BAB 3

359 45 4
                                    

ESTHER tersedar dari tidur apabila ada tangan yang memegang wajahnya. Bangunnya secara mengejut.

Lantas pergelangan tangan yang menyentuhnya dipulas membuatkan lelaki itu menjerit kesakitan.

Anak mata hitam Esther menikam ke dalam wajah lelaki itu.

"Apa kau cuba buat?"

"Kau tengok tak dahi kau?" soal Noah.

Esther menyentuh dahinya. Terasa basah. Rasanya semalam sudah dia lap dengan kain dan menampal plaster supaya darah segera berhenti.

Tapi ternyata usahanya tidak berjaya. Darah masih meleleh keluar hingga mengena sarung bantal.

"Tepi!" Esther menolak tubuh Noah dan segera bangun daripada baringnya. Dia segera berdiri di hadapan cermin.

Luka di dahinya agak panjang dan dalam.

"You're gonna need stitches." Cadang Noah.

"I can take care of my own." Esther menolak.

"Hari ni dahi. Esok apa pula? Macam mana kau nak jadi seorang permaisuri kalau muka pecah?" Noah menyindir.

Esther buat tak dengar. Dia capai kotak di bawah katil dan mengeluarkan ubat-ubatannya.

Noah masih memerhati perlakuan isterinya.

"Berhenti." Kata Noah.

Esther angkat wajah.

"Raja memang banyak bagi arahan eh?" perli Esther.

"Aku nak kau berhenti buat kerja kau."

Terjungkit sebelah kening Esther.

"Why should I?"

"Kau akan mencalarkan imej institusi istana."

"And how is that gonna be?"

"Berapa banyak luka lagi yang kau nak semat dekat tubuh kau?"

Esther ketawa sinis. Tapi dia tidak memberi jawapan atau kata putus untuk Noah.

"Esther."

"Shut the fuck up!" Esther tiba-tiba naik hantu dan pisau sepanjang 6 inci ditarik keluar dari bawah katil. Entah bila masa gadis itu sorokkan pisau di situ.

Mana tidak dia naik hantu? Ini misi kedua yang dia gagal. Dia pasti Lord Damien masih menunggu berita daripadanya.

Sebelah kaki naik ke atas katil, dan lengan kanan mengacu pisau dekat ke leher Noah. Cukup untuk besi tajam itu menyentuh kulit Noah.

"Kau jangan lupa yang aku pernah diupah untuk bunuh kau. And I'm not kidding when I said I can kill you whenever I want to." Ugut Esther.

"But you missed." Noah menjawab. Mata mereka berlaga. Jarak diantara mereka hanya beberapa inci.

Mereka tenggelam ke memori 2 minggu lepas.

ESTHER mendapat misi untuk membunuh raja Malbork. Beberapa perincian sudah sampai ke tangannya.

Jadual Noah dianalisi. Esther mengambil masa dua hari untuk bersiap sedia dengan misi kali ini.

Ini misi terbesar yang pernah dia dapat. Dan sudah tentu ganjarannya juga besar.

Misi itu diterima melalui satu mesej sahaja. Kemudian perincian diberi melalui surat.

Hari yang dinanti telah tiba. Esther berpakaian kasual. Bunyi kasut tumit tingginya menarik perhatian bell boy yang sedang bertugas.

YOUR QUEEN [EBOOK - JULY]Where stories live. Discover now