∆ 5 ∆

61 8 17
                                    

"Hyung, bangun sekarang dah pukul 8 malam..kau langsung tak makan dari petang" Jeongin mengejut Changbin yang masih dibuai mimpi. Sudah 7 jam lelaki itu tidur tanpa sedar.

"Eung" Changbin mengeliat lalu memandang orang yang mengejutnya. Jeongin menelan air liurnya perit apabila melihat Changbin yang sedang memandang tajam ke arahnya.

"Err sorry kalau Jeongin kejut buat hyung marah..hyung tidur la balik" ujar Jeongin yang sedikit rasa gerun melihat Changbin.

Changbin perasan yang air muka Jeongin berubah apabila melihat mukanya. Dia tidak mahu Jeongin berfikir yang dia sedang marah apabila dikejutkan jadi dia cepat-cepat mengubah ekspresi mukanya. Memang setiap kali wajahnya akan begitu apabila bangun dari tidur, jadi memang tiada niat langsung untuk dia memarahi lelaki dihadapannya itu.

"Thanks Jeongin kejut hyung..nanti hyung belanja makan dekat jypbob" ucap Changbin seraya turun dari katilnya. Sempat dia menepuk lembut bahu Jeongin sebelum kakinya melangkah pergi masuk ke dalam bilik air.

Jeongin memegang dadanya. Hembusan nafas lega dilepaskan. Sedikit lagi jantungnya mahu tercabut apabila melihat ekspresi muka Changbin tadi. Ingatkan dia akan dimarahi, rupanya tidak.

"Nak pergi mana Changbin?" Minho memandang Changbin yang sedang memakai topi dan topeng muka. Nampak gaya seperti mahu keluar.

"Eo? nak pergi kedai 7e sekejap..tiba-tiba lapar coklat" jawab Changbin. Dia baru perasan yang Minho berada di pintu dapur mereka.

"Okay" Minho kembali membuat kerja di dapur iaitu menyusun barang-barang yang baru dibelinya masa dia dalam perjalanan pulang ke dorm bersama Hyunjin dan Felix.

▫▪▫

Setibanya di 7e, Changbin mula melangkah masuk ke dalam lalu pergi ke arah rak yang dipenuhi coklat. Setelah itu dia mula pergi ke arah kaunter untuk membayar.

Sementara menunggu cashier itu mengira, sempat dia memandang sekeliling kedai sebelum matanya jatuh ke arah sesuatu yang menarik perhatiannya.

"Err encik?" Lamunan Changbin terus tersedar apabila penjaga kaunter itu melambai tangan ke arah mukanya.

"Err bagi yang tu sekali" Changbin menunding jarinya ke arah belakang penjaga kauter itu. Sempat dia menunjuk id cardnya tetapi ditutup pada wajah dan juga nama. Hanya tahun lahir sahaja yang dia tunjuk. Tidak membantah, penjaga kaunter itu segera mencapai sesuatu yang ditunjuk Changbin tadi lalu mengira sekali dengan coklat yang diambil.

Setelah membuat pembayaran, Changbin segera keluar dari kedai lalu melangkahkan kakinya beredar dari situ. Jam di tangan dipandang sekilas untuk melihat angka jam tersebut.

Kakinya menapak masuk di kawasan taman permainan lalu duduk di bangku yang sudah tersedia disitu. Malam masih muda, jadi apa salahnya kalau dia melepak seorang diri disitu.

Tangan menyeluk ke dalam poket hoodienya lalu mengeluarkan sesuatu benda yang berbentuk segi empat tepat. Tidak tahu cara membukanya jadi dia buka sahaja dengan caranya kerana selama 22 tahun ini tidak pernah lagi dia memegang benda sebegitu.

Dia memandang kiri dan kanan terlebih dahulu. Kawasan sunyi sebegitu dia yakin yang orang tidak akan lalu di kawasan itu. Topeng muka dibuka lalu mengambil seputung rokok diletakkan di mulutnya. Pemetik api dikeluarkan, sekali dia petik sahaja maka api kecil mula keluar dan dihalakan ke arah rokok yang diletakkan dibibirnya.

[OG] Piece || StraykidsWhere stories live. Discover now