ESTHER tukar bandage di pehanya sendiri. Bila bandage lama dibuka, baru dia sedar yang luka itu sudah dijahit.
Jemari menyentuh permukaan jahitan yang kemas itu.
Esther masih tak menjawab soalan Noah. Dia masih belum mengaku yang dirinya adalah puteri Gullivard yang hilang.
Jantungnya berdegup laju bila teringatkan status itu. Puteri Gullivard. Dia hela nafas berat.
Macam mana dia boleh ditakdirkan untuk bertemu semula dengan budak lelaki itu?
Esther terima satu mesej dari telefon bimbitnya.
You missed your shot. I'm giving you one last chance to make it right.
Esther mencampakkan telefon bimbit ke atas katil. Lord Damien masih menanti khabar berita daripadanya.
Sebenarnya lelaki itu bertambah naik angin bila Noah dikhabarkan untuk berkahwin minggu lepas.
Tanpa dia tahu pembunuh upahan yang dia upah itu adalah isterinya Noah, Esther.
Mulanya Esther tak rasa seperti ralat sebab tak dapat bunuh Noah. Tapi kali ini.. setelah dia dapat tahu siapa sebenarnya Noah, darahnya naik sampai ke kepala.
Memang dari dulu dia membenci lelaki itu. Sudah dia sematkan dalam hati, jangan sampai berjumpa lagi.
Tapi tengoklah takdir bawa dia ke mana? Ke sini. Bukan menggalas status biasa-biasa di sisi lelaki itu, tapi isteri! Is-te-ri!
Beberapa minit kemudian, telefonnya bergetar lagi.
Esther dengan langkah malas, tetap mencapai telefonnya.
Two birds with one stone.
Esther kaku melihat mesej yang baru diterimanya. Dia faham maksud mesej itu.
Maksudnya..
Lord Damien bukan mahukan Noah sahaja. Tapi juga..
Permaisuri Malbork. Esther. Dirinya!
Esther gigit bibir bawah. Dia kemudian tersengih dan ketawa besar.
"What a prick old man." Gumamnya rendah. Kalau aje dia tahu siapa Esther yang sebenar.
"Ellena." Nama kedengaran jelas di telinganya.
Esther mendengus.
"My name is Esther. Dan kau tak reti ke nak ketuk pintu dulu sebelum masuk bilik aku?"
"Soon to be my room." Jeling Noah.
"Apa kau cakap?"
"Nothing." Noah sengih lebar. Esther tahu, mereka sangat membenci antara satu sama lain.
Sengihan dari bibir Noah penuh dengan sindiran dan sangat sinis.
"Kau nak apa?"
Noah ambil tempat di bahu sofa kayu sambil membelek-belek buku yang ada di atas meja kaca.
"Buku apa yang kau baca ni?" Noah ubah topik.
"Aku tak ada masa dengan mukadimah kau. Just say it. What do you want?" dingin suara Esther.
"Can you kill Damien for me?" Noah memutarkan gunting yang berada di atas meja dengan jemarinya.
YOU ARE READING
YOUR QUEEN [EBOOK - JULY]
Historical Fiction💎 Blurb YOUR QUEEN 💎 Menjadi seorang pembunuh upahan dengan gelaran nama Whitelady tidak membataskan dia untuk mencapai kedudukan tertinggi, yakni seorang permaisuri di Malbork. Sememangnya dia mahukan gelaran itu. Sememangnya dia mahukan keduduk...