Masing-masing mengambil posisi mereka. Setelah lagu dimainkan, dengan gayanya mereka menari mengikut rentak lagu tersebut.Selama 3 minit lebih lagu dimainkan dan akhirnya berhenti juga. Peluh yang mengalir di seluruh badan diabaikan. Tidak mengapa peluh mengalir sebanyak mana pun, yang penting mereka berpuas hati dengan kerja keras mereka.
"Arghh!!!!" Changbin berlari ke arah sofa lalu menghempap badannya di atas sofa yang lembut itu.
"Hyung bising la ish" kata Jeongin.
"Jeongin-ah sini la hyung nak peluk" Changbin mendepakan tangannya sambil memanggil Jeongin datang ke arahnya.
"Taknak!" Jeongin segera menjauhkan dirinya walaupun dia tahu yang dia memang sudah jauh daripada Changbin.
"Alahhh!!" Changbin mencebik.
"Jeongin jangan layan dia..mari sini hyung bagi kiss" Jisung datang mendekati Jeongin malah ditolak agar jauh daripadanya.
"Taknak!!hyung tolong jangan kacau aku kalau taknak kena buang dalam tong sampah" ugut Jeongin. Member lain yang mendengar ugutan Jeongin itu hanya ketawa. Comel sahaja gelagat maknae mereka.
Semua member sedang seronok berborak sesama mereka kecuali salah seorang daripada mereka yang hanya berdiam diri sejak habis dari tadi.
"Seungmin, kau okay?" Minho yang perasan akan Seungmin yang hanya diam sahaja datang menegur sambil mengusap lembut belakang badan adiknya itu.
"Eung, cuma-" tidak sempat untuk menghabiskan ayat tiba-tiba Seungmin rebah ke lantai sehingga membuatkan Minho panik.
"Yah Seungmin!! Seungmin!!" jerit Minho sehingga mendapat tumpuan dari orang yang berada di situ.
Ahli yang lain segera datang ke arah mereka berdua untuk melihat apa yang terjadi, begitu juga dengan staf yang berada disitu.
"Yah! Kenapa ni? Seungmin??" Bangchan meletakkan kepala Seungmin ke atas pahanya lalu menepuk pipi lelaki itu beberapa kali untuk membangunkannya namun lelaki itu langsung tidak sedarkan diri.
"Tak tahu..aku baru tegur dia dah pengsan" terang Minho kepada Bangchan.
"Tolong angkat dia letak dekat sofa sana..ambulan dalam perjalanan" arah salah seorang staf. Manager Straykids yang mendengar arahan itu segera mengangkat Seungmin lalu diletakkan di sofa panjang. Mujur lah badan manager mereka besar, jika kurus keding seperti ikan bilis takut juga kalau ada yang akan patah tulang belakang.
▫▪▫
Masing-masing memasang muka gelisah dan takut apabila melihat salah seorang member dari mereka terlantar di atas katil dengan wajah yang sedikit pucat.
Bangchan yang setia duduk bersebelahan dengan Seungmin itu tidak lepas melihat muka Seungmin yang pucat. Hal itu, membuatkan dia berasa risau terhadap adiknya yang seorang itu.
"Hyung..dia akan okay kan?" Jeongin bertanya.
"Dia akan okay..Jeongin jangan la risau okay" ujar Bangchan. Senyuman nipis diberikan kepada Jeongin.
Peranan sebagai seorang ketua kumpulan tidak menunjukkan apa-apa kelebihan baginya, tetapi peranan sebagai seorang abang, dia perlu menjaga adik-adiknya dengan penuh kesabaran dan juga ketabahan.
"Haih"
Minho memandang Jisung yang sedang mendongakkan kepalanya sambil cuba mengawal dirinya daripada menangis.
YOU ARE READING
[OG] Piece || Straykids
FanfictionDaripada kawan menjadi sebuah keluarga.Daripada keluarga menjadi sekeping memori. Hanya sekeping memori boleh tahu bertapa besarnya impak kepada mereka dan ia boleh menjadi sebahagian dari keburukan. "Walau dunia berubah sekali pun, korang kena janj...