat apabila ada suara menyapa.

“Boleh aku join?” Dua pasang mata membuntang menatap pemilik suara yang berdiri di tepi meja mereka.

Bestfriend Never DieWhere stories live. Discover now