BAB 6

433 52 7
                                    

SUARA nyaring kanak-kanak menarik minat Esther. Selesai upacara menyerahkan sumbangan pada rumah anak yatim itu, Esther ambil bahagian dalam memberi makan pagi kepada si kecil.

Dia juga sempat melayan beberapa anak kecil. Ayden kaku apabila melihat personaliti Esther yang jauh berbeza dengan Esther yang dia kenal.

Senyumannya..

Tawanya..

Pandangan matanya..

Berbeza.

Takkan ada seorang pun yang berani menuduh Esther seorang pembunuh upahan kalau perwatakannya di depan umum sebegini.

Bukan dengan kanak-kanak aje. Tapi dengan staf yang bekerja di situ juga. Perwatakannya yang ringan tulang, jelas disenangi oleh semua orang.

Esther tak canggung untuk melakukan kerja-kerja seorang pembantu. Menjadikan dia seorang ratu yang mula mendapat tempat di hati rakyatnya.

Sebelum ini kewujudannya dipersoalkan. Siapa Esther. Datang dari mana. Layak ke dia menggalas status seorang ratu.

Ayden telan air liur saat mata tajam Esther bertembung dengan matanya yang memerhati dari jauh.

Bibir mereka sama-sama terkunci. Ayden segera berdehem dan memandang ke tempat lain.

Manakala Esther masih memandang ke arah Ayden. Menjadi tanda tanya buat dia. Apa yang ditenung Ayden? Apa yang lelaki itu cuba sampaikan?

Esther disapa pembantunya. Memberitahu bahawa mereka perlu ke lokasi seterusnya.

Esther angguk kecil dan terpaksa pamit. Namun pemergiannya direngek oleh anak-anak kecil yang sudah mula selesa dengan kehadirannya.

"I'm gonna come again next time. I promise." Janji Esther.

"Janji?" seorang anak lelaki down sindrom hulur jari kelingking.

Esther senyum dan mencangkung lembut. Jemarinya mereka bertaut.

"Janji." Janji dimenterai. Senyuman terukir. Sekali lagi Ayden curi-curi pandang.

Matanya membulat. Seakan tidak mahu lepas dari memandang wanita yang bergelar ratu itu.

INI rumah anak yatim yang keempat. Yakni yang terakhir untuk hari ini. Mereka masih di dalam perjalanan.

Mata Esther melekap pada buku yang dibawanya untuk mengisi masa dalam tempoh sebelum mereka tiba di lokasi.

"Kau nampak macam dah biasa dengan aktiviti macam ni." Suara Ayden di sisi.

Wajah Esther yang kosong langsung tidak beriak. Dia tak mendengar itu sebagai pujian buatnya.

"I'm just being a human. That make sense. kan?" kata-kata itu dingin.

"Aku cuma pelik sebab you're not as bad as I thought."

Pembacaan Esther terhenti.

"What do you mean 'not as bad as what you've thought'?" Esther memandang ke sisi.

"Kau.." Ayden pandang ke arah tempat duduk pemandu. Mengharapkan pemandu itu tak dengar apa yang mereka bualkan. Penghadang sudah dinaikkan.

Dia cuma perlu yakin yang pemandu itu tak dengar apa yang mereka bincangkan.

"Pembunuh upahan." Sambung Ayden.

"So?"

"Pembunuh tak ada hati, Esther. Tak ada rasa belas kasihan. Tak ada empati. Tak ada emosi."

YOUR QUEEN [EBOOK - JULY]Where stories live. Discover now