ESTHER terjaga dari lenanya selepas 2 jam tidak menyedarkan diri. Tapi bila dia terjaga, dia berada di dalam sel tahanan dengan kaki dan tangannya terikat dengan tali besi.
Dia cuba menarik kuat, konon mengharap besi itu dapat tercabut. Dalam mimpilah, Esther.
Rasa perit mula terasa apabila pehanya digerakkan. Dia memandang ke arah pehanya yang sudah berbalut dengan bandage putih.
Ada tompokan warna kuning bercampur merah.
Merah itu berkemungkinan darah, manakala kuning pula daripada ubat.
Esther hela nafas berat. Jenuh memikirkan macam mana dia boleh jatuh ke dalam perangkap raja Malbork itu.
Sudah diatur sebaik mungkin langkahnya. Tak pernah pun mana-mana orang mampu menangkapnya. Ish pelik aku.
"Tengah fikir macam mana kau boleh jatuh ke dalam perangkap aku?" soalan itu mengejutkan Esther yang sedang berbaring di katil kerasnya.
Dia melihat ke arah jeriji besi. Lelaki yang sama menjadi sasarannya tadi kini sedang berdiri di sebalik pintu jeriji itu.
Seakan mengejeknya.
Esther diam. Tidak menjawab apa-apa. Memang dia teruja. Rasa ingin tahunya melonjak-lonjak.
Tapi pada masa yang sama, dia marah dan terasa seperti egonya dicabar. Dia terasa kalah. Sememangnya sebelum ini dia tak pernah kalah dengan mana-mana orang.
"I've been eyeing on you." Ujar Noah.
"From last week. Aku tahu apa yang kau sasarkan. Aku tahu siapa yang upah kau. I know everything, Esther."
Lelaki itu tahu namanya. Lelaki ni memang mencari dia ke? Tapi Esther tak pernah ada apa-apa kaitan dengan raja Malbork ini.
Apa yang buatkan lelaki itu mencarinya?
Esther masih belum cool down. Jadi dia lebih memilih untuk mendiamkan diri.
"Kaki kau masih sakit?" soal Noah.
Esther tak jawab.
"Dalam juga lukanya tu."
'Memanglah dalam. Dah kau cacak kaki aku dengan pisau. Bodoh apa tanya soalan sakit ke tidak?' gumam Esther sendirian.
"But one of my man, died." Noah sedikit kecewa.
'Untunglah orang kau yang mati, bukan kau.' Cebik Esther.
"Do you really not going to answer me? Sampai bila kau plan nak membisu?"
Esther buat bodoh.
"Alright. Take your time. Kau ada masa. Sehari.. atau dua. Seminggu, atau dua minggu. I can wait."
Tiada jawapan. Noah mengangguk dan sebelum meninggalkan sel tahanan itu, dia sempat mencampakkan pakaian Esther ke dalam.
"Sini sejuk. You're gonna be needing your cloth. Aku dah belek baju-baju kau. Tapi aku rasa yang ni yang paling cool." Sengih Noah. Mengejek.
Esther mencapai pakaian yang dicampak ke lantai dan hanya memandang belakang tubuh lelaki itu. Dia merengus kasar.
YOU ARE READING
YOUR QUEEN [EBOOK - JULY]
Historical Fiction💎 Blurb YOUR QUEEN 💎 Menjadi seorang pembunuh upahan dengan gelaran nama Whitelady tidak membataskan dia untuk mencapai kedudukan tertinggi, yakni seorang permaisuri di Malbork. Sememangnya dia mahukan gelaran itu. Sememangnya dia mahukan keduduk...